Polisi Takaful Keluarga vs MRTT (Beserta Kajian Kes)


Ade member share status berikut di FB dua tiga hari lepas,

==============//
CERITA PENDEK
==============\\

1. MRTA/MRTT wajib atau tidak, itu polisi Bank individu. Semasa saya bekerja dengan Maybank, polisi pada masa itu (2006) ialah, kalau tak nak amik MRTA/MRTT, sila amik Life Insurance/Takaful Keluarga dengan syarat
Sum insured untuk manfaat kematian dan cacat kekal (Death & TPD), mestilah sama nilai dengan nilai jumlah pembiayaan rumah, dan
– ASSIGN POLICY tersebut kepada Maybank (kesan dia sangat besar).

2. MRTA/MRTT jauh berkali ganda lebih murah dari Life Insurance policy/polisi Takaful Keluarga.

Kalau boleh terima dua fakta diatas, boleh berenti baca disini sahaja dan tak perlu baca lagi dah. Kalau tak puas hati dengan fakta #2 diatas, sila baca CERITA PANJANG kalau nak tahu lebih lanjut.

===============//
CERITA PANJANG
===============\\

Sebenarnya MRTA/MRTT tu tak cekik darah pon.

Cumanya, kebanyakan rakyat marhaen yang beli rumah,
bila masuk bab amik MRTA/MRTT,
pembeli tak mampu nak bayar cash. MRTA/MRTT tak boleh bayar installment, mesti settle lump-sum  sekali bayar je.
Bila savings tak cukup (dah habis bayar lawyer, bayar downpayment), memang almost always, confirm orang beli rumah akan mintak bank financekan sekali jumlah MRTA/MRTT tu.
Walhal boleh je bayar cash.

Aku amik contoh diri aku sendiri yang tergolong dalam kategori pembeli rumah marhaen.
Jumlah financing umah aku = RM191,234.00 (termasuk MRTT)

MRTT untuk cover RM191,234 (tempoh 20 tahun) hanya RM4,778.00

MRTT RM4,778.00 tu, lebih murah daripada iPhoneX

RM4,778.00
BAHAGI 20 tahun
BAHAGI 12 bulan
= RM19.91sen sebulan
*ingat ye, MRTA/MRTT tak boleh bayar installment, mesti settle lump-sum  sekali bayar je.

Sekarang , cuba cari takaful agent yang boleh quote coverage death-TPD policy yang boleh cover RM191,234.00 hanya dengan RM19.91sebulan.

Kalau jumpa, sila roger aku,
aku nak berguru dengan dia.

Setakat ni, paling murah aku jumpa pun SSPNi Plus je.
pelan Nilam, hanya RM300 sebulan:
– RM270 masuk ke savings SSPNi
– RM30 lagi untuk takaful cover RM60,000.00
Ini bukanlah perbandingan Apple-to-Apple. The point is, dengan SSPNi Plus, ko boleh dapat Takaful cover Death-TPD dengan hanya RM30 sebulan.

Sekarang jom compare yang kononnya Takaful yang ejen jual, boleh ganti MRTT. Ye, memang boleh ganti MRTT, tapi kos lebih tinggi.

Sekali lagi, contoh adalah diri aku sendiri.

Tahun 2017, aku upgrade Death-TPD Takaful polisi diri aku kepada RM170,000.00
Disebabkan aku overweight, aku kena loading.
Bulan-bulan kena bayar RM315.00

MRTA/MRTT takde loading k.
*loading ni bahasa mudahnya, orang boroi kena bayar lebih. orang sihat sado bayar ngam-ngam.

Kesimpulannya:

1. Kos MRTT, upfront RM4,778.00 (RM19.90 sebulan) dapat cover jumlah pembiayaan rumah aku sebanyak RM191,234.00

2. Takaful Death-TPD, kena bayar RM315.00 sebulan hanya boleh cover manfaat kematian dan cacat kekal RM170,000 sahaja (kurang RM21,000++)

Jadi, pendapat aku, MRTT lebih economical daripada Takaful polisi biasa.

Afdhalnya, ambiklah MRTT, bayarlah cash.
Tak mampu cash, mintak di financekan sekali dengan pembiayaan rumah.

MRTT rumah aku ni, RM4,778.00, didijumlahkan dalam pembiayaan, bayaran balik bahagian MRTT tu (profit bank 4.65% setahun, 20tahun) hanyalah RM30.61 sebulan sahaja selama 20 tahun.

Bayaran semula MRTT jika dibiayai dengan pembiayaan rumah

MRTT yang dijumlahkan dengan pembiayaan rumah, masih lebih murah berbanding polisi Takaful Keluarga:

RM19.91 vs RM30.61 vs RM315

 

Jika Kamu Bersyukur
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *