KISAH BENAR ~ PruBSN Takaful

Pada satu masa dulu, aku seorang pelanggan tetap majalah Personal Money. Setiap bulan confirm tak miss beli. At one point terus sign up annual subscription.

Antara paparan artikel yang paling aku ingat sampai hari ni ialah kisah seorang perempuan yang ada perlindungan insuran, dia kena kanser, dia terima rawatan, kanser dia dah baik & pulih (remission status). Lepas tu dia mohon perlindungan insuran tambahan, insuran tak nak cover kanser, tapi selepas rayuan, membuktikan active lifestyle dia panjat bukit panjat gunung sana sini (termasuk gunung Kilimanjaro kalau aku tak salah ingat), selain pembuktian remission status dari pihak doktor. Dengan semua itu, pihak insuran decided untuk memberi insuran cover termasuk sakit kanser.

Kisah perempuan tu disampaikan sebagai sebahagian daripada cover story pada bulan tu berkenaan perlindungan insuran. Kisah tu secara khususnya memang memberi kesan kepada ‘tumbesaran & pembelajaran’ aku dan satu pengenalan yang sangat berkesan kepada diri aku sendiri tentang industri insuran.

Fast forward beberapa tahun selepas tu, aku mohon PruBSN Takaful. Aku declare lah personal medical history aku yang dah sembuh ni.

Permohonan Takaful aku lulus. Tetapi dikenakan exclusion penyakit yang pernah ada. PruBSN exclude (mengecualikan) penyakit tu daripada perlindungan manfaat [1] Critical Illness, [2] Contributor Benefit & [3] Medical card untuk diri aku. Wadduuuh!!

Aku buat rayuan, tapi still tak dapat.
Owh well
Aku terima je lah.
After all, 36 Critical illness, tolak 1 tak cover, ada baki lagi 35 yang masih covered.

Fast forward sekali lagi ke 2018 (lapan tahun kemudian).
Doktor mengesahkan aku dah tak sakit (sembuh, pulih dan penyakit dah tiada).

Pada 20 Julai 2018, aku submit rayuan sekali lagi.
Respon PruBSN Takaful pada mulanya aku anggap sangat tak masuk akal dan tak munasabah.

Apa yang tak munasabah?
Yang tak munasabah ialah pihak PruBSN Takaful berkeras mengatakan bahawa exclusion dikekalkan kerana maklumat semasa aku mula-mula sakit puluhan tahun yang lalu, TIADA.
Disebabkan itu, exclusion kekal dalam polisi.

Aku reply mintak pegawai yang Underwriting call aku.
All this while, email hanya back and forth through Customer Service sahaja (orang tengah). Bercakap dengan orang tengah memang tak menjadi ape bhai!

Bayangkanlah,
aku mohon exclusion di buang dari polisi aku,
ape aku dapat?
PruBSN Takaful hantar satu salinan FIZIKAL polisi takaful kat aku.
Tak pasal pasal aku ada dua polisi. Kalau hantar PDF copy aku boleh terima akal lagi.

Bila ditanya kenapa hantar polisi baru?
Aku masih ada polisi yang asal,
PruBSN Takaful kata, “eh kita tak hantar polisi encik, kita hantar Conditional Acceptance Letter je”.

Dah aku kena tangkap gambar dua polisi siap sampul courier diorang hantar untuk menunjukkan dia hantar polisi. By the way, nothing changes ye. Kandungan polisi baru yang dia hantar semua sama macam polisi asal yang aku masih simpan. [facepalm]

8 Oktober 2018 – Ntah kenapa dapat salinan polisi baru plak

Lepas tu senyap, takde khabar berita pasal ape hal polisi baru dapat kat aku….

OK lah, back to my story

Where was I?
oh yes, nak mohon somebody from underwriting call dan explain kat aku.

Nak mohon bercakap dengan underwriting pun satu cabaran juga. Padahal nak mintak “the man” in charge himself untuk explain mende yang aku tak faham.

Ape yang aku tak faham?
Aku tak faham kenapa penyakit yang aku dah baik & pulih, setelah sekian lama (puluh tahun lamanya), dan setelah recently disahkan doktor pakar (P.A.K.A.R), masih lagi hendak dikekalkan sebagai penyakit yang dikecualikan (exclusion), hanya kerana, maklumat asal penyakit dan rawatan puluhan tahun dahulu tiada (good luck nak korek dari hospital asal). Aku cuma nak penjelasan logika dimata PruBSN Takaful sahaja.

Pada 09 Oktober 2018, dalam masih merayu mintak PruBSN call dan explain, perenggan berikut adalah sebahagian daripada email aku kepada PruBSN Takaful

I am taking my health seriously these days.
Let the record reflect that I have started working out 3-5 times a week since 20th July 2018
All my workout progress are posted on my facebook album
I have also started to post my resistance training on my youtube channel ‘mkanwar21‘.

 

Akhirnya pada 22 Oktober 2018, Cik Amira dari Underwriting call. Dia menjelaskan bahawa exclusion kekal walaupun penyakit dah baik dan pulih, adalah diSEBABKAN pihak Re-Insurance tak nak cover. Aku tanya siapa reinsurance PruBSN Takaful; SwissRe.

Aduhai….!!
Polisi aku dengan PruBSN Takaful, kenapa pulak pihak SwissRe yang menentukan nasib lulus atau tidak perubahan kepada polisi aku?

Cik Amira juga menjelaskan bahawa sebenarnya “yang tak cover tu, yang ini, yang cover tu, yang itu…”
Aku cakap,”NOOO!! berdasarkan bahasa dan pilihan perkataan yang digunakan, ia membawa maksud, yang itu tak cover, yang ini tak cover, gedebak gedebuk ding dong ding dong… khob kun krap

Kami akhiri perbualan dengan Cik Amira bersetuju untuk mengolah semula ayat secara hitam putih untuk memberi maksud yang dihajati; subject to management approval.

Tak lama lepas tu, terima email berikut

Pihak PruBSN Takaful bersetuju buang exclusion Critical Illness dari polisi aku

 

Hari ni, 8 November 2018,
ejen aku, Farah Inani Rosli, menyampaikan khabar gembira,
Pihak PruBSN Takaful telah bersetuju dan mengisytiharkan klausa pengecualian dalam polisi takaful aku telah dibuang berkuatkuasa 1 June 2019 (tahun depan). PruBSN Takaful telah mengeluarkan dokumen Endorsement to Certificate; maka dengan itu maqbul lah yang dihajati secara rasmi dan hitam putih! [This is where you offer sujud Sahawi]

Alhamdulillah!
Back on the list of 36 Critical Illness cover 🙂

Moral of the story.
Jangan cepat mengalah bila berurusan dengan pihak Takaful dan Underwriter Takaful.
Semua tawaran mereka adalah final offer. But, at the end of the day hanya kita yang bersungguh; berdoalah moga ejen tak cepat mengalah/bosan/giveup sepanjang proses ni.

3 bulan dan 19 hari merayu dan berbalas email. Aku sampai ke tahap dah standby draft email nak highlight kes aku ni kepada email address CEO, COO & CRO dan PA masing masing (YA! aku ada alamat email diorang).
Alhamdulillah, I did not have to go so far.

Sejauh mana usaha korang bila berkomunikasi dengan pihak Takaful?

Pengajaran yang aku nak kongsikan disini:

  1. Jangan takut dan jangan teragak-agak untuk isytihar penyakit sedia ada/ pernah ada.
  2. Bila penyakit sedia ada/ pernah ada dah sembuh dan tak datang balik, hantar permohon ke pihak Takaful mintak endorse untuk cover penyakit tu untuk masa akan datang; lampirkan surat perakuan Doktor.

Rancanglah keperluan takaful dengan betul. Call aku kalau-kalau perlukan khidmat rundingan Perancangan Kewangan.

 

Jika Kamu Bersyukur
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram] [WhatsApp]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *