KOS MEMILIKI KERETA vs NAIK GRAB

Ambil contoh seorang yang tinggal di Flat Seri Wangi di Kota Damansara,
dan bekerja di Kampung Kerinchi (a.k.a Bangsar South); jarak lebih kurang 20km sehala.

Ni perbandingan kos tahunan memiliki sebuah kereta,
berbanding pergi balik kerja naik Grab.

Kos memiliki kereta setahun:

1. ansuran bulanan Bank RM 736
2. servis kereta RM 250 x 4 (tiga bulan sekali)
3. petrol RM 400 sebulan
4. parking RM 352 sebulan (satu hari RM 16)
5. Takaful kereta RM 1800 (NCD 0%)
6. Road Tax RM 98
7. Toll RM 22 sebulan (pergi tak kena tol, balik kena tol)

Jumlah kos memiliki kereta untuk pergi balik kerja setahun:
= (736 × 12 bulan) + (250 × 4 kali setahun) + (400 × 12 bulan) + (352 × 12 bulan) + 1,800 + 98 +(22 x 12 bulan)
= RM 21,018 setahun

Kos diatas belum kira kos maintenance berikut:
– cuci kereta
– tukar brake
– tukar wiper
– tukar tayar

 

View this post on Instagram

 

Lionel getting his allignment fixed

A post shared by MK Anwar, CFP (@mkanwar21) on

Bandingkan pula dengan kos pergi balik kerja naik Grab:

1. Pergi kerja RM 32
2. Balik kerja RM 22.50
3. Tol RM 1 sehari

Jumlah kos pergi balik kerja setahun menaiki Grab:
= (RM 32 + RM 22.5 + 1) × 22 hari sebulan × 12 bulan
= RM 14,652 setahun!!!

JIMAT SETAHUN:
RM 21,018 − RM 14,652 = RM 6,366

JIMAT SEBULAN:
RM 6,366 ÷ 12 bulan = RM 530.5 sebulan

Of couse, tak semua orang kerja pejabat.

Ada kerja sendiri,
buat sales sendiri,
ke hulu ke hilir seharian,
Untuk orang macam ni, kena belajar Tax Planning supaya boleh kenal pasti kos yang boleh dianggap sebagai Perbelanjaan Perniagaan yang boleh mengurangkan cukai; itu bab lain 🙂

 

Jika Kamu Bersyukur
M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram] [WhatsApp]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *