Pelaburan Unit Trust Tiada Penamaan Seperti KWSP


Kecoh satu alam! Di mata aku dan rakan-rakan lain yang dah terasuh dengan ilmu perancangan kewangan yang sempurna, mende ni basic je kot.

Dengan strategi yang betul, dengan nasihat yang betultrust me, it’s not as complicated seperti yang diribut-ributkan (rujuk ruangan komen beliau untuk drama swasta selanjutnya)

Bagi aku mende ni simple je, kalau korang tanya aku, kisah ini boleh dimasukkan ke dalam kategori non-issue. KWSP dah pon berikan penjelasan seperti berikut:

Pelepasan Kawalan Ke Atas Pelaburan
  1. KWSP akan melepaskan kawalan ke atas pelaburan ahli di IPD apabila ahli mencapai umur 55 tahun atau mengeluarkan semua simpanan ahli di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara, Pengeluaran Hilang Upaya, Pengeluaran Pekerja Berpencen dan Pengeluaran Kematian.
  2. Tuntutan atau urusan penjualan semula ke atas amaun yang dilaburkan adalah di antara ahli / waris dengan pihak IPD.

 

Tak percaya? Pergi baca sendiri kat website KWSP, baca directly kat link ni

KWSP Maklumat Pelaburan Simpanan Ahli

klik Maklumat Lanjut dan baca (mukasurat 2).

Adakah korang rasa pelaburan unit trust ni, bila tidak ade penamaan seperti Tabung Haji & KWSP, menjadi satu masalah besar?

Penyelesaian disini mudah sangat. Buatlah perancangan harta pusaka dengan betul. Nak buat perancangan harta pusaka dengan betul, kenalah dapatkan nasihat dan bimbingan yang betul.

amanahraya-told-us

Aku geleng kepale je bile baca komen di atas ni. Sebab, Pakcik aku uruskan harta pusaka nenek aku dari tahun lepas sehingga lah dapat Surat Kuasa Pentadbiran baru-baru ini, dia tak guna khidmat peguam pon. Alif, Lam, Lam, Ha, serius aku tak tipu.

Korang kena la faham, bile bertanya kepada kerani yang bekerja di kaunter AmanahRaya, belum tentu akan dapat nasihat yang betul. Aku sendiri pernah pasang telinga nasihat 3/4 kerani frontdesk AmanahRaya Shah Alam, kualiti nasihat yang diberi memang tiga suku dari tiga suku, so, korang bayangkan je lah sendiri. Ini ceritanya (untuk bab procedure bolehlah rujuk Peguam yang lebih ‘arif)

Berdasarkan kejadian diatas sahaja, nasihat aku “Buatlah wasiat”. Tak mahal pon, aku boleh kongsikan port mana korang boleh buat wasiat beserta perkhidmatan menyimpan wasiat dengan hanya RM300 sahaja. Kalau korang ni jenis yang beranggapan “murah=tidak berkualiti“, aku boleh kongsikan port mana nak buat wasiat yang mahal sampai ribu-ribu Ringgit.

Nanti aku akan kongsikan satu email jawapan AmanahRaya kepada salah satu enquiry aku. Buat masa ni, setakat kes diatas ni, pilihan di tangan korang…

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *