Muqaddimah

 السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

Pada sekitar tahun 2012, seorang sahabat di tempat kerja pernah cakap kat aku, “Bro, you should start a blog“. He definitely saw something in me, though I don’t know what it is. Pada masa tu, aku takde minat ape-ape yang aku bleh katakan aku “passionate about“.

Bermula pada awal tahun 2013, aku dah mula berminat dengan emas (dan perak) sebagai medium pelaburan. Dari situ, aku mula meminati hobi mengumpul syiling, terutama sekali syiling peringatan keluaran Bank Negara Malaysia. Aku tak anggap ia sebagai sesuatu yang serius, sehinggalah tiba masa aku mulakan blog koleksi syiling dan matawang aku di SolidusDenarius.com

Pada pertengahan tahun 2014, setelah aku akhirnya kiciwa dengan harga rumah yang tak munasabah, aku mulakan pengajian Certified Financial Planner® di KDU Management Development Centre (KMDC). Pada mulanya aku mulakan pengajian ni kerana aku nak alihkan fokus aku dari mencari rumah pertama aku. Plus, aku bosan mendengar nasihat tiga-suku Salesman Unit Trust yang bersepah di luar sana. Selepas aku lulus Module-1 CFP, aku merasa yakin bahawa inilah sebenarnya passion yang aku cari selama ni.

FPAM-AFPM-Cert-IC-Redacted

 

Ni pula surat perakuan dari FPAM mengesahkan aku dah lulus semua Modul dalam silibus CFP:

FPAM-Acknowledgement-Passed-M1-M2-M3-M4

 

Aku mula menumpang menulis beberapa tulisan pendek sebagai penulis undangan di Blog isteri aku ~ DuluJanda.com .

Aku wujudkan blog ini bukan sebab nak jual emas, tapi sebab aku rasa disini sesuai untuk aku jadikan ruang aku tulis idea-idea aku sekitar topik perancangan kewangan peribadi:

– Perancangan Pelaburan
– Perancangan Persaraan
– Perancangan Keperluan Takaful
– Perancangan Harta

Harapan agar ape yang ditulis disini menjadi manfaat kepada pembaca sekalian.

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Bondi Beach, Sydney
With my wife Lea @ Bondi Beach, Sydney, Australia