Tahun lepas, bile KWSP initiate kajiselidik/rundingan awam untuk beberapa inisiatif “semasa” pada masa tu, aku adalah antara yang pertama melengkapkan kajiselidik cepat-cepat.
Antara perkara yang nak diselidik pada masa tu, yang paling kontrversial adalah:
- memastikan ahli terus menerima dividen sehingga umur 100 tahun
- mewujudkan pilihan simpanan persaraan patuh syariah
Ini lah dia bahagian kajiselidik untuk inisiatif mewujudkan pilihan simpanan KWSP yang patuh syariah:
Hari ini, 20 June 2016, KWSP mengumumkan “bahawa pilihan simpanan persaraan baru Simpanan Shariah yang akan dilancarkan pada 2017, akan dibuka kepada ahli untuk pendaftaran pada Isnin, 8 Ogos 2016”. Aku dah set notification siap-siap dalam kalendar aku, siap sync ke semua mobile device untuk tarikh keramat ni.
Ape perasaan aku? Macam menang World Cup doh!!

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, http://SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, http://HujanEmas.com
|| FPAM #015579
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram/ Whatsapp]




One Reply to “KWSP: Pendaftaran Simpanan Shariah Bermula 8 Ogos 2016”