Perancangan Belanjawan Tahunan Peribadi


Ramai orang mengeluh bila tiba masa nak perbaharui insuran kereta dan road tax,
tak kurang juga bila tiba masa nak tukar tayar kereta,
lebih-lebih lagi kalau kena tukar lebih dari satu tayar sekaligus,
belum cerita bab kena balik kampung sebab hal mustahak di tengah-tengah bulan.

Kita sedia maklum belanja tahunan ni,
Tapi for some reason, kita tak endah untuk bersedia lebih awal,
Kenapa?
“alah! raya lambat lagi”,
“alah! 6 bulan, lama lagi”,
“alah! bunga tayar tu, boleh pergi jauh lagi tu…”

Saya nak kongsikan macam mana saya bersedia menghadapi perbelanjaan tahunan ini. Senang je!

Senaraikan semua perbelanjaan tahunan yang tetap,
jumlahkan kesemua perbelanjaan tahunan,
dan jumlah tersebut bahagi 12 bulan,
pastikan setiap bulan tak miss untuk asingkan peruntukan daripada pendapatan kita untuk memenuhi belanjawan tahunan ini.

Alhamdulillah.
Setakat ni saya belum pernah short lagi untuk cover semua belanja berikut bila tiba masanya.

Januari
:: Bonus tahunan isteri

Mac
:: renew Takaful Isi Rumah

April
:: renew Takaful motorsikal & Road Tax
:: renew Webhosting TuanPenasihat

Julai
:: renew Takaful Kebakaran rumah

Oktober
:: renew Takaful kereta & Road Tax
:: renew Domain names
:: renew lesen CMSRL

November
:: bayar Zakat unit trust, saham, emas & perak

Disember
:: renew keahlian FPAM
:: renew authorization FIMM

Lain-lain belanjawan tetap tahunan
:: 20 hours of Continuing Education (CE)
:: Tayar kereta
:: Bateri kereta
:: Servis kereta
:: Servis motor
:: belanja Hari Raya Aidilfitri & Aidiladha (hotel, servis kereta, petrol, tol, aiskrim, BR1ya)

Perancangan kewangan, perancangan belanjawan tahunan peribadi, kedua-keduanya sekufu 🙂

 

Jika Kamu Bersyukur
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *