Trading Economics kata (setakat masa tulisan ini), kadar inflasi kat Malaysia dari tahun 1973-2016 adalah pada paras 3.65% secara purata (geometric?).
Sewa peti simpanan selamat (Safe Deposit Box) di bank pula, dari tahun 2012-2016, naik pada kadar 17.82% setahun. Ok lah, mungkin tak adil kalau kira peti simpanan selamat, sebab orang have-have je yang sewa peti ni.
Mari kite tengok inflasi keatas perkara-perkara yang lebih dekat dihati rakyat marha’en.
Setakat Januari 2014, Nasi Kukus Ilham @Mutiara Damansara sudah naik dari RM5.50 -> RM6.00 [9%]
Sebulan sebelum GST kuat kuasa, Nasi Kukus feveret aku @Hayaki Damansara sudah naik dari RM7.90 ke RM8.50 [7.59%]
Tak berapa lama lepas GST kuat kuasa, Burger Ayam Special Brother John tepi jalan opposite Uptown Damansara, naik dari RM4.50 ke RM5.00 [11.1%]
Siapa kerja dengan aku di Datacom Systems mesti tahu kedai makan D’888 belakang Centerpoint @ Bandar Utama. Pada sekitar Oktober 2014, segelas teh tarik naik dari RM1.40 -> RM 1.60 [14%].
Semua kenaikan harga yang aku cerita setakat ni, berlaku semasa dunia menyaksikan punurunan harga minyak antarabangsa.

Ini baru cerita inflasi teh tarik, burger ayam special, peti besi dan Nasi Kukus di dua kedai berlainan dalam negeri yang sama. Kite belum cerita inflasi maintenance kenderaan, perubatan, penjagaan kesihatan. Cuba bayangkan sekejap berapa agak-agak harga nasi kukus dua puluh tahun akan datang.
Soalan, “Bagaimana hendak mengatasi dan sentiasa mengalahkan inflasi?”.
A. Emas & perak
B. Amanah Saham (Unit Trust)
C. Saham
D. Hartanah
E. … sile beri cadangan alternatif…
ps: harga terkini Nasi Kukus @Hayaki Damansara ialah RM9.50 …

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

