Contoh terbaik penyelesaian jangka pendek ni, kita ambil contoh paip sinki dapur rumah baru pecah, cari switch nak tutup aliran air yang mencurah, tak jumpa. Jadi penyelesaian jangka pendek (short-term solution) ialah, ambil plastersin anak atau mungkin kain buruk, sumbat paip tu supaya air tak mencurah.
Of course sebagai penyelesaian jangka panjang, secara logiknya, korang akan call plumber, betul tak?
Jadi, bile pemaju perumahan mengadu sales kurang, bank liat approve loan pembeli, bank approve kurang 90% dari harga rumah, pembeli tidak mampu/tidak layak beli rumah, adakah ini penyelesaiain terbaik?
Kalau tak faham berita bahasa Inggeris, aku bagi berita bahasa Malaysia
Kalau dibaca berita yang disiarkan The Edge, kadar RIBA yang ditawarkan skim ini adalah seperti berikut
- Pinjaman dengan ada cagaran – 12%
- Pinjaman tanpa sebarang cagaran – 18%
Memandangkan kite ni bukan beranak semalam dan dah kenal sangat perangai Malyu-Islam di Malaysia ni secara umum, agak-agak korang, pembeli rumah ni, secara umumnya, ade ke barang kategori ‘harta’ yang boleh dicagarkan? Well, mungkin diorang ade, mungkin diorang takde.
Subprime crisis, sape masih ingat?
Tak perlu kite menyimpang sampai ke topik Good Debt vs Bad Debt. Kalau tak layak beli rumah sebagai aset, BANYAK lagi harta lain boleh dibuat aset. Tak perlu berhutang dengan bank DAN tambah hutang dengan pemaju perumahan untuk kejar hartanah sekangkang kera sebagai harta.
Aku bukan anti-hartanah,
Aku anti-buta-perancangan-kewangan.
===//Update 10 Sept 2016
Datuk Johari Abdul Ghani, Menteri Kewangan II, telah buat satu kenyataan
dan mendapat sokongan daripada Datuk Seri Nazir Razak, ‘Abang Kawasan’ CIMB Bank.
Ini pula komen/pandangan/review/analisis paling best setakat ni [update 13 September 2016]:
Dan pandangan yang dinanti-nantikan masyarakat, tidak lain dan tidak bukan, pandangan pakar Fiqh Muamalat Malaysia, Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman [update 14 September 2016]
Ini pula petikan Fitch Rating Agency yang disiarkan RTM di TV1 [update 15 September 2016]

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, http://SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, http://TuanPenasihat.com
|| FPAM #015579
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram/ Whatsapp]

