Aplikasi Belanjawan Isi Rumah


Pada 4 May 2016 baru ni, ade seorang sahibul kastam yang aqrab dengan saya bertanya, “Salam.aps apa pakai untuk track budget ?”. Saya jadik musykil nak jawab. Ini kerana sudah bertahun-tahun saya cuma pakai Notes sahaja dalam OS X untuk keep-track belanjawan saya. Ini sudah menjadi amalan saya sejak Ogos 2014.

Jadi bila kawan tanya, saya usahakan juga la nak carikan Apps untuk track budget yang economical untuk rakyat Malaysia yang marhein umumnya. Of course memang banyak senarai Apps di luar sana untuk budget-tracking, tapi tak semua sesuai untuk orang Malaysia yang umumnya kedekut taik idung masin. Contoh list yang korang bleh tengok, ada dalam artikel Forbes.

Kalau ade pon apps komersial yang berbaloi untuk disebut disini, ialah apps Saved – Budget and Expense TrackerApps ini dibangunkan oleh anak Malaysia. Tetapi Apps ni khas untuk pengguna iOS sahaja dan dijual pada harga USD4.99. Website Developer dia pon sempoi jek. Kureng App ni 2 jek:

  1. dia bukan universal App (designed for iPhone and iPad)
  2. strictly mobile app ~ tak boleh akses di web browser kat desktop/laptop.

Mana-mana Apps yang kena bayar ni, memang kena manfaatkan 100% la, baru berbaloi dan baru la USD tu rasa macam murah. Kalau setakat beli pastu hangat pakai bulan pertama je…. susah la itu maca.

Of course, kalau nak free, ada satu App ni dibangunkan oleh Bank Negara MalaysiaMy TabungApp ni memang aku rekemen 100%
Sebab apa? sebab aku dah test dan OMG aku masih tak percaya App ni dengan begitu banyak features yang ada, di berikan secara PERCUMA!!!

My Tabung ~ contoh Disposable Income
My Tabung ~ contoh Disposable Income

Dalam mana-mana Apps budgeting ni, kalau takde carta, memang Apps tu aku anggap sebagai FAIL. App My Tabung ni memang cun sebab ade carta pelbagai:

My Tabung - Chart options
My Tabung – Chart options

Ni dari belanjawan yang aku bina mase tengah dok godek-godek App My Tabung ni tadi

My Tabung - Total Expenditure Chart
My Tabung – Total Expenditure Chart

Satu lagi feature yang menarik My Tabung ni, pada bila-bila masa dalam sesuatu bulan tu, kite boleh tengok kedudukan kewangan kite:

My Tabung ~ Financial Standing
My Tabung ~ Financial Standing

Yang ni satu lagi feature yang aku anggap sangat considerate. Kite sedia maklum kat Malaysia ni, ade orang masuk gaji 25 haribulan, ade orang masuk gaji 27 haribulan, kena macam company tempat aku kerja sebelum ni, dia bagi pada hari akhir pada setip bulan. So kalau satu bulan ade 41 hari, maka 41 hari bulan la baru nampak gaji. Di sebabkan ini, My Tabung ade feature untuk ubah tarikh mula:

My Tabung - Change your start date
My Tabung – Change your start date

Ok la, not bad. Ade dua slack kat App ni yang terlalu obvious bagi aku:

  1. Strictly mobile ~ takde web access untuk guna kat web browser
  2. Nama-nama kategori belanjawan tak boleh ubah & tak boleh tambah

App My Tabung ni memang ade potensi untuk dikembangkan lagi. Antara yang aku boleh cadangkan disini:

  1. link terus app ni kepada akaun individu (saving, current, loan, trading) di Bank-Bank & Investment Bank tempatan
    • pilihan paparan Net Worth seseorang setelah mengambil kira baki pinjaman rumah/kereta/peribadi, nilai simpanan terkumpul amanah saham & jumlah nilai pegangan saham
  2. membolehkan akses di desktop/laptop menggunakan web browser
  3. membolehkan akses pihak ketiga untuk menguruskan & merancang kewangan individu melalui My Tabung ni; seperti Certified Financial Planner™ professional atau Financial Adviser Representative.

Berikut pula, adalah beberapa apps komersial yang sedia ada di pasaran:

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *