PILIHAN GEJET PANTAU KECERGASAN

Ada yang panggil fitness tracker, ada yang panggil smart watch. Apa pun gelarannya, fungsi utama dia satu je. Nak pantau dan nak tahu:

  1. kadar nadi (heart-rate) semasa bersenam/ bersukan, dan
  2. berapa kalori dah dibakar semasa bersenaman/ bersukan.

Ya! hanya dua fungsi diatas sahaja yang  paaaling penting bila kita pertimbang untuk beli smart-watch/ fitness-watch. Fungsi-fungsi dan keistimewaan seperti berikut adalah pembaziran semata-mata:

  1. paparan HD/ OLED,
  2. skrin warna,
  3. sleep-tracking,
  4. kiraan langkah,
  5. GPS,
  6. V02max,
  7. kiraan repetitions & sets
  8. Barometer,
  9. kompas
  10. simpan lagu MP3
  11. animasi 3D (jam sekarang canggih wooo!)
  12. Comlink ala Knight Rider
  13. tembak laser ala Buzz Lightyear

Jadi, fokus tulisan ini adalah untuk mereka yang sedang pertimbang untuk beli jam untuk pantau aktiviti seharian atau untuk pantau intensity senaman/ sukan. Tulisan ini bukan untuk tatapan mereka yang dah advance. Yang dah advance, pi main jauh-jauh; sorry to say.

Saya tidak akan bercerita tentang Apple Watch kerana semua data-data senaman yang dirakam dengan Apple Watch akan terikat dalam ekosistem Apple. Jadi, sekiranya satu hari nanti kita bertukar telefon ke Samsung, Oppo, Huawei dan sebagainya, data-data senaman yang lepas, tak boleh migrate ke ekosistem telefon lain.

Jam Fitbit, Amazfit, Samsung  saya tak nak sentuh. Ni kategori noisy neighbours. Orang nak buat jam, dia pun sibuk nak buat jam.

Model jam “cap ayam” yang harga puluhan ringgit di pasaran pun saya tak nak sentuh. If it’s cheap or free, it probably has no intangible value.

Jenama Coros pun saya tak nak sentuh. Ini kerana jam jenama Coros pada amatan peribadi saya mempunyai ciri-ciri akan berkubur bersama-sama dengan jam jenama Mio Alpha 2. Walaubagaimanapun, saya tidak nafikan, harga jam Coros memang saya kategorikan sebagai mampu-milik; bawah harga RM900 memang tak boleh dapat spesifikasi jam setara spesifikasi Coros Pace di pasaran wa cakap lu!

Tulisan ini akan lebih tertumpu kepada ekosistem yang tidak mengikat data-data senaman/ sukan kita kepada iOS atau Android. Ini akan memudahkan kita sekiranya dimasa akan datang kita bertukar jenama telefon.  Saya nak tumpu kepada tiga jenama gergasi sahaja; Suunto, Garmin dan Polar.

Dalam pertimbangan nak beli smartwatch untuk pantau aktiviti seharian/ senaman/ sukan, faktor utama yang mempengaruhi adalah peruntukan kewangan (budget).

Ada yang bertanya model jam mana yang bagus? Saya nak jawab pun serba salah. Kenapa? Sebab tuan badan yang bertanya tu dah ada pakai jam di tangan; Tissot, Tag Heuer, SEIKO, Casio, Bonia, Swatch, Fossil dan lain-lain.  Takkan nak pakai dua jam tangan setiap hari? Kalau duit bukan penghalang, of course silakan…

Harga promosi serendah RM728, dah boleh dapat seutas Suunto 3 Fitness di pada singles-day nanti (11.11).

Promosi singles-day (11.11)

Dengan RM 1,800 dah boleh sambar jam tangan Garmin Venu terbaru (keluaran 2019)

Tapi macam mana kalau peruntukan kewangan tak semewah tu? Dalam kebanyakan kes, saya lebih cenderung mencadangkan beli chest-strap heart rate monitor sahaja. Faktor utama saya berkata sedemikian:

  1. bacaan kadar nadi menggunakan chest-strap heart rate monitor adalah lebih jitu.
  2. kos milikan jauh lebih murah dari membeli smartwatch/ fitness tracker.

Contoh paling senang saya nak tunjuk, Polar H10. Dengan hanya RM499 dah boleh dapat dedicated heart rate monitor untuk kegunaan semasa bersenam/ bersukan.

Jom tengok macam mana nak guna Polar H10 ni

Jadi kalau nak berjimat, beli chest-strap heart-rate monitor sahaja. Tak kiralah brand Suunto, Garmin ataupun Polar.

Apa perbezaan Garmin, Suunto, dan Polar? Untuk makluman masyarakat umum yang baru nak bersenam/  bersukan, saya ringkaskan seperti berikut sahaja:

Garmin & Suunto: kalau device rosak, ada service center di Malaysia untuk hantar repair.

Polar: kalau rosak, perlu claim warranty, kena hantar ke Singapore; ni memang leceh.

Apa kelebihan lain pada Suunto, Polar & Garmin berbanding  Suunto?

  1. Suunto Heart-Rate Monitor & Polar H10 boleh berfungsi dengan bebas tanpa bergantung keperluan untuk pairing dengan jam fitness tracker atau bike computer; ini sangat penting untuk penjimatan maksimum. Pengguna hanya perlu beli heart-rate monitor, muat turun applikasi di telefon pintar, pairing dengan app, dan boleh mula rekod senaman/ sukan (rujuk semula dua video di atas).
  2. Polar ada web service Polar Flow.
  3. Garmin ada web service Garmin Connect.

Melalui web-service ni, kita boleh tengok paparan senaman/ sukan yang kita buat setiap hari/ minggu/ bulan. Jam Apple Watch, Coros & Suunto hanya ada app di telefon pintar sahaja dan tidak ada perkhidmatan seumpama ni (setahu saya).

Paparan utama Polar Flow menunjukkan jumlah senaman/ sukan untuk tempoh sebulan
Paparan satu senaman Spinning; tempoh senaman, berapa kalori dibakar, purata kadar nadi (heart rate)

Berikut adalah fungsi web service yang tiada pada Garmin atau Suunto (setahu saya) dan ini adalah satu kelebihan Polar; Polar Flow for Coach. Coach atau Personal Trainer boleh (menggunakan akaun mereka sendiri) memantau setiap rekod senaman yang kita lakukan. Dengan cara ini, kalau Coach berada di Puchong, dan kita di Kota Damansara, Coach boleh login ke akaun Polar Flow for Coach untuk mengetahui :

  1. adakah kita bersenam pada heart-rate zone yang sepatutnya?
  2. adakah tempoh senaman yang dilakukan mencukupi?
‘Coach’ (ehem) M.K. Anwar memantau senaman Ustazah Noor Muslieah

 

View this post on Instagram

 

#leamustafadotcom 13.10.2019 || 🥾 with @mariana.mzk #tazahsuka

A post shared by Lea Mustafa (@iamleamustafa) on

Jadi, kalau dah berjanji dengan Coach nak bersenam selama 30 minit sebanyak 4 kali seminggu, tetapi Coach dapat tahu melalui  Polar Flow for Coach senaman yang dilakukan pelatih hanya dua kali seminggu sahaja; itu tanda-tanda awal anda akan lambat kurus!

Satu lagi kelebihan Polar dan Garmin yang tiada pada Suunto ialah integrasi dengan app MyFitnessPal. Keperluan makronutrien pemakanan harian akan di ‘adjust‘ secara automatik berdasarkan data senaman yang diterima dari Polar Flow.

Akhir kalam, jagalah kesihatan jasmani & kesihatan kewangan peribadi. Berbelanjalah dengan bijak dan bukan mengikut trend gejet terkini semata-mata.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MK Anwar, CFP (@mkanwar21) on

Esok-esok bila berjaya keluar dari BMI obesiti, mohonlah secara bertulis kepada pihak Takaful untuk memansuhkan loading (sekiranya ada) yang dikenakan keatas bayaran premium polisi Takaful.

 

Notakaki:

  1. Kalau terlintas di hati pembaca saya berat sebelah terhadap jenama Polar, ini sebabnya.
  2. Tom’s Guide telah menguji beberapa model jam Fitness Watch. Dalam ujian tersebut, Polar H10 dijadikan sebagai baseline kejituan kadar nadi (heart-rate).  
  3. Hear-rate monitor jenama Polar memang sudah sekian lama digunakan dalam kajian bidang Sains Sukan dan Perubatan Sukan.

 

 

Jika Kamu Bersyukur
M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
||
Luno Referral Code #SJS8S2
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *