Perancangan Keperluan Takaful – Part 1

Apis seorang Jurutera IT di Syarikat MaikelSof.

Boleh tahan juga gaji si Apis nih.
Baru-baru ini, masa submit e-Filing, dia telah mengisytihar pendapatan tahun 2017 kepada LHDN sejumlah RM88,033. Not bad untuk orang muda berumur 34 tahun.

Apis dah kawin. Isteri bekerja sebagai seorang Cikgu Gred DG44.
Mereka dikurniakan dua orang anak berumur 4 tahun dan 2 tahun, kedua-duanya sihat walafiat.

Mereka tinggal di sebuah apartment sederhana di Bandar Tepi Sungai Ada Buloh. Apis beli apartment tu pada tahun 2015 dengan harga RM200,000. Ringkasnya, jumlah pembiayaan rumah RM180,000 selama 35 tahun dengan bayaran semula RM869 sebulan bermula Julai 2016. Atas keperluan bank pembiaya, Apis ada ambil Mortgage Reducing Term Takaful (MRTT) dengan sum-insured RM180,000 untuk tempoh 20 tahun.

Sekarang, Apis sedang mencari perlindungan Takaful dengan niat untuk mengurangkan bebanan isteri dan anak-anak sekiranya dia mengalami sakit kronik/cacat kekal/meninggal dunia.

Bagus Apis ni. Kategori suami yang ada kesedaran diri 🙂

Din, seorang ejen Takaful. Setelah berbincang, Din mencadangkan supaya Apis ikut ‘Rule of Thumb‘; perlindungan Takaful yang dicadangkan kepada Apis adalah bersamaan 10 tahun gaji. Din mengesyorkan supaya Apis mengambil polisi perlindungan Takaful dengan sum-insured RM880,000 sekurang-kurangnya.

Nuar, seorang Penasihat Kewangan Berlesen.
Selepas berbincang lebih kurang dengan Nuar, Apis diberi homework kerana Nuar nak fokus kepada keperluan sebenar perlindungan Takaful Apis.
Apis mesti menyediakan jawapan untuk soalan-soalan berikut bagi membolehkan Nuar merancang keperluan perlindungan Takaful Apis.

Soalan-soalan yang Apis perlu jawab:

1. Kalau minggu depan aku LUMPUH dari leher ke bawah, berapa lama aku nak sediakan belanja untuk isi rumah (bil api air, barang dapur, internet, bil telefon, susu, pampers, …)? sampai umur 55? sampai umur 75? “selama-lamanya kanda…!“???

2. Kalau hari ni aku MATI, berapa lama aku nak sediakan Nafkah untuk Isteri? 5 tahun? 10 tahun? selama-lamanya? Tapi, cemane kalau isteri kahwin lain? Takkan aku nak tolong suami baru dia cover nafkah isteri plak? ewah-ewah!

2.1 Nafkah untuk anak-anak? duit belanja sekolah, persediaan tahun baru nak sekolah, yuran sumbangan PIBG, yuran kelas tambahan, yuran dan belanja ko-kurikulum, yuran nak ikut rombongan sekolah/persatuan/kelab…

Karya asli Sufyan Bakir

3. Kalau aku ditimpa SAKIT KRITIKAL, asyik keluar masuk hospital, berapa lama aku nak sediakan perbelanjaan isi rumah? 3 tahun? 5 tahun? 7 tahun?

4. “Andainya aku pergi dulu sebelum mu“, tabung Pendidikan Tinggi anak-anak macam mana? nak kongsi 50%-50% ngan isteri ke? nak kongsi 35%-35%-30% dengan isteri dan suami baru ke? atau nak sediakan terus 100% siap-siap?

4.1 Kalau isteri kawin lain, macam mana nak pastikan duit tabung pendidikan anak-anak ni tidak diusik isteri dan/atau suami baru dia nanti?

5. Kalau lagi 10 tahun aku MATI (tahun 2028), pembiayaan rumah berbaki berapa? MRTT cover berapa? berapa jumlah pembiayaan berbaki?

6. Mak abah aku kat kampung, macam mana pula? nak bagi berapa setiap bulan?

7. Dalam KWSP ada berapa? Unit Trust ada berapa? ASB, ASN, AHB ada berapa? Emas ada banyak mana?

Setelah menjawab semua soalan diatas, berapa agak-agak keperluan perlindungan takaful yang Nuar cadangkan kepada Apis?

Bersambung

 

 

Jika Kamu Bersyukur
M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram] [WhatsApp]

2 Replies to “Perancangan Keperluan Takaful – Part 1”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *