Permohonan Bantuan Zakat Ditolak ~ Alasan Tidak Munasabah


Welcome to Malaysia.
Disini kite diajar dari kecik,
“Umat Islam mesti bersatu!!”,
“Kaum kite mesti bersatu!”…
Propa je lebih

 

Pada 2014, aku berkenalan dengan sorang member coin collector dari Terengganu. Tempat berkenalan? Di pintu pagar Bank Negara Malaysia, cawangan Kuala Terengganu, pada 1 Ramadhan, selepas solat Subuh. Dia seorang student PhD. Semalam, aku nampak iklan dia di group coin-collector kat Facebook, nak jual syiling peringatan Sempena Ulang Tahun Penubuhan Malaysia Ke-50, Set of 2. Terkejut jugak aku.

Aku pon bertanya itu dan ini, kenapa begitu, kenapa sampai jadi macam ni. Panjang la jugak cerita sederhana sedihnya. Tapi yang aku nak sampaikan disini ialah, dia sebagai ketua keluarga, kajian PhD pon belum habis, dah sampai ke satu tahap sekarang memerlukan bantuan zakat.

Seperti yang kite sedia maklum, ade select few je orang yang boleh terime duit zakat ni. 8 Asnaf yang Layak Menerima Zakat dengan jelas dan terang dinyatakan di website MAIDAM sepertimana firman Allah s.w.t.

 

Berbalik kepada cerita member aku ni tadi, dia dah memohon bantuan zakat dari MAIDAM, semua syarat cukup, semua dokumen lengkap, tapi alasan permohonan bantuan zakat dia kena reject, bagi aku teramat sangat tidak munasabah

MAIDAM - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

 

Kenapa aku kata alasan reject ni tak munasabah?

  1. Syarat permohonan bantuan zakat ditetapkan ‘Bermastautin di Terengganu melebihi 3 tahun’
  2. Member dah tinggal di  Terengganu dari masa buat Degree tahun 2003 sampai sekarang tengah buat PhD ~ dah 13 tahun
  3. Tiga belas tahun (13) menetap di Terengganu, masih tak kire sebagai mastautin ke?
  4.  Member submit permohonan bantuan zakat yang disertakan dengan surat akuan mastautin dari Penghulu Mukim :: masih tak mastautin lagi?

MAIDAM - SYARAT-SYARAT DERMASISWA DAN BANTUAN AM PELAJARAN IPT

 

Jadi dengan sebegitu lama dia dah menetap di Terengganu, kenapa permohonan bantuan zakat ditolak atas alasan, saya petik MAIDAM sekali lagi, “BERMASTAUTIN DI PAHANG (SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DI PAHANG SERAT DOKUMEN PENGENALAN.HANYA BERMUKIM DI K.TRG KERANA BELAJAR DI UMT.)”.

Logik ke?
13 tahun menetap di Terengganu, permohonan bantuan zakat ditolak sebab 10 tahun bersekolah di Pahang?
13 tahun menetap di Terengganu, permohonan bantuan zakat ditolak sebab kad pengenalan masih alamat Pahang?

Macam mana Islam nak maju? Dah la orang Islam di Arab tu semua kalah dengan Israel. Sebab ape? sebab mereka tidak bersatu. Jadi kite kat Malaysia asuh anak-anak suruh bersatu tapi Baitulmal negeri masih berpuak-puak nak berkira kad pengenalan alamat negeri mana?

 

 

Kepada kumpulan Case Officer(s) di MAIDAM yang memutuskan untuk menolak permohonan bantuan zakat kawan aku ni, ni je aku nak pesan, “Kalau korang tak boleh nak fikirkan alasan yang lebih logik dan lebih diterima akal, tolong lah re-consider luluskan bantuan zakat untuk sahabat aku ni.”.

 

==//Update 22 Ogos 2016, 6:21 pagi:
Aku telah dimaklumkan sahabat, Tuan Zairul, yang permohonan Bantuan Zakat IPT beliau, kini berstatus Proses Akhir Kelulusan oleh MAIDAM. Tarikh diluluskan 21 Ogos 2016. Sujud syukur terus kawan kite!

MAIDAM - Bantuan Pengajian IPT Zairul - LULUS

Maknanya, dah lulus lah kot? Alhamdulillah!
===\\

==//Update 23 Ogos 2016, 8:57malam:
Tuan Zairul private message aku kat Facebook, memaklumkan ade perubahan status, seperti berikut

MAIDAM - Bantuan Pengajian IPT Zairul - LULUS - Update 23082016

Ini macam ade mende positif yang akan berlaku ni!
===\\

==//Update 24 Ogos 2016, 9:32malam:
Kali ni, aku tak tunggu Zairul, aku pergi check sendiri kat MAIDAM. WOW!! hari ni status perubah lagi DAN kali ni ada nombor baucer

MAIDAM - Bantuan Pengajian IPT Zairul - LULUS - Update 24082016

===\\

==//Update 2 September 2016, 07:09pagi:

MAIDAM - Bantuan Pengajian IPT Zairul - LULUS - Update 02092016

===\\

Nota TuanPenasihat 02 September 2016, 6:43petang: Syukur الحمد لله selesai satu kes. Harap-harap MAIDAM akan review semula kes-kes bantuan Zakat yang selama ni ditolak dengan alasan-alasan karut/kurafat/tak munasabah/tak masuk akal/dan yang sama waktu dengannya.

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

12 Replies to “Permohonan Bantuan Zakat Ditolak ~ Alasan Tidak Munasabah”

  1. Kalu surat cerai tak hantar lulus ka ?
    Adakah pembayaran ikut syarat netul?
    Surat cearai tak hantar sb tak ada cerai yang di sah kan ole makahmah lagi
    Adakah ni satu penipuan orang dalam?

    1. Saya hantar rayuan guna email je kepada jabatan yang proses permohonan zakat tu.
      Lepas tu saya cc ke pihak berita dan akhbar. Alhamdulillah, dengan fakta yang saya hujah, permohonan diluluskan.

        1. Surat rayuan bukan susah sangat pon,
          jangan la skema sangat ikut format surat KBSM.
          tulis je surat, asalkan dari hati (ecewah).

          ======================//
          Saya nama sekian, permohonan sekian, memohon semakan semula permohonan bantuan zakat.
          Saya rasa saya layak,
          Saya telah memenuhi syarat-syarat berikut:
          – syarat 1
          – syarat 2
          – syarat 3

          Walaupun saya tak memenuhi syarat ke 4, saya merayu dipertimbangkan permohonan zakat saya ini atas sebab saya ni memang golongan asnaf sahih bukhari.

          Sekian, terima kasih.
          ======================\\

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *