Rawatan Hospital Kerajaan – Pilihan Keji?


Takde perlindungan khairat kematian? Habislah anak bini kau merempat esok-esok.”
Takde perlindungan khairat hilang upaya kekal? “Naya bini ko nanti woi! silap aribulan dia mintak cerai sebab gaji dia ciput tak mampu jaga ko lumpuh.”
Takde kad perubatan (medical card)? Haaa!!! ni aku nak pesan awal-awal ni, ko masuk spital esok-esok jangan call aku mintak pinjam duit OK, penting ni kad perubatan ni tau!”

Rasanya, kebanyakan dari kite ade pengalaman ‘selisih jalan’ dengan perunding Takaful yang lebih condong kepada promosi dakyah bersifat fear-mongering (menakut-nakutkan). I’ve had my share of it. Tak kata diorang salah, tapi kadang tu, rimas aku dengar mende sama je. Kalau selisih 21 perunding takaful, memang 21 kali lah aku dok dengar ulang senario sama.

Kalau aku takde kad perubatan Takaful, ape masalahnya?
Kalau aku pilih nak manfaatkan hospital kerajaan, ape masalahnya?
Keji sangat ke kalau aku pilih masuk wad hospital kerajaan ni?
Pak Mertua aku kena heart-attack Sabtu baru ni, setakat waktu tulisan ni, masih lagi melepak kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah, OK je aku tengok.

Ni ada dua status facebook yang aku rasa sesuai sangat dikongsikan dengan pembaca sekalian. Perhatikan bagaimana dua penulis status berikut yang berkongsi pemerhatian mereka terhadap pilihan rawatan di Hospital Kerajaan (berbanding hospital swasta)

Jadi persoalan sekarang ni, ape sebenarnya ‘motif’ adenya perunding takaful kalau semua jenis rawatan yang ade di hospital swasta, terdapat pilihan rawatan yang sama di hospital kerajaan yang lebih mesra dengan kocek rakyat marhaen?

Jawapannya, kalau korang pon tanya soalan yang sama, maknanya korang PERLUKAN khidmat perunding Takaful. OK Bye.

PS:
1- aku tadak lesen Takaful, jadi, jangan la pm mintak quote
2- kalau pm mintak tolong rekemen ejen Takaful boleh la.

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *