Permohonan Bantuan Zakat Ditolak ~ Alasan Tidak Munasabah

Welcome to Malaysia.
Disini kite diajar dari kecik,
“Umat Islam mesti bersatu!!”,
“Kaum kite mesti bersatu!”…
Propa je lebih

Pada 2014, aku berkenalan dengan sorang member coin collector dari Terengganu. Tempat berkenalan? Di pintu pagar Bank Negara Malaysia, cawangan Kuala Terengganu, pada 1 Ramadhan, selepas solat Subuh. Dia seorang student PhD. Semalam, aku nampak iklan dia di group coin-collector kat Facebook, nak jual syiling peringatan Sempena Ulang Tahun Penubuhan Malaysia Ke-50, Set of 2. Terkejut jugak aku.

Aku pon bertanya itu dan ini, kenapa begitu, kenapa sampai jadi macam ni. Panjang la jugak cerita sederhana sedihnya. Tapi yang aku nak sampaikan disini ialah, dia sebagai ketua keluarga, kajian PhD pon belum habis, dah sampai ke satu tahap sekarang memerlukan bantuan zakat.

Seperti yang kite sedia maklum, ade select few je orang yang boleh terime duit zakat ni. 8 Asnaf yang Layak Menerima Zakat dengan jelas dan terang dinyatakan di website MAIDAM sepertimana firman Allah s.w.t.

 

Berbalik kepada cerita member aku ni tadi, dia dah memohon bantuan zakat dari MAIDAM, semua syarat cukup, semua dokumen lengkap, tapi alasan permohonan bantuan zakat dia kena reject, bagi aku teramat sangat tidak munasabah

MAIDAM - Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu

 

Kenapa aku kata alasan reject ni tak munasabah?

  1. Syarat permohonan bantuan zakat ditetapkan ‘Bermastautin di Terengganu melebihi 3 tahun’
  2. Member dah tinggal di  Terengganu dari masa buat Degree tahun 2003 sampai sekarang tengah buat PhD ~ dah 13 tahun
  3. Tiga belas tahun (13) menetap di Terengganu, masih tak kire sebagai mastautin ke?
  4.  Member submit permohonan bantuan zakat yang disertakan dengan surat akuan mastautin dari Penghulu Mukim :: masih tak mastautin lagi?

MAIDAM - SYARAT-SYARAT DERMASISWA DAN BANTUAN AM PELAJARAN IPT

 

Jadi dengan sebegitu lama dia dah menetap di Terengganu, kenapa permohonan bantuan zakat ditolak atas alasan, saya petik MAIDAM sekali lagi, “BERMASTAUTIN DI PAHANG (SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH DI PAHANG SERAT DOKUMEN PENGENALAN.HANYA BERMUKIM DI K.TRG KERANA BELAJAR DI UMT.)”.

Logik ke?
13 tahun menetap di Terengganu, permohonan bantuan zakat ditolak sebab 10 tahun bersekolah di Pahang?
13 tahun menetap di Terengganu, permohonan bantuan zakat ditolak sebab kad pengenalan masih alamat Pahang?

Macam mana Islam nak maju? Dah la orang Islam di Arab tu semua kalah dengan Israel. Sebab ape? sebab mereka tidak bersatu. Jadi kite kat Malaysia asuh anak-anak suruh bersatu tapi Baitulmal negeri masih berpuak-puak nak berkira kad pengenalan alamat negeri mana?

 

 

Kepada kumpulan Case Officer(s) di MAIDAM yang memutuskan untuk menolak permohonan bantuan zakat kawan aku ni, ni je aku nak pesan, “Kalau korang tak boleh nak fikirkan alasan yang lebih logik dan lebih diterima akal, tolong lah re-consider luluskan bantuan zakat untuk sahabat aku ni.”.

 

==//Update 22 Ogos 2016, 6:21 pagi:
Aku telah dimaklumkan sahabat, Tuan Zairul, yang permohonan Bantuan Zakat IPT beliau, kini berstatus Proses Akhir Kelulusan oleh MAIDAM. Tarikh diluluskan 21 Ogos 2016. Sujud syukur terus kawan kite!

MAIDAM - Bantuan Pengajian IPT Zairul - LULUS

Maknanya, dah lulus lah kot? Alhamdulillah!
===\\

==//Update 23 Ogos 2016, 8:57malam:
Tuan Zairul private message aku kat Facebook, memaklumkan ade perubahan status, seperti berikut

MAIDAM - Bantuan Pengajian IPT Zairul - LULUS - Update 23082016

Ini macam ade mende positif yang akan berlaku ni!
===\\

==//Update 24 Ogos 2016, 9:32malam:
Kali ni, aku tak tunggu Zairul, aku pergi check sendiri kat MAIDAM. WOW!! hari ni status perubah lagi DAN kali ni ada nombor baucer

MAIDAM - Bantuan Pengajian IPT Zairul - LULUS - Update 24082016

===\\

==//Update 2 September 2016, 07:09pagi:

MAIDAM - Bantuan Pengajian IPT Zairul - LULUS - Update 02092016

===\\

Nota TuanPenasihat 02 September 2016, 6:43petang: Syukur الحمد لله selesai satu kes. Harap-harap MAIDAM akan review semula kes-kes bantuan Zakat yang selama ni ditolak dengan alasan-alasan karut/kurafat/tak munasabah/tak masuk akal/dan yang sama waktu dengannya.

 

Jika Kamu Bersyukur
M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
||
Luno Referral Code #SJS8S2
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram

 

 

36 Replies to “Permohonan Bantuan Zakat Ditolak ~ Alasan Tidak Munasabah”

  1. Kalu surat cerai tak hantar lulus ka ?
    Adakah pembayaran ikut syarat netul?
    Surat cearai tak hantar sb tak ada cerai yang di sah kan ole makahmah lagi
    Adakah ni satu penipuan orang dalam?

    1. Saya hantar rayuan guna email je kepada jabatan yang proses permohonan zakat tu.
      Lepas tu saya cc ke pihak berita dan akhbar. Alhamdulillah, dengan fakta yang saya hujah, permohonan diluluskan.

        1. Surat rayuan bukan susah sangat pon,
          jangan la skema sangat ikut format surat KBSM.
          tulis je surat, asalkan dari hati (ecewah).

          ======================//
          Saya nama sekian, permohonan sekian, memohon semakan semula permohonan bantuan zakat.
          Saya rasa saya layak,
          Saya telah memenuhi syarat-syarat berikut:
          – syarat 1
          – syarat 2
          – syarat 3

          Walaupun saya tak memenuhi syarat ke 4, saya merayu dipertimbangkan permohonan zakat saya ini atas sebab saya ni memang golongan asnaf sahih bukhari.

          Sekian, terima kasih.
          ======================\\

  2. permohonan zakat saya juga ditolak atas alasan “RESULT PEPERIKSAAN TIDAK DISAHKAN OLEH BAHAGIAN AKADEMIK IPT”. sangat2 sedih, saya hantar permohonan dari bulan 2, jawapan diberi pada bulan 7 dengan alasan begini.

    1. menurut kwn aku yg apply maidam, mmg result akademik sem 1 sesi 2018/2019 kena 3.00 pointer ke ats dan mesti disahkan oleh bahagian HEPA ipt msing2. Bila kamu print borang maidam tu kat blkg tu ada check list lampiran yg dia nak dan terang2 dia tulis result msti disahkan.

  3. Kami lg tk logik.. Trg2 makpak org tgnu, ank ic tgnu.. Alasan sbb pak keje luar trgnu.. Zakat byr bkn di ganu… Tk telus lnsg.. Sdgkan ni zakat ank yg nk bljr kita bkn ada duit.. Ddk tmot org mcm2 nk kena byr.. Tggungan lg bsr… Tkpe dia buat tk btl tggung la nti… Ank dah 2org smbg ipta satu sen pun tk dpt…

    1. Mohon tulis kepilkan surat jawapan MAIDAM tu dalam surat rayuan semula kepada MAIDAM.

      hantar salinan kepada pihak pihak seperti, Menteri, Exco, Berita dan sebagainya.

      Semoga ada kesedaran untuk tidak terima membuta tuli semua jawapan MAIDAM

  4. SAYA NAK TANYA BOLEH LAGI KE SAYA NAK BUAT SURAT RAYUAN KEPADA MAIDAM MENGENAI KEGAGALAN KERANA TIADA PENGESAHAN AKADEMIK, SEBELUM SAYA HANTAR HARITU, SAYA DAH BERTANYAKAN KEPADA PEKERJA MAIDAM DUN SAYA MENGENAI PENGESAHAN TU KERANA SAYA AMBIL TANDA TANGAN GRED A, DIA BAGITAU BOLEH DAN SAYA MENGHANTARNYA… DENGAN ITULAH SAYA TIDAK MEMPEROLEH BANTUAN UNTUK SEM TERSEBUT… SAYA HARAP BOLEHLAH MEMOHON SEMULA KERANA SAYA DAH MELAPIRKAN KESAHIHAN PENGAJIAN SAYA SEBAGAIMANA YANG DIBERITAHU OLEH PEKERJA MAIDAM ITU SENDIRI.. SAYA TAK NAKLAH SALAHKAN SESIAPA DALAM HAL INI. MGKIN JUGA DISEBABKAN KECUAIAN SAYA SENDIRI. WALAUBAGAIMANAPUN, SAYA DAH BERTANYAKAN KEPASTIAN MENGENAI PENGESAHAN TERSEBUT.. DAN TAKKANLAH DIA NAK BAGITAU PERKARA YANG SALAH… SEMOGA BOLEH LAH SAYA MEMBUAT RAYUAN LANJUTAN UNTUK SAYA GUNAKAN PADA SEMESTA HADAPAN. SEKIAN…

  5. Mana-mana jawapan yang dirasakan tidak munasabah, boleh hubungi Maidam balik untuk penjelasan. Itu lebih baik dari menuduh membuta tuli. 🙂 Bukan susah pun kan. Pegi je kat laman web Maidam tu, ada tulis nombor fon juga kan.

    1. Saya bersetuju.

      Tulis nota,
      – hari apa, tarikh,
      – pukul berapa,
      – bercakap dengan siapa,
      – panggilan di sambungkan ke jabatan mana,
      – bercakap dengan siapa, apa yang dia cakap?
      – dan sebagainya…
      semua ni sepatutnya di catit.
      Malah lebih baik jika dirakam sebagai bukti kukuh.. supaya tak timbul isu, “hari tu saya call cakap lain.. hari ni cakap lain”

  6. Assalamualaikum, saya nk tanya, saya dah hantar semua dokumen yang berkaitan, tapi gagal. Selama ini lulus je, tp kali ni alasan tidak munasabah, sem 5 tapi kena hantar jgk slip sem 1..belehkah buat rayuan?

  7. salam saya nak tanya permohonan saya diluluskan tapi dah tiga bulan tertangguh pembayaran lepastu baru saya perasan sub baucer jadinya saya kena pergi ambil dekat office atau tunggu sahaja duit masuk

  8. Salam saudara, saya ada memohon zakat maidam untuk tahun ini namun telah ditolak atas alasan tidak munasabah. Saya dan wife student master sepenuh masa dan isteri penerima biasiswa MARA. Saya memohon kerana saya xde bantuan pendidikan namun Permohonan saya tiba2 Maidam kata tidak menepati syarat sedangkan saya memenuhi semua syarat yang ditulis, saya xbekerja lagi sebab belajar fulltime dan dalam sistem tulis sy bukan golongan fisabilillah sedangkan surat universiti dah siap2 tulis saya pelajar sepenuh masa. Saya sangat musykil dengan maidam. Boleh ke saudara bantu saya?

    1. Salam ‘alayk,

      Saya tak dapat nak membantu. Saya bukan pegawai bahagian yang bekerja dengan organisasi Baitulmal Negeri.

      Walaubagaimanapun, saya cadangkan pihak Tuan mengambil langkah-langkah berikut dan segerakan rayuan.

      Buat surat rayuan. dan CETAK 2 SALINAN;
      satu salinan untuk diserah tangan sebagai rayuan
      satu salinan untuk dicop-sah-terima oleh bahagian berkenaan dan menjadi simpanan Tuan.

      Surat rayuan bukan susah sangat pon,
      jangan la skema sangat ikut format surat KBSM.
      tulis je surat, asalkan dari hati (ecewah).

      ======================//
      Saya nama sekian, permohonan sekian, memohon semakan semula permohonan bantuan zakat.
      Saya rasa saya layak,

      Berikut adalah syarat yang pihak Tuan tetapkan di website (www.senangnakenareject.com/mohon/adasarat.php), saya lampirkan screenshot dari website Tuan bagi memudahkan rujukan.

      Saya telah memenuhi semua syarat-syarat berikut:
      – syarat 1 telah dipenuhi, ini buktinya
      – syarat 2 telah dipenuhi, ini buktinya
      – syarat 3 telah dipenuhi, ini buktinya

      Bagi memudahkan pihak tuan membuat semakan semula saya lampirkan sekali lagi full set maklumat lampiran yang Tuan pohon:
      – surat beranak arwah atok saya
      – surat nikah arwah atok saya
      – surat sah mati arwah atok saya
      – surat nikah mak bapak saya
      – surat beranak diri saya
      – surat beranak kucing saya
      – segala mak nenek surat yang kau mintak semua aku lampirkan sekali lagi full set!

      Saya adalah golongan fisabilillah, ini dalil Qur’an yang berkenaan, dan ini buktinya.

      Memandangkan saya ni jahil Qur’an dan hadith dan solat tak pun sempurna dan tak khusyu’,
      maka saya menerima dengan redha sekiranya pihak Tuan, setelah meneliti rayuan saya ini, masih tegas dengan dakwaan saya bukan ahli golongan asnaf fisabilillah, seterusnya menolak rayuan saya ini.

      blablabla
      blablabla
      blablabla

      Sekian, kita settle kat akhirat.

      [sign!]
      [nama penuh]
      [tarikh]
      [nombor telepon] & [alamat email] << in case dapat pegawai rayuan yang celik I.T. ======================\\ Cetak dua salinan complete set, satu pergi serah tangan, satu lagi, minta pihak mereka cop sah terima (cop setiap satu muka surat beserta setiap satu muka surat lampiran) dan Tuan simpan satu set. Balik rumah, scan salinan yang dah dicop terima tadi, scan semua muka surat beserta semua lampiran yang dah dicop terima. Lepas tu email ke Baitulmal dan pesan dengan ingatan mesra, "jangan lupa rayuan saya ye", lampirkan salinan surat dan lampiran yang dah di cop sah-terima tadi. ====//Buat rayuan pun kena ajar\\===

  9. Assalammualaikum ,maaf Sy nak Tanya,betul ke kalau sudah berusia ,Dan Masih belum berkahwin x boleh nak mohon bantuan zakat.. sedangkan Sy dah 43 tahun,Sy x boleh berkerja, hanya boleh kerja2 ringan,Dan perlukan bantuan disbbkan Sy x berkeluarga jadi Sy x layak untuk mohon bantuan.. jadi golongan seperti Sy ingin bantuan di mana kami nak minta tlg ..

    1. “Sy nak Tanya,betul ke…”, jawapannya saya tak tahu.

      “Sy ingin bantuan di mana kami nak minta tlg”, jumpa imam surau boleh, jumpa ketua kampung boleh, jumpa Ahli DUN boleh, jumpa Ahli Parlimen boleh, jumpa Majlis Agama/ Baitulmal negeri masing-masing pun boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *