Akhirnya terjawab soalan siapakah yang bakal menggantikan kepimpinan Tan Sri Zeti Akhtar Aziz sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia.
36 tahun berkhidmat di Bank Negara Malaysia…WOW!!!
Aku ni nak bolehkan kerja di satu tempat sampai 6 tahun pon bukan main payah.
Ada dua legacy Tan Sri Zeti yang aku akan treasure sampai bila-bila, InsyaAllah:
1. Set Wang Kertas Peringatan Malaysia Siri Baru
2. Syiling Peringatan 70 Tahun Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Ape istimewanya dua item ni?
Set Wang Kertas Peringatan tu ade sekeping RM 50 prefix AAA yang ditandatangani Tan Sri Zeti. Wang Kertas RM 50 yang ada dalam edaran sekarang belum sampai lagi ke pre-fix AAA 🙂
Syiling Peringatan 70 Tahun RTM pula? Yang ni haru sikit. Sebab pada hari aku pergi beratur nak beli syiling ni di Sasana Kijang, pengganti Tan Sri Zeti, iaitu Datuk Muhammad Ibrahim, sedang bersarapan pagi di meja sebelah.
Tak caya?
Nyesal tak dengar cakap Lea, wefie dengan dia. Terkejut gak hari ni bile team Unit Trust share berita kul 2 petang tadi kat WhatsApp, Prime Minister announce Datuk Muhammad Ibrahim jadik Governor baru mulai 1 May 2016.

Sama-samalah kite mendoakan agar Datuk Muhammad Ibrahim melaksanakan tugas beliau dengan maju jaya hendaknya, Amen!
Satu hari nanti, aku bleh la cerita kat anak cucu aku, “Atuk had breakfast with the Governor of Bank Negara Malaysia once. But we didn’t wefie”

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, http://SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, http://TuanPenasihat.com
|| FPAM #015579
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]


