Krisis Matawang Lebanon

Krisis matawang, hyperinflation, sebut je dua ni, mesti akan keluar gambar 100 trillion duit Zimbabwe. Terkini, krisis matawang (currency crisis) melanda Lebanon.

Seawal 30 Januari 2019, AlJazeera telah melaporkan tanda-tanda awal isu ni

26 November 2019, AlJazeera melaporkan krisis ekonomi di Lebanon dan kekurangan sumber matawang US Dollar

13 Jun 2020, Aljazeera English sekali lagi melaporkan krisi matawang di Lebanon

16 Julai 2020, saluran berita France 24 English membuat satu video penerangan

20 Julai 2020, saluran berita yang sama, mendedahkan kegiatan kongsi gelap pasaran matawang di Lebanon

19 Oktober 2020, AlJazeera English melaporkan situasi hyperinflation di Lebanon.

21 April 2021, bekas wartawan CNBC, Uptin Saidi melaporkan harga burger Big Mac di Beirut.

Pada 27 September 2021, AlJazeera melaporkan dalam setiap 5 orang di Lebanon, 4 orang hidup dibawah paras kemiskinan.

Dalam keadaan krisis matawang yang melanda ni, institusi kewangan seperti Bank selalunya akan menguatkuasakan polisi Capital Control yang mengehadkan berapa duit yang boleh dikeluarkan dari akaun bank pada sesuatu masa.

Ok lah, diatas tu adalah penerangan skema dari Bloomberg, mari tengok realiti Capital Control yang dikuatkuasakan di Lebanon. Kalau ada $100juta sekali pun, setiap minggu hanya boleh keluarkan $100 aje.

Di tengah tengah krisis matawang Lebanon ini, muncul lah mereka yang ada pegangan matawang kripto (cryptocurrency)

Podcast: When Currencies Fail: A Primer on the Dollar Crisis in Lebanon

Sebagai penutup kepada topik Krisis Matawang Lebanon ni, saya kongsikan satu dokumentari yang diterbitkan tidak lama selepas Credit Crunch/ Subprime Crisis of 2008. Dokumentari berjudul End of the Road: How Money Became Worthless. Kalau hujung minggu atau malam-malam boleh luangkan masa satu jam, boleh layan dokuentari ni.

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
||
Luno Referral Code #SJS8S2
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *