Tips Pengurusan Resit-Resit Perbelanjaan Perniagaan


Perancangan cukai yang baik, merupakan salah satu kunci kejayaan kewangan seorang peniaga. Tapi kali ni tak nak cerita pasal perancangan cukai, sebaliknya nak kongsikan tips-tips untuk simpan urus resit-resit perbelanjaan perniagaan. 

Resit-resit perbelanjaan ni, kalau tak diurus dengan betul, maka meja/laci home-office kita akan bakal kelihatan seperti pusat serabut resit. Hanya peniaga yang dah mula kumpul resit sahaja yang tahu serabutnya 🙂

Ada sesetengah jenis kertas resit tu, selepas setahun disimpan, elok kita nak buat e-Filing, kita dah tak boleh baca tulisan atas resit.

Sekarang cuba bayangkan, semasa kita submit e-Filing, resit masih boleh dibaca, tetapi masuk tahun ketujuh resit tu disimpan, tulisan atas resit dah dimakan usia…. masa tu jugaklah Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) nak datang audit!

Bagi mereka yang merasakan adalah mencukupi menyimpan resit didalam smartphone, tablet, laptop atau desktop, situasi berikut berkemungkinan akan berlaku, paling teruk sekiranya ia berlaku semasa kita sedang diaudit LHDN:

  • smartphone & iPad dicuri,
  • laptop & desktop; harddisk jadi corrupt.
  • salah seorang Financial Planner yang saya kenal, laptop beliau pernah kena Ransomware

Personally, saya menggunakan Dropbox untuk filekan dokumen-dokumen resit (dan apa-apa salinan digital dokumen penting). Dropbox app boleh scan sebarang resit /dokumen ke format PDF. Sebelum kita cerita lebih lanjut, mungkin ada yang tertanya…

Jadi macam mana nak mula susun semua resit ni dalam Dropbox?

  1. sign-up Dropbox; <<==guna link ni
  2. install Dropbox di smartphone, tablet, laptop & desktop
  3. Dalam Dropbox folder, create satu folder Perbelanjaan
Mulakan nama folder dengan tahun, supaya mudah untuk disusun menaik

Dalam folder perbelanjaan, create folder-folder berikut mengikut kesesuaian perniagaan

Saya jadikan tabiat untuk rename semua resit saya dengan tarikh mengikut format YYYY-MM-DD (tahun-bulan-hari), format sebegini kerap digunakan di US, ini untuk memudahkan susunan nama menaik mengikut tarikh resit, tanpa mengira tarikh sebenar dokumen dicipta (atau scan).

memudahkan penyusunan menaik, mengikut tarikh

Menggunakan app Dropbox di telefon pintar, kita boleh scan resit-resit petrol, resit belanja makan client. Nak tahu macam mana, ikuti tutorial disini.

Berikut adalah contoh resit yang saya telah scan ke dokumen format PDF menggunakan app Dropbox

Contoh resit buku
contoh resit belanja client makan

Tip best practice satu je, scan resit-resit perbelanjaan yang ada sebelum dilipat atau ronyok. Pastikan semasa scan, pencahayaan cukup agar resit yang discan dapat dibaca dengan jelas. Elakkan bayang-bayang telefon jatuh ke atas resit/ dokumen.

Selesai scan, pastikan PDF file boleh dibuka dan dibaca dengan jelas; lepas tu resit asal dah boleh buang terus.

Alternatif lain selain app Dropbox ialah, Scanner Pro berharga USD3.99. Kelebihan Scanner Pro ia mempunyai keupayaan Optical Character Recognition (OCR). Semua dokumen yang telah di scan menggunakan Scanner Pro boleh upload ke Dropbox untuk disimpan.

Kalau bajet besar dan dalam kemampuan, saya rekemen subscribe app Expensify (smartphone app serta web-access).  Expensify pun boleh scan resit dengan keupayaan OCR

Nak tahu penting atau tidak pengurusan resit, boleh rujuk koleksi status-status FB di sini.

Sekian.

 

Jika Kamu Bersyukur
M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
||
Luno Referral Code #SJS8S2
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram

18 Replies to “Tips Pengurusan Resit-Resit Perbelanjaan Perniagaan”

    1. Resit hilang, maknanya kalau kena audit, kita tak boleh buktikan perbelanjaan tu.
      Burden of proof is on us.
      Kalau kita tak boleh buktikan perbelanjaan tu, dan LHDN audit, kita boleh dianggap declare income lebih rendah dari yang sepatutnya; samada kena penalti atau kena dakwa, itu budi bicara LHDN 🙂

      Sebab itu entry ini nak mengajak kita digitalkan semua resit simpanan kita, sebelum, ia pudar, lusuh dimakan usia, hilang, musnah dan sebagainya.

  1. Salam Tuan

    Terima kasih atas perkongsian. Saya nak tanya, dalam 1 resit ada belian utk alat tulis, buku, makanan pantry dsb.

    jadi resit ini kita patut file dlm folder yg mana? atau perlu filekan dalam semua folder alat tulis, buku, makanan?

  2. Macam mana kalau resit tak ada semasa pembelian berang kecil2 bolehkah kita isu resit pembelian tu untuk rujukan kita. Guna resit syarikat sendiri

  3. salam, sy nak tanya. Apa kebaikan kepada perniagaan jika peniaga menyimpan semua resit jualan, belian & sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *