Pengalaman Peribadi – Pelaburan Amanah Saham (Unit Trust)


Aku mula-mula melabur unit trust ni pada 17 Mac 2011. Tak perlu citer dana mana + syarikat mana. Sebab time tu, kalau orang melabur dalam unit trust selain ASB/ASN, destinasinya adalah “Syarikat No#1” sahaja; That was the trend.

Seperti biasa, kite melabur mungkin sebab sebab kawan kite ejen, atau sedara-mara kite ejen. Dan semua yang dia cakap mesti betul + mesti sounds convincing. Ayat pancing retire as a Millionaire tu standard la kan. Sebelum melabur dengan mengeluarkan duit Akaun 1 KWSP, ejen pasti akan gebang pasal dividend. Ade yang kata sampai 10% dividend setahun, malah ade yang gebang lebih dari tu. Dasyat!

Pada suatu hari, aku buat keputusan nak review pelaburan aku. Maklumlah, bile invest pakai duit KWSP ni, kenalah peka sikit. Aku kire pakai simple math je. Katalah initial investment aku RM10,000. Dividen yang ejen dok gebang dulu busuk-busuk pon 10% setahun, maka sepatutnya:

Tahun Pertama: Initial investment RM10,000 (contoh)

Tahun Kedua dapat Dividen 10%
:RM10,000 x 10% = RM1000
RM10,000 + RM1,000 = RM11,000

Tahun Ketiga dapat lagi Dividen 10%
:RM11,000 x 10% = RM1100
RM11,000 + RM1100 = RM12,100

Daripada pengiraan mudah diatas, sudah jelas bahawa sekiranya pelaburan asal aku tidak berkembang sehinga ia bernilai sekurang-kurangnya RM12,100; maka jelas lah bahawa dana tersebut tidak memberikan pulangan 10% setahun seperti yang ejen cerita.

[Harus diingatkan]:>> pengiraan secara matematik mudah ni, hanyalah satu daripada beberapa cara untuk tentusahkan samada Amanah Saham dimana kita melabur itu menepati dan memenuhi performance dijanjikan <<:[Harus diingatkan]

Lepas aku give up dengan performance pelaburan duit KWSP aku dengan “Fund House #1”, aku withdraw semua duit investment KWSP aku dari unit trust tu dan aku laburkan ke Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) sejak 26 Mac 2013.

Amanah Hartanah Bumiputera - AHB - Neelofa
Neelofa kata, “Bangunkan kewangan diri dengan pelaburan hartanah”

It was a no-brainer decision. Kerana pada masa tu, matlamat utama aku ialah mencari:

  1. Pelaburan Amanah Saham yang disahkan Patuh Syariah
  2. Aku nak dapat dividen yang 100% Patuh Syariah.
  3. Aku nak pelaburan Amanah Saham dengan Sales Charge paling minimum.

Pada masa itu, Amanah Hartanah Bumiputera menepati selera pelaburan yang aku hendak untuk dana persaraan aku. AHB sememangnya satu pelaburan unit trust yang telah disahkan Patuh Syariah, dan AHB bayar zakat siap-siap keatas pendapatan pelaburan. Sales charge? 0% beb!!!
Pssst! Ade gaya ayat iklan tak? ;-p

Setiap 6 bulan, Amanah Hartanah Bumiputera masukkan dividen directly ke Akaun 1 KWSP aku, dan setiap tiga bulan aku akan tambah pelaburan ke AHB dari Akaun 1 KWSP aku. Nak tau sejarah agihan dividen AHB, boleh klik sini.

In the mean time, aku fokus untuk belajar macam-mana nak “sukat” performance pelaburan semua Unit Trust yang ada di pasaran tanpa perlu bergantung kepada ejen Unit Trust. Alhamdulillah! Aku berjaya jumpa 4 sumber bebas untuk tentusahkan performance hampir semua Unit Trust yang ada di pasaran Malaysia.

Hari ni, selain daripada Amanah Hartanah Bumiputera, aku dah pun melabur dalam 3 Unit Trust Patuh Syariah tambahan dimana performance jangka masa panjang untuk ketiga-tiga dana telah disahkan secara bebas. Dana-dana yang aku ada pelaburan dari duit Akaun 1 KWSP pada masa ni:

1 – Kenanga Syariah Growth Fund
2- Eastspring Investments Dana al-Ilham
3 -PMB Shariah Aggressive Fund

Kalau aku stay dengan pelaburan dari dana “Fundhouse #1” tu dari 2011, return yang aku dapat hari ni (5 tahun kemudian) adalah lebih rendah daripada KWSP, lebih rendah dari AHB dan lebih rendah dari Tabung Haji. Cukuplah Morningstar menjadi saksi.

Equity – Malaysia Large-cap:

Morningstar-28-May-2016-Large-Cap-Syariah-Compliant-Funds

 

Equity – Malaysia Mid/Small-cap:

Morningstar-28-May-2016-Mid-Cap-Syariah-Compliant-Funds

Minta maaf sebab Download button tiada. Aku kedekut sikit nak bayar plug-in free-mium ni. Jadi kalau korang nak dua-dua PDF yang aku kongsikan ni, bleh hubungi aku melalui Telegram dan aku akan kongsikan.

By the way, kalau korang tertanya ape maksud ‘Anlsd‘ seperti yang tertera kat Morningstar tu, itu sebenarnya short-form untuk Annualised. Kalau nak tau ape maksud Annualised ni, jom belanja aku KFC.

 

Jika Kamu Bersyukur, Syukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

27 Replies to “Pengalaman Peribadi – Pelaburan Amanah Saham (Unit Trust)”

    1. Saya berpendapat pelaburan Unit Trust tak memerlukan spekulasi samada ia bagus atau tidak dalam keadaan pasaran 2017. Saya berpendapat soalan yang lebih tepat ialah, “Adakah pelaburan unit trust menepati risiko pelaburan seseorang pelabur?”. Ada pelabur yang tak kisah turun naik harga unit trust, ada pelabur yang takut rugi walaupun 3%, ada pelabur yang mengutamakan dividen yang konsisten, ada pelabur yang tak mahu rugi satu sen pon!

      Untuk pelabur yang mempunyai risk profil “takut rugi”, saya memang cadangkan AHB.

  1. Assalamualaikum, Dengar khabar AHB dah tak lagi menerima pelaburan tambahan dan yg baru sbb penuh PD tahun ini 2017

  2. salam , saya ingin melabur ,tapi tak tahu cara macam mana ? saya juga ingin tahu pasal pmb shariahinvestment aggressive, dan kalau kita nak melabur kena ade mininum berapa rm ?

    thanks in advance sir

  3. maklumat menarik. betul2 seperti apa yang saya rasa sekarang bila agen asik jaja geraf performance ‘syarikat #1’, yang kononnya boleh beri lebih tinggi dari kwsp, tapi bila check current status unit trust macam tak sampai pun 6-7% setahun.

    dok dengar kenkawan lain punya return macam sentiasa lebih tinggi dari saya, so tertanya mana silapnya.

    atau mungkin syarikat agen saya tu tak sebijak syarikat lain dalam buat pelaburan, walaupun dua2nya melabur dalam unit trust yang sama?

    saya takda latarbelakang kewangan, jadi kena paksa baca sendiri sebab duit kita.

    1. bagus tu belajar sendiri. ia menjadi pelaburan terbaik untuk diri kita. nanti bile dah mampu mengenalpasti risk-profil diri sendiri, dah mampu untuk buat keputusan pilih dana sendiri, lagi senang, tak payah tunggu ejen kejar kite, kite redah pi pejabat unit trust yang berkenaan, cakap je, “aku nak fund ni, fund ni, fund ni”.

      Memandangkan Tuan ade KWSP, mulakan disini https://youtu.be/1N8TfR78Llk

      1. Assalamualaikum, saya nak tanya kalau dlm pelaburan unit trust fund yg berlandaskan shariah atau yg patuh shariah bayar zakat tak? Saya adalah agent unit trust dan sy jual fund yg islamic sahaja tp saya kurang pasti depa bayar zakat ke tak

    1. Boleh hubungi saya di talian Munawan 013-2202110 sekiranya berminat untuk melabur PMB Investment. 5 tahun kebelakangan ini PMBI mencatatkan prestasi memberangsangkan sehingga cecah 111.84% total return untuk tempoh 5 tahun. Pelaburan boleh melalui EPF, tunai (RM100 minima) dan boleh potong saving tiap-tiap bulan. Selamat melabur.

  4. Assalamualaikum…
    Nama sy Wafi. Sebelum ni sy ade membuat peburan unit trust menggunakan KWSP melalui agent Public Mutual.
    Mana lebih menguntungkan, membeli unit dr agent unit trust or direct ke unit trust?
    Terima Kasih.

  5. assalamualaikum tuan
    saya berhajat nak beli rumah pada sblom umuq 25
    saya skrg umuq 18
    sya nk mntak pendapat tuan boleh ke saya capai target saya
    dan saya ad simpanan dalam 10k isnya allah tpi x tahu nk kembang mcm mne harap tuan dapat hantar email
    maklum balas dripada tuan amat saya hargai

    1. wa ‘alayk as-salam,
      Dengan simpanan sekarang RM10,000
      ditambah dengan simpanan bulanan sekitar RM127.00
      dengan dividen sekitar 7%,
      dalam masa 7 tahun,
      adalah tidak mustahil untuk mencapai simpanan sejumlah RM30,000

      Dengan RM30,000 sudah boleh letak sebagai downpayment untuk rumah bernilai RM300,000 dan kebawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *