Teknik “Killer” Langsai Hutang Rumah 10 Tahun


Aku tak ingat mase bile aku mula minat pelaburan hartanah nih. Kalau tak silap, setahun dua lepas tamat pengajian di UTM dulu kot. Back then, ‘otai’ dalam bidang hartanah ni tidak lah ramai macam sekarang ni. Dulu, antara nama-nama ‘otai’ yang aku masih ingat:

  1. Azizi Ali
  2. Renesial Leong
  3. Milan Doshi

Aku dah baca buku-buku pelaburan hartanah Azizi Ali & Renesial Leong. Aku tak baca buku Milan Doshi sebab isi yang nak disampaikan, pada aku, lebih kurang sama (tapi buku Milan Doshi lebih illustrated).

Tahun 2006, aku nak attend kursus satu hari pelaburan hartanah Azizi Ali (RM790). Aku pilih Azizi Ali sebab pada masa tu, dia speaker yang ade kelayakan perancangan kewangan (ChFC).

Persoalan tentang melangsaikan hutang rumah awal, untuk jimatkan interest (keuntungan bank), jawapannya ialah, ‘bayarlah lebih’.

Takde “rahsia” yang perlu dibongkarkan,
Takde “hijab” yang perlu dibukakan,
Takde emas yang perlu dipajakkan.

Bayarlah lebih sampai hutang langsai. #settle

Dari mana datang sumber wang untuk bayaran tambahan tu, well, that’s a different question entirely.

Jadi, bile ade member share tentang Tuan Aziz Ahmad akan menganjurkan webinar bertajuk Teknik Killer Langsai Hutang Rumah 10 Tahun, aku jadik teruja sebab aku baru je beli rumah. Aku terfikir, ade lagi ke ‘teknik’ yang aku belum tahu? ade lagi ke teknik yang tak diajar silibus CFP?

Sudahnya, aku nyata kecewa.
Sudahnya, benarlah ape yang Azizi Ali dah ajar aku.

Kesimpulannya,

#1 Kite hormat orang yang sudi luangkan masa berkongsi ilmu.

#2 Tonton video ni dengan fikiran terbuka, kerana ini adalah satu ilmu yang bermanfaat.

#3 Langsai hutang rumah dalam tempoh 10 tahun, 7 tahun, 5 tahun, 3 tahun ataupun 1 tahun; hisabnya THORsangatlah mudah.

Soalan SPM Matematik Moden, Bab Penaakulan Mantik

Yang manakah dari berikut, lebih AFDHAL di mata Tuan-Tuan dan Puan-Puan?

  1. Langsaikan pembiayaan rumah dalam tempoh 218 bulan dan jimatkan bayaran ‘interest’ (keuntungan) pembiayaan perumahan sebanyak RM104,204.18, atau
  2. Menggandakan aset-aset mudah-tunai lebih daripada RM232,490.00 dalam tempoh 218 bulan.

Nyatakan pilihan peribadi korang di ruangan komen.

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Investment Books by Azizi Ali, Renesial Leong & Phil Town

One Reply to “Teknik “Killer” Langsai Hutang Rumah 10 Tahun”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *