Sharpe Ratio


Di Malaysia sahaja, kite mempunyai lebih daripada 350 dana Unit Trust (Amanah Saham) yang terbahagi kepada beberapa kategori mengikut klasifikasi dana, antara nama kategori dana yang biasa kite dengar:

– Equity Fund
– Balanced Fund
– Bond Fund

Bagi setiap kategori dana, bagaimana nak tentukan dana yang mana satu lebih baik dari dana yang lain (dalam kategori yang sama)? Di sini kita boleh menggunakan satu nisbah yang dinamakan Sharpe Ratio untuk menentukan dana yang mana lebih baik, dengan kata lain, lebih perform.

Ape bende Sharpe Ratio ni? Untuk ta’aruf yang membosankan, boleh rujuk artikel berikut di Investopedia.

Untuk kite-kite yang takde kelulusan Chartered Financial Analyst (CFA) ni, saya cube terangkan dengan analogi berikut.

Sharpe Ratio adalah nisbah Risiko versus Pulangan.
Katakanlah ada dua syarikat (atau Fund) seperti berikut:

Unit Trust MK: mengambil Risiko pada skala 10; dan memberi pulangan pada skala 25 dalam tempoh lima tahun. Oleh itu, Sharpe Ratio Unit Trust MK = 25/10 = 2.5

Unit Trust KA
: mengambil Risiko pada skala 10 juga ; dan memberi pulangan pada skala 35 bagi tempoh yang sama, lima tahun. Oleh itu, Sharpe Ratio Unit Trust KA = 35/10 = 3.5

Jadi kegunaan Sharpe Ratio ni adalah untuk menunjukkan Fund yang mana satu lebih baik (daripada yang satu lagi) seandainya kedua-dua fund ini:
– mengambil risiko yang sama. Dalam contoh di atas, keduanya mengambil Risiko pada skala 10 sebagai contoh.
– tempoh pelaburan yang sama. Dalam contoh di atas, keduanya melabur dalam tempoh lima tahun.

Jadi, dalam contoh dua Fund di atas, sudah tentu Fund B memberi pulangan yang lebih baik.

Tak faham jugak? Ok , takpe. Kite try explain guna bahasa kampung pulak.
Cubaan kedua memperkenalkan Sharpe Ratio dalam bahasa mudah 🙂

Skala Risiko vs Pulangan dalam contoh di atas adalah contoh simplistik sahaja; bagi memudahkan pemahaman. Untuk menjelaskan Sharpe Ratio kepada client, mungkin boleh dipermudahkan lagi dengan contoh berikut;

1. Ali beli saham Syarikat MK pada harga RM10 sesaham pada tahun 2010.
Lima tahun kemudian pada tahun 2015, pelaburan itu berkembang menjadi RM25 sesaham.

2. Ameng beli saham Syarikat KA pada harga RM10 sesaham pada tahun 2010. Lima tahun kemudian pada tahun 2015, pelaburan itu berkembang menjadi RM35 sesaham.

Kedua-dua pelaburan dalam Syarikat MK & Syarikat KA dimulakan dengan RM10 sesaham.
Kedua-dua pelaburan berkembang dalam tempoh lima (5) tahun yang sama.
Daripada contoh pelaburan Ali dan Ameng tadi, ternyata pelaburan Ameng dalam Syarikat KA merupakan pelaburan yang lebih baik kerana ia memberi pulangan lebih besar darpada pelaburan Ali dalam Syarikat MK.

Begitu jugalah halnya dengan Sharpe Ratio. Ia merupakan nilai sukatan yang boleh digunakan untuk menentukan samada sesuatu pelaburan adalah lebih baik dari yang lain. Lebih besar nilai Sharpe Ratio untuk sesuatu portfolio pelaburan, maka ia lebih baik.

Perlu saya tekankan di sini, ini adalah contoh yang sangat simplistik. Orang puteh kata, ini adalah contoh yang cuba diterangkan dalam “lay-man’s term”.

Jadi kat mana bleh dapatkan nilai Sharpe Ratio Unit Trust yang ada di pasaran?

1. Boleh dapatkan dari laporan Novagni Analytics dalam majalah Smart Investor
2. Morningstar Asia

Sharpe Ratio of Eastspring Investments Dana al-Ilham
Sharpe Ratio of Eastspring Investments Dana al-Ilham
Sharpe Ratio of PMB Shariah Aggressive Fund
Sharpe Ratio Kenanga Syariah Growth
Sharpe Ratio Kenanga Syariah Growth

Jika anda berminat dengan penerangan beserta ilustrasi yang lebih teknikal, sila rujuk video berikut:

Sekarang dah faham ape itu Sharpe Ratio? Hubungi Unit Trust Consultant masing-masing dan uji pemahaman dan keupayaan mereka menerangkan Sharpe Ratio.

Good Luck!

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *