Hisab Nilai Portfolio Yang Tidak Patuh Syariah

Sabtu baru ni, aku buat kira-kira semua dana yang ada dalam Retirement Portfolio peribadi aku. Nak jadikan cerita, ade satu app yang aku biasa guna untuk buat carta pie kat iPad dah tak boleh pakai lepas aku upgrade iOS ke version 8.

Terpaksalah aku belajar guna Numbers dalam Mac ni untuk buat pie chart baru. Aku redah cari video kat youtube ajar cara nak wat carta pie, godek-godek sikit, and voila!!

Original Retirement Portfolio MK Anwar
Original Retirement Portfolio MK Anwar

Aku happy aku dapat keep track ke dana Unit Trust yang aku invest bermodalkan duit KWSP Akaun 1. Sehinggalah pagi ni aku tersedar ade sesuatu yang aku tak hisab dalam Portfolio Dana Persaraan aku ni. Aku lupa nak hisab pie untuk bahagian dana KWSP yang tidak Patuh Syariah!!

Aduyai! Korang tau macam mana nak kire? Kalau korang belum tau, video Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman menerangkan teknik hisab yang betul.

Gitulah ceritanya. So hari ni, back to the drawing board, aku lukis la balik semula carta pie mewakili setiap dana unit trust yang ada dalam Retirement Portfolio aku. Aku walk-in ke KWSP Main Office di PJ, mintak diorang print statement KWSP aku dari mula aku kerja, diorang bleh comply, takde masalah. Aku pon kira la balik jumlah dividen KWSP yang aku dah terime dari memula aku kerja tahun 2005, sampailah dividen terbaru untuk tahun 2015.

Mengikut cara kiraan dalam video di atas seperti yang Dr. Zaharuddin terangkan:
Jumlah dividen EPF 2005-2015 =RM Sum_of_all_EPF_dividends
Jumlah tak patuh Syariah = 70% x [RM Sum_of_all_EPF_dividends]

Hasilnya:

Portfolio Dana Persaraan
Portfolio Dana Persaraan

Katalah dah pencen umur 55 nanti KWSP aku ade sejumlah RM940,219.44 [anggaran konservatif munasabah].
Dari jumlah itu, 10.6% bahagian yang tak patuh syariah itu sahaja dah bersamaaan dengan = RM99,663.26
Itu nilai 20 tahun akan datang, nilai hari ni?
Nilai hari ni, boleh guna untuk bayar sebahagian tuition fee sepupu aku nak belajar nursing kat Sime Darby Nursing School 🙂

 

Jika Kamu Bersyukur, Syukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator
|| http://SolidusDenarius.com
|| FPAM #015579  || FIMM #043-0-21048 ||
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram/ Whatsapp]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

 

The image zoom tool on this site is created by Magic Zoom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *