Pemeriksaan Kesihatan Tahunan

Kebanyakan orang, bila azam tahun baru, perkara yang selalu kita dengar antaranya

  1. nak turunkan berat badan/masuk gym
  2. nak diet
  3. nak berhenti merokok

Lain pula halnya dengan saya. Tahun ni saya berazam nak mulakan pemeriksaan kesihatan tahunan; bermula tahun ni 🙂

Bagi memenuhi azam tersebut, saya ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

Ada sebab selain azam tahun baru yang buatkan saya terpanggil untuk menjalani pemeriksaan kesihatan ni:

  1. Kadang-kadang, bila berdiri lama-lama, contohnya masa dengar khutbah Jumaat, kaki kanan saya kebas.
  2. Kadang-kadang bila duduk lama-lama, peha kanan saya kebas.
  3. Kadang-kadang bila tengah exercise, masa angkat berat atau kayuh basikal, tiba-tiba, boleh rasa degup jantung saya lain macam; susah nak cakap…
  4. kadang-kadang, tengah duduk tengok TV je pun, tiba tiba boleh rasa degup jantung jadi laju tiba-tiba untuk beberapa saat.
  5. Ada anak murid Isteri saya, ayahnya disahkan kena Prostate Cancer semasa buat pemeriksaan kesihatan tahunan. Scary dowh!
  6. Mulai tahun ni, nak tuntut pelepasan cukai untuk Pemeriksaan Kesihatan Tahunan.
Pelepasan Cukai – Pemeriksaan Perubatan Penuh

Kebetulan, Isteri saya pula perlu menjalani pemeriksaan kesihatan untuk sambung belajar PhD beliau. Jadi pada hari Khamis lepas, saya dan Isteri ke IJN untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Kebetulan pula, bulan Februari ni ada promotion, bila couple buat pemeriksaan kesihatan bersama, harga pemeriksaan kesihatan kedua dapat diskaun 50%.

Jadi, alang alang dah ada promosi ni, kami suami Isteri ambil pakej Preferred Wellness. Bagusnya pakej ni, dia siap dengan saringan kanser sekali.

Satu perkara yang menakutkan bagi saya untuk ujian kesihatan ni ialah, berlari atas treadmill untuk Exercise Stress Test. Sejak saya mula exercise pada Julai 2018, saya had kan hanya kepada angkat berat dan berbasikal sahaja.

Bila sampai ke bilik untuk ujian treadmill, technician provide kasut (maklumlah, saya suka berselipar). Peringatan mesra sebelum buat ujian treadmill ni, kalau terasa nak buang air kecil atau air besar, sila selesaikan dulu hajat tu supaya boleh menjalani ujian dengan tenang. Takde la teruk sangat treadmill tu. Stage 1, berjalan. Stage 2, speed-walking. Stage 3 dah macam lari-lari anak masa buat Sae’i. Technician akan naikkan kelajuan dan kecerunan tapak treadmill untuk simulate macam kita tengah mendaki sedikit. Pada stage yang paling laju pun, saya rasa macam super speed walking je. Tapi tercungap jugak la toksah cerita. Ujian treadmill ambill masa lebih kurang 10 minit.

Stress EKG @ 184bpm

Settle semua ujian, kita akan ada sesi one-on-one dengan Cardiologist Consultation (Pakar Jantung la kot). So apa doktor kata?

  1. Stress test OK.
  2. Ujian saringan Cancer pun OK.
  3. Overall ok.

TETAPI, kolestrol saya naik.
Bulan December baru ni masa warded, kolestrol @ 4.8,
Kali ni kolesterol @ 6.4 ;-(

Balik rumah, baca semula full report, rupanya saya diberikan Risk Profile. Ingat ke nak melabur je ade Risk Profile. Rupanya penyakit jantung pun ada.

Coronary Heart Disease Risk Profile saya:

  1. Merokok (dah berhenti sejak December 2014) HOOAH!!!
  2. Kolesterol tinggi
  3. Obesiti
  4. Sejarah keluarga (atuk belah emal sakit jantung)

Well, tu je lah pengalaman serba sedikit pemeriksaan kesihatan tahunan di IJN. InsyaAllah, saya akan terus buat pemeriksaan kesihatan ni setiap tahun mulai sekarang. Maklumlah, umur nak cecah 4-series dah ni.

Saya mengajak pembaca sekalian, jom mulakan pemeriksaan kesihatan tahunan mulai sekarang. Tak nak buat di hospital swasta, buatlah di Klinik Kesihatan. Mulakan sekarang.

 

Jika Kamu Bersyukur
M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram] [WhatsApp]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *