Flat Seri Wangi tak terlepas dari terkena penangan ribut pada 05 Mac 2018, sekitar jam 3:00 petang sehingga jam 6:30 petang .
Berikut status kerja-kerja pembersihan yang dilakukan skuad Pantas MBPJ menggambarkan keadaan selepas ribut melanda sekitar kawasan Kota Damansara
Rumah yang saya diami, basah di beberapa sudut. Air menitik dari siling bilik, ada di beberapa sudut, kelihatan kesan air mengalir dari atas siling pada dinding.
Esok paginya, baru lah saya tahu kenapa air tiris masuk rumah saya. Saya dapat tahu pun, pada esok harinya, selepas saya selak langsir ruang tamu dan nampak keadaan sebenar atap rumah jiran
Mujurla masa beli rumah ni dulu, Maybank Islamic bertegas mesti ada Fire Takaful dan auto-renew setiap tahun
Seterusnya, ape tindakan saya?
- semak polisi Takaful Kebakaran, untuk pastikan ada perlindungan sekiranya terdapat kerosakan kepada bangunan akibat daripada bencana alam termasuk banjir, ribut, taufan, ribut angin.
- panggil contraktor datang tengok atap rumah, amik gambar, amik video, mintak quotation.
Selesai semua tu, saya hubungi eTiqa Takaful, mintak bantuan macam mana nak mulakan proses tuntutan Takaful. Saya disuruh hantar email ke claims@etiqa.com.my
Email ringkas-ringkas je…
Esoknya, eTiqa Takaful hantar borang untuk saya isi (Borang Tuntutan), sign dan hantar semula kepada mereka. Lusa, dah dapat email tuntutan dah diluluskan
Hari ini, Alhamdulillah, baru sekejap tadi kontraktor baru siap baiki atap rumah.

Berikut pula gambar dari handphone kontraktor sebelum dan sesudah selesai kerja membaiki
Saya berharap, pembaca semua dapat ambil pengajaran daripada kejadian ini, dan pastikan memiliki Takaful bangunan kediaman yang memberi perlindungan kerugian sekiranya berlaku, kebakaran, kemusnahan, bencana keatas bangunan kediaman kita.
Saya, sebagai Penasihat Kewangan Berlesen, boleh membantu memenuhi keperluan Takaful kebakaran, rumah/apartment. Saya juga sedia membantu sekiranya Management Corporation (MC)/JMB/Persatuan Penduduk, perlukan Takaful kebakaran bagi melindungi kerugian sekiranya berlaku sesuatu keatas bangunan apartment/condominium.
Pastikan pilihan kita adalah pilihan PATUH SYARIAH.
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]