Memantau Pelaburan Amanah Saham


Wokeh, jadi korang dah melabur Unit Trust (amanah saham) sana-sini, dana itu dan ini, ejen pon dah samai lima enam orang….WOW!!! Tahniah Orang Kaya!

Persoalan yang timbul sekarang, “Bagaimana hendak memantau kesemua dana pelaburan amanah saham yang ada?”. Pendek cerite, macam mana Tuan Ismet nak monitor harta-harta dia dalam negeri dan di luar negeri? haaa gitulah lebih kurang 🙂

Sebelum kite cerita pilihan-pilihan yang ada untuk memantau (monitor) pelaburan-pelaburan Tuan-Tuan sekalian, mari kite ambil contoh pelaburan Tuan Ismet Ulam Raja, adik beradik Ulam Pegaga:

Dalam contoh portfolio pelaburan Tuan Ismet diatas, hanya dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Employees Provident Fund) DAN Amanah Hartanah Bumiputera sahaja yang tidak dapat dipantau externally.

Jadi apekah pilihan yang kite ada untuk memantau keempat-empat dana berikut?

  1. Eastspring Investments Dana al-Ilham
  2. Kenanga Syariah Growth
  3. PMB Shariah Aggressive
  4. AmPrecious Metals

Berikut adalah pilihan yang kite ade bagi tujuan memantau pelaburan amanah saham yang pelbagai:

  1. FAME (Financial Access Made Easy)
  2. Morningstar
  3. Bloomberg Watchlist

Client aku dah sememangnya akan dapat access percuma kepada FAME. Kalau Tuan Ismet mahu, bukan setakat empat dana boleh dipantau, tetapi boleh pantau sampai 350++ dana amanah saham!!! Kau ado? Berikut adalah salah satu daripada pelbagai fungsi yang tersedia ada dalam FAME:

FAME - Holdings - By Client
FAME – Holdings – By Client

Morningstar pula merupakan alternatif percuma yang boleh digunakan untuk memantau pelaburan dana amanah saham. Tapi slack satu je, Amanah Saham selalu quote harga dana sehingga 4 titik perpuluhan, tapi Morningstar hanya boleh rekod sehingga 2 titik perpuluhan sahaja. Jadi ini memberi kesan keatas kejituan untung/rugi pelaburan amanah saham.

Mutual Funds Tracking with Morningstar

Bloomberg Watchlist; ni ilmu peringkat guru 🙂 nak tau, kite kena sahur kat KFC sesame, OK?!

Tracking Fund Performance with Bloomberg

Jadi, siapa kata melabur banyak-banyak dana amanah saham, susah nak pantau?

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *