Sejarah Dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)


[Updated December 2017] ~ Ni sekadar nak kongsi, rekod dan sejarah agihan pulangan dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB).

[Update 09 June 2017] : Dana AHB dikhabarkan telah penuh, sila walk-in ke cawangan Maybank dan sahkan maklumat ini. Sekiranya benar, bolehlah kiranya pertimbangkan dana-dana Patuh Syariah lain.

Dana AHB ini dilancarkan pada 29 November 2010 dan memberi agihan (dividend) dua kali setahun.
Satu kali pada bulan Mac (Interim), dan,
satu kali pada bulan September (Tahun Kewangan Berakhir).

Berikut adalah rekod/sejarah agihan pendapatan (dividen) bagi dana Amanah Hartanah Bumiputera sehingga September 2017:

Sejarah Dividen AHB

Sekilas pandang, agihan pendapatan (dividen) diberi nampak rendah, tetapi harus diingatkan, dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) memberi agihan pulangan dividen yang bersih setelah selesai pembayaran zakat.

Amanah Hartanah Bumiputera AHB - Agihan Dividen Bersih Selepas Zakat
Rujuk mukasurat 39 30 Prospektus Dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)bertarikh 16 Oktober 2015 2016

Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) adalah alternatif yang baik untuk para pelabur parking duit lebihan daripada RM9980 dalam akaun Tabung Haji.

Sebagai contoh, sekiranya seorang pelabur bijak mempunyai RM19,980.00 di dalam simpanan Tabung Haji. Pelabur Bijak akan memindahkan RM10,000.00 ke dalam dana Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) dan baki yang tinggal dalam Tabung Haji cuma RM9980.00. Ini salah satu cara untuk optimize pulangan yang bakal diperolehi.

Mahukan pulangan yang lebih dari Tabung Haji?
Mahukan pulangan yang lebih dari Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)?
Mahu melebarkan sayap dan melabur dalam pasaran hartanah luar negara melalui dana amanah saham (unit trust) yang Patuh Syariah?

Jom sembang kat KFC 🙂

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram] [WhatsApp]

66 Replies to “Sejarah Dividen Amanah Hartanah Bumiputera (AHB)”

    1. “Agihan adalah berdasarkan jumlah purata baki bulanan minimum Unit yang dipegang dalam tempoh agihan”

      Kena faham betul-betul kriteria dia ye:

      1. purata baki bulanan minimum Unit,
      2. Unit yang dipegang dalam tempoh agihan [tempoh 6 bulan]

      Untuk lebih memahami pengiraan agihan pendapatan (dividen), rujuk ilustrasi yang disediakan dalam prospektus Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) bertarikh 16 Oktober 2016, di mukasurat 34.

      1. Salam broo, bole saya mintak no tlepon atau apa apa yg saya bole contact direct… Sebab saya nak sangat dapat pencerahan yg sungguh jelas tentang ahb ni… Terima kasih dapat membantu

      2. salam tuan,

        so drpd penerangan tuan yang di atas,

        2431 adalah purata baki bulanan minimum..

        jadi pengiraan dividennya macam mana?

    1. Jawapan pendek ~ 3.5billio units semuanya dah fully subscribed; tak boleh invest lagi dah.

      Jawapan panjang ~ bergantung kepada laporan berapa unit redemption (pelabur menjual semula unit mereka) setiap hari. Setakat perbualan saya dengan Encik Raymond Yeung dari Distribution Partners, Maybank Asset Management, mereka telah menutup sistem yang merekod transaksi AHB di semua cawangan Maybank. Tapi sistem tersebut boleh dibuka semula secara manual jika ada permintaan dan bergantung kepada unit AHB berbaki yang ada berdasarkan laporan redemption harian.

      Jawapan dari Puan Farhanah Sharifuddin, Manager – Unit Trust Operations, Pelaburan Hartanah Berhad ~ unit-unit AHB yang allocated di Maybank memang dah fully subscribed. Tetapi, ade separate allocation lebih kurang 7-8juta unit di AmBank. Jadi kepada pelabur baru yang belum pernah melabur di AHB melalui Maybank (tunai atau KWSP), boleh melabur di AmBank. Puan Farhanah juga memaklumkan di AmBank, pelaburan AHB hanya boleh dilakukan secara tunai sahaja dan tidak boleh menggunakan wang dari Akaun-1 KWSP.

      1. tuan,

        maksudnya, yg nak invest via EPF mmg x boleh dah? or submit je dan application akan pending sampai la ada avail unit?

        1. Saya takde jawapan untuk soalan Tuan. Tapi saya nak kongsikan, saya terima email dari Investment Services, pada 17 May 2017, AHB sekarang sudah dibuka semula. Kalau ade nak invest samada cash atau EPF, sila segerakan berjumpa Financial Executive di cawangan Maybank terdekat.

  1. السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ tuan

    Nak comfirmkan tentang zakat.

    Simpanan AHB sudah tidak perlu kita keluarkan zakat betul? Kerana pihak bank sudah membayar zakat bagi pihak kita sebelum membayar dividen.

    Betul ke?

    1. Betul. Saya petik sepertimana yang dinyatakan dalam prospektus dana bertarikh 16 Oktober 2016, “Dana membayar Zakat bagi pihak Pemegang Unit. Oleh itu, agihan pendapatan yang diterima oleh Pemegang Unit adalah bersih selepas Zakat”.

  2. Salam, just nak kpastian lebih mendlm. Contoh kita letak. 15k ddlm ahb yg di mana tlh lebih haul dan nisab(perak). Zakat 15k ini tlah dizakat oleh ahb atau hanya dividen yg dizakatkan oleh ahb?

    Sperti tabung haji saya rasa jelas, sbab mengatakan kn “pendeposit(duit yg kita masuk bulan2 tu), juga x perlu membayar zakat kerana tlah diuruskan oleh tabung haji. Bukan dividen je yg dizakatkan..

    Jd adakah ahb juga tlah menzakatkan “simpanan” bukan “dividen” ye bg pihak kita?.

    Maaf pjg skit huhu

    1. Kalau ikut ayat dalam Prospectus, “… agihan pendapatan yang diterima oleh Pemegang Unit adalah
      bersih selepas Zakat”, saya faham zakat hanya keatas Dividen sahaja dan bukan atas simpanan pokok.

    2. Hi saya ada email soalan ni pada PHB. Berikut ialah soalan saya:

      “Saya ingin tahu lebih lanjut tentang zakat yang dibayar oleh AHB. Adakah zakat yang dibayar hanya untuk dividen atau dengan modal pelaburan sekali? Sekiranya zakat yang dibayar hanya untuk dividen, maka saya wajib membayar zakat untuk modal pelaburan. Terima kasih”

      Dan ini adalah jawapan daripada PHB:

      “Assalam,

      Dana AHB membayar Zakat Perniagaan bagi pihak pemegang unit. Oleh itu, agihan pendapatan yang diterima pemegang unit adalah bersih selepas zakat dan pemegang unit tidak perlu lagi membayar zakat”

      Jadi dengan jawapan ni menunjukkan yang AHB turut membayar modal simpanan kan?

      1. Tak jugak. Jawapan AHB tu sah menunjukkan mereka bayar zakat tapi tidak mengesahkan mereka bayar zakat simpanan pokok kita.

        Lebih jelas kalau cik boleh hantar follow-up email tanya PHB sekali lagi,
        {
        1. Adakah Dana AHB membayar zakat berasaskan:
        – Kaedah Model Berkembang (Growth Model)
        – Kaedah Modal Kerja (Working Capital)

        2. Adakah AHB turut membayar zakat untuk modal simpanan?
        }

  3. Sy pegi maybank utk buat pendaftaran PHB tp staf bgtau skrg dh tutup..kna tunggu Phb buka semula.mcmne kt nk tahu phb buka semula pelaburan..

    1. Aiseyman!… sorry to hear that. Kalau Tuan berminat, ada banyak lagi Unit Trust Patuh Syariah diluar sana yang saya boleh tawarkan. Nak melabur di mana? Malaysia? Asia Pasifik? Global? Hartanah Australia? Macam-macam adaaaa! Dan banyak yang Patuh Syariah 🙂

  4. Selepas menonton berita 8 mlm di TV3 pada 29.09.2017 mengenai AHB saya berminat untuk melabur dlm unit amanah ni. untuk mendapatkan maklumat lanjut sy buat search melalui internet. Saya agak keliru dgn agihan pendapatan AHB ni. Dlm jadual yg ditunjukkan utk agihan Mac 2016, pada perkara di catat Agihan Tunai (RM)* dan pada amaun agihan dicatat 3.30 sen/unit. Adakah ini bermaksud pengagihan pendapatan utk pelaburan berjumlah RM1,000 ialah RM3,300 atau RM33. Mohon penjelasan dari tuan

    1. Pelaburan AHB sejumlah RM1000,
      memberi pelabur pegangan sebanyak 1000 unit dalam AHB.

      Merujuk pulangan Mac 2016, iaitu 3.3sen seunit,
      maka pulangan yang diterima keatas 1000 unit tadi ialah:

      ===> 1000 unit x RM0.033 = RM33

  5. Aiseyman!… sorry to hear that. Kalau Tuan berminat, ada banyak lagi Unit Trust Patuh Syariah diluar sana yang saya boleh tawarkan. Nak melabur di mana? Malaysia? Asia Pasifik? Global? Hartanah Australia? Macam-macam adaaaa! Dan banyak yang Patuh Syariah 🙂xxxxx nk thu pasal ni

  6. Assalam tuan. Saya ingin bertanya. Adakah simpanan @ pelaburan AHB ini ada disediakan ‘Penamaan’ seperti Tabung Haji? Terima kasih tuan.

  7. Dulu aku pnh melabur dlm asb sbnyk RM5 k , dlm stahun tu kdg2 aku dpt 1 kali je dividend , baki selebih nya tu aku xdpt lgsung … dan dividend yg aku dpt amat lah sikit , so aku decided utk jual smua shm aku tu

    1. Kalau Tuan rujuk dalam screenshot diatas, tak ada satu tahun pon yang dividen hanya dapat sekali. Setiap tahun dividen memang dapat dua kali. termasuk lah tahun 2017 ni dan dividen kedua sudah pon dikreditkan kedalam akaun saya pada 16 Oktober baru-baru ni.

      1. Sy tau tu 2 kali stahun n sy just dpt bln march shj, kdg2 tu sept xdpt pun … bila pegi bnk , dia pun xtau … apo boleh eden buat, withdraw smua shm tu … 5 ribu tu sy peram dlm ahb nk dkt 5 taun ..xpenah usik pun

    1. “paling baik” itu subjektif,
      “menguntungkan”, itu pun subjektif.

      Saya lebih prefer memberi nasihat perancangan pelaburan dalam konteks subset perancangan kewangan.
      Of course, kena lah buat appointment berjumpa.

      Tapi kalau nak free-tip, Amanah Hartanah Bumiputera is a good place to start 🙂

    1. As of April 30 2018 masih boleh invest lagi dlm AHB ni. Alhamdullilah, saya dah dump in mana2 rezeki lebih yg ada.

  8. Saya baru bercadang untuk keluarkan wang dari AHB kerana dividen yang diperoleh adalah kurang dari TH setelah ditolak zakat simpanan. Tapi bila baca komen ada yang sudah menghubungi AHB sendiri dan dimaklumkan AHB telah membayar zakat perniagaan, maka ini bermakna simpanan kita (dijadikan modal perniagaan AHB) telah di zakatkan.

    Jadi dividen AHB adalah lebih baik dari TH. Betulkah fahaman saya ini?

    1. Ada simpanan,
      ada Dividen/HIbah

      Tabung Haji membayar zakat keatas simpanan (deposit) DAN dividden (hibah) yang kita terima.

      AHB pula hanya membayar zakat pendapatan keatas Dividen yang kita terima sahaja.

      Tidak kenyataan dari AHB (dalam mana-mana interim/annual report) yang mereka membayar zakat pendapatan keatas simpanan AHB.

  9. Salam tuan, saya labur secara tunai.
    Dimana dividen saya akan dikreditkan. Sepanjang saya labur tak pernah ambil tau tentang hal ni. Malas nak ke bank.

    1. Bila kita melabur dalam AHB menggunakan Akaun-1 KWSP, dividen yang diterima akan dimasukkan terus ke akaun KWSP pada tarikh yang ditetapkan dalam pengumuman dividen AHB.

      Bila kita melabur dalam AHB menggunakan wang tunai, dividen akan dimasukkan ke dalam akaun Maybank/AmBank bergantung kepada dimana kita mula melabur AHB (via Maybank atau AmBank).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *