Sape yang dah jadi client aku, memang sedia maklum yang aku memang akan menolak sebarang permintaan untuk ambil cap jari keatas beberapa borang KWSP secara in-advance, untuk pengeluaran pelaburan akan datang.
Asbab utama aku menolak bukan semata-mata kerana aku tak mahu simpan, tetapi juga sebab aku tak mahu Borang Pengeluaran KWSP yang sudah ada thumbprint itu hilang.
Beringat sebelum kena. Jadi sebelum terkena kat aku dan sebelum aku dipertanggungjawabkan, adalah lebih baik bagi diri aku untuk menolak permintaan korang untuk menurunkan cap jari in-advance keatas borang pengeluaran KWSP.
Kalau selepas korang tengok video ni, masih tak faham risiko yang lebih besar, then aku pon tak tau nak kata ape lagi la…

Download dan rujuk muka surat sebelas (11) Code of Ethics and Rules of Professional Conduct (Unit Trust Funds)
Ade satu senario je yang aku akan ambil cap jari korang untuk lebih dari satu borang, itu pun sebab aku yakin cap jari pelabur pada borang pertama gagal memenuhi kriteria sepertimana CONTOH CAP IBU JARI YANG DITURUNKAN DENGAN BETUL DAN DITERIMA oleh KWSP; menyebabkan borang tu kena reject.
Jadi, bile aku ambil cap jari untuk borang kedua dan ketiga, percayalah, semuanya aku akan submit sekaligus dengan borang yang diyakini cap jari kena reject (sebab aku takde shredder), supaya, bile satu kena reject bahagian operasi boleh teruskan dengan borang kedua dan seterusnya.
Pelabur di Sungai Petani pon aku tak amik cap jari dia in-advance, ini kan pulak kau yang duduk dalam 35km radius dari rumah aku.
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]
