Serangan Jantung


Shift kerja aku hujung minggu baru ni memang one of a kind. Hari Sabtu kelmarin (3 Disember 2016), lebih kurang 10 malam, si isteri dapat panggilan telipon dari adik dia. Berita disampaikan membuatkan isteri terkejut, “Abah sesak nafas, masuk hospital”.

Malam tu, kami balik Muar. sempat angkut adik ipar aku sekeluarga sekali di Semarak. Of course malam-malam buta, dah sah sah tak bleh melawat. Esok aje lah.

Esoknya, Ahad (4 Disember 2016), aku tengok bapak mertua aku kat spital, cam OK je. Cam tak sakit je. Duduk atas katil, borak-borak, like nothing happened. Aku mulakanlah soal siasat aku..

  1. Ape jadi?
  2. Pukul berapa jadi?
  3. Macam mana boleh jadi?
  4. Kat mana jadi?
  5. Sila berikan kronologi penuh kejadian untuk rekod TuanPenasihat…

Mak mertua aku pon ceritalah dari A-Z. Pagi hari bapak aku buat ape, tengah hari nak makan free tak? bapak aku kata ye, dia belasah makan kambing, lepas tu balik rumah, berpeluh… kebas…sesak nafas… loya… badan sejuk…kepala sejuk… picit-picit kepala masih lagi sejuk…baring tak selesa, berjalan tak selesa, duduk tak selesa, berpeluh tak berenti… ini semua salah kambing yang dimakan tengahhari tadi… suruh p hospital tak mau… mak mertua telipon adik ipar d Mersing, adik ipar balik Muar hantar bapak mertua pegi hospital, itu pun dah malam hari.

Soalan TuanPenasihat, apakah nama sakit bapak mertua? Mak mertua jawab sesak nafas. Bapak mertua jawab ‘aku loya loya je’…. OK lah, sebagai menantu, aku takmau la tambah lagi seguni soalan. Aku nak tanya doktor, kelibat doktor lom nampak lagi. Jadi, at this point in time, nama penyakit bapak aku ialah والله اعلم

Sambung berborak dengan bapak mertua, “HAaa! Nuar, aku ade insuran ni, aku rasa boleh claim ni masuk hospital ni.” Aku diam dulu. Bagus gak orang tua ni ade insuran, ni kategori tua sedar diri namanya. Lepas tu selamba katak aku reply, “Insuran haram”, and then there were silence. OK lah, lepas tu aku tanya, “Abah beli kat mana insuran?” dia kata kat POS Malaysia. Wife aku kata Pejabat Pos bukak hari ni. Aku terus ajak gi Pejabat Pos nak tahu insuran ape yang abah ambik.

Sesudah aku dapat maklumat di Pejabat Pos, gile khinzir aku terkejut!

  1. Sah bapak mertua aku amik Insuran
  2. Hospitalization Benefit hanya boleh dituntut, jika dan hanya jika bapak aku ditahan wad disebabkan demam Denggi SAHAJA!
  3. Bayar premium insuran RM156 tiap-tiap bulan.

At this point aku memang sangat Angry Bird Star Wars. Siapa lah sialan yang jual insuran cover najis ni kat mertua aku? Jilaka betui.

Kami kejar semula ke hospital. Aku sampaikanlah kepada bapak mertua aku yang hospitalization hanya boleh dituntut kalau demam denggi sahaja. Sengih je la yang orang tua tu mampu.

Sebelum maghrib, kami singgah ke hospital one last time nak jumpa abah sebelum kami balik KL.

2016-12-04-19-31-47

Aku pulak rasa tak puas hati kalau tak dapat bercakap dengan doktor. Ye lah, ape kejadah masuk wad tapi tak tau nama penyakit nya ape, ye tak? Kot ye pon cakap la, sakit tekanan darah rendah ke, kena panic attack ke, kegagalan fungsi usus besar ke….

Memandangkan dari kalangan ipar duai, aku sorang je yang ade Diploma Lanjutan Bersiri Grey’s Anatomy pengkususan Cardio Thoracic, aku beranikan juga pergi ke kaunter nurse. Selamba badak aku mintak nak tengok file bapak mertua aku. Mula dia tak nak bagi, aku kata, fine, tak nak bagi takpe (bukan aku reti baca pon), sekarang aku tanya ko jawab…
“Eh, encik ni siapa?”,
“Saya menantu dia”,
“Kenape encik nak tahu?” <<== I hope this is a standard question, sebab aku ada sedikit rasa nak terajang orang dah masa ni.
“Sebab takde orang dekat katil bapak mertua saya tu yang tahu nama penyakit bapak mertua saya dan kenapa dia di wad. Sekejap berpeluh la, sekejap sakit dada, sekejap sakit kepala, sekejap ulu hati la…. ko tau tak dia masuk wad ni dia salahkan kambing yang dia makan tengah hari tadi?”
“Kami tak boleh bagi maklumat pesakit kepada sebarang orang encik”
“Ye, saya ni menantu dia, kalau tak nak bagi tau saya, nak bagi tau sape? mak mertua saya? adik ipar saya? isteri saya?”
Tiba-tiba, tanpa dipanggil dan tanpa diseru, adik ipar aku dan isteri aku dah muncul kat tepi aku,
“Ni isteri saya, anak pesakit, ni adik ipar saya anak pesakit”
“Kejap ye, sape nama  pesakit?”
“Mustafa Kamal”, aku masih lagi bertahan memberi senyuman yang tersangatlah fake mengharapkan kerjasama dari pihak kaunter wad 8.
Dia pi amik file bapak mertua aku kat tray dua tiga langkah je dari meja. kaunter tu.
“Owh Encik Mustafa Kamal ni” dia belek-belek file pak mertua aku jap, “OK, so ape yang Encik nak tanya ye?”
Aku pandang bini aku, aku pandang ipar aku, memang satu soalan je yang teramat sangat obvious dalam kepala kami,
Bapak mertua saya ni sakit ape?”
Dia kena heart-attack”
Maka terdiam lah kami sekejap….

Aku mintak pen dan kertas, antara main-point yang aku dapat catit:

  1. kemungkinan ada antara saluran jantung tersumbat
  2. punca (root cause) heart attack belum dikenalpasti
  3. Ubat dah start bagi ubat untuk cairkan darah (ade ke ubat ni?) dan ubat darah tinggi
  4. Game Plan sekarang nak pindahkan pak mertua aku ke wad khas untuk pesakit jantung di Wad 16. Wad khas ni bukan wad ICU, wad ni macam HDU, tapi bukan wad HDU; hospital yang cerita, kite yakin dan percaya je la bulat-bulat
  5. Doktor Pakar dah mula attend pak mertua di wad sekarang, Wad 8
  6. Macam mana doktor mengesahkan pak mertua aku  heart attack? berdasarkan respon pak mertua di wad kecemasan dia dok mengadu sakit dada, itu dan ini; dan juga reading ECG (electro-cardio-ko google lah sendiri)

Aku rasa dah takde ape dah aku nak tanya. Aku tanya sekali lagi soalan last, “So, betul ni pak mertua saya heart-attack ye?”, lelaki di kaunter tu angguk dan iyakan. Rupanya yang dok jawab soalan-soalan aku ni, Doktor Amir namanya. Hmmm… baru lah aku faham kenape nurse tu panic tengah hari tadi bile kami kata abah pi toilet (tak berteman).

Kami balik ke katil pak mertua aku, aku bagi tau dia, bile aku khabarkan doktor sahkan abah heart-attack terus berubah air muka orang tua tu. Dalam hati tetibe aku terdetik, kalau ikut cerita mak mertua aku, maknanya bapak mertua aku ni dok merana heart-attack dari waktu dia makan tengah hari sampailah ke malam hari baru pergi hospital…

===//Update 8 Disember 2016
8:38malam, dapat mesej dari adik ipar memaklumkan abah dah discharge dan dalam perjalanan balik rumah.

selera-makan-abah

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

One Reply to “Serangan Jantung”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *