Dalam dunia pelaburan Amanah Saham (Unit Trust), citer pasal performance memang tak bleh lari. Itu topik wajibul-ghunnah!
Tapi agak menghairankan, bile laporan dana sampai ke rumah, baik Laporan Tahunan (Annual Report) mahupun Laporan Interim (Interim Report); ramai yang tak baca. Kenapa?

So hari ni, aku nak memudahkan dan aku nak highlight helaian-helaian yang penting sahaja untuk penghayatan pelabur dan client aku khususnya. Laporan rasmi boleh download di website Eastspring.
Bagi client aku yang melabur dalam Eastspring Investments Dana al-Ilham, boleh download report versi yang ini dari Dropbox aku, sebab aku dah highlight & conteng (annotate) terus ape yang korang patot tengok. Senang, dengan cara ni, client aku especially, cuma perlu baca isi kandungan yang penting sahaja (not saying the rest is not important).
Sebelum kite mula, aku nak ingatkan bahawa laporan ni, mengandungi laporan untuk tiga dana (Dana al-Ilham, Dana al-Islah, Dana Wafi), aku cuma nak fokus kepada Eastspring Investments Dana al-Ilham sahaja. Mari kite mulakan. Rujuk muka surat (pada laporan) yang berikut:
Mukasurat 1-2 ~ Fund Information (ni basic je)
Dana-al-Ilham-YE-20160331-Annotated-Fund-Information
Mukasurat 4 ~ Total Return (%) & Net Distribution Per Unit (RM)
Dana-al-Ilham-YE-20160331-Annotated-Net-Distribution-Per-Unit
Mukasurat 5 ~ Annualised Total Return & Annual Total Return
Dana-al-Ilham-YE-20160331-Annotated-Annualized-and-Annual-Total-Return
Mukasurat 6-7 ~ Manager’s Report
Dana-al-Ilham-YE-20160331-Annotated-Managers-Report-1
sambungan Manager’s Report
Dana-al-Ilham-YE-20160331-Annotated-Managers-Report-2
Mukasurat 37 ~ Laporan Penasihat Syariah
Dana-al-Ilham-YE-20160331-Annotated-Shariah-Adviser-Report
Mukasurat 63 ~ Management Fee & Trustee Fee
Dana-al-Ilham-YE-20160331-Annotated-Trustee-n-Management-Fee
Kalau nak tahu apekah saham-saham Patuh Syariah yang dana ini miliki, aku dah highlight siap-siap 5 pegangan saham terbesar (Top-holding), boleh rujuk mukasurat 66-70:
Dana-al-Ilham-YE-20160331-Annotated-Shariah-compliant-Securities
Itu sahaja. 12 muka surat (daripada 172) yang aku anggap paling penting untuk korang sekurang-kurangnya glance through supaya korang ade sense of ownership dengan pelaburan ni. Harus ingat, ade dari kalangan kite melabur menggunakan duit KWSP, bile melabur menggunakan duit KWSP, kena peka sikit dengan apa dan kemana wang itu dilaburkan. Itulah matlamat Laporan tahunan ni, Pengurus Dana hendak melaporkan prestasi dana kepada Tuan-Tuan pelabur sekalian.
Diharapkan dengan cara ringkas yang aku sediakan ni, harap korang lebih faham prestasi Eastspring Investments Dana al-Ilham. Sekiranya ade ape-ape pertanyaan, daripada client aku terutamanya, jom kite lepak KFC sejam dua, aku boleh tolong jelaskan mana-mana yang blom clear.
ps: kalau extra rajin, jemput baca Market Review mukasurat 9-10

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, http://SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, http://HujanEmas.com
|| FPAM #015579
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram/ Whatsapp]

