Pengalaman Menambah Pelaburan di Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)


Salam ‘alaikum & Eid Mubarak!

Pada 25 Mei 2017 saya telah submit permohonan untuk menambah pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) melalui KWSP Akaun-1 di Maybank cawangan Dataran Maybank, Bangsar. Pada hari itu, saya dimaklumkan kuota AHB sudah penuh; staff Maybank menunjukkan Memo yang diterima bertarikh 22 May 2017. Saya akur.

Memandangkan saya nak tambah pelaburan AHB ni dengan cara pengeluaran Akaun-1 KWSP, staff Maybank tadi mencadangkan untuk saya proceed dulu submission lengkap seperti biasa; saya setuju.

28 hari kemudian, pada 22 Jun 2017, permohonan saya untuk menambah pelaburan AHB melalui pengeluaran Akaun-1 KWSP telah berjaya. Lama juga kena tunggu. Dah la takde update langsung dari pihak Maybank. Selepas beberapa kali hantar email complaint hanya Assistant Branch Manager sahaja yang menghubungi saya menyatakan permohonan saya telah dipanjangkan ke Custodian Department untuk diproses selanjutnya oleh pengurus dana AHB, Maybank Asset Management.

OK, fine! Mende dah approved, so kite tak nak kecoh-kecoh panjangkan cerita. Nak jadikan cerita, saya menerima maklumat dari salah seorang client saya, beliau telah berjaya menambah pelaburan Amanah Hartanah Bumiputera semalam, pada hari Jumaat, 30 Jun 2017, sekitar pukul 12:30pm di Maybank cawangan Sabak Bernam. Beliau menambah pelaburan secara tunai (bukan secara pengeluaran Akaun-1 KWSP). This is good news!!!

 

Jika sekiranya tuan-tuan dan puan-puan sekalian berhasrat ingin menambah pelaburan AHB, Isnin ini segeralah ke cawangan Maybank/AmBank terdekat.

Walaubagaimanapun, jika sekiranya Maybank/AmBank memaklumkan AHB sudah penuh, saya boleh menawarkan lebih 350 alternatif pelaburan unit amanah lain (bersesuaian dengan risk-profile individu), antaranya:

  1. BIMB-Arabesque Malaysia Shariah – ESG Equity Fund
  2. Eastspring Investments Islamic Small Cap Fund

Semoga berjaya menambah simpanan di AHB.

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

8 Replies to “Pengalaman Menambah Pelaburan di Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)”

  1. Assallamualaikum Tuan,

    Mohon pendapat dari tuan,ape kelebihan melabur dalam AHB dan kenapa tuan tak laburkan dalam unit trust?

    1. Kelebihan melabur dalam AHB:
      – 0% Sales Charge
      – dividen diberi 2 kali setahun
      – patuh Syariah
      – dividen adalah bersish sesudah zakat
      – pendapatan dari Dividen tidak dikenakan cukai (rujuk prospektus)

      Setakat hari ini, dana persaraan saya, hanya 13% sahaja dilaburkan kedalam AHB. Selain dari itu, saya juga melabur dalam Unit Trust lain yang sesuai dengan matlamat dan risk-profile diri.

  2. sama tak dgn konsep ni.. kita tengok org melayu naik kereta bmw… kita berbangga tengok mereka.. padahal kita masih lagi jalan kaki..PHB milik bank atau milik bumiputera… ?

  3. Salam.. tuan penasihat.

    Memang susah mahu menjadi pelabur dan bukan semua orang yang berfikiran macam tuan. Saya sendiri pun agak susah nak melabur. Itu pun saya paksa-paksa jugak.

    Bila baca entri ini, teringin jugak nak melabur dalam AHB. Nampaknya lagi sesuai dan untung dari melabur dengan unit trust.

    terima kasih tuan..

    1. Wa ‘alayk salam,

      Saya berpegang kepada prinsip, tidak ada satu pelaburan yang lebih baik dari suatu pelaburan yang lain.
      Yang lebih utama bagi saya mengenalpasti risk-profile diri dan selarikan ia dengan proper diversification dan proper asset allocation.

      Saya sendiri, selain dari AHB, mempunyai pelaburan dalam saham, unit trust dan logam berharga 🙂

  4. salam tuan. nk tanye, kalo kite melabur AHB guna kwsp, adekah dividen nt akn masok dlm akaun kwsp, bukan akaun bank kite…mohon pencerahan. terima kasih.

    1. Wa ‘alaik as-salam,
      Bila kita melabur dalam AHB menggunakan Akaun-1 KWSP, dividen yang diterima akan dimasukkan terus ke akaun KWSP pada tarikh yang ditetapkan dalam pengumuman dividen AHB.
      Bila kita melabur dalam AHB menggunakan wang tunai, dividen akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank/AmBank bergantung kepada dimana kita mula melabur AHB (via Maybank atau AmBank).

Leave a Reply to fadhil Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *