Malas nak berhujjah dengan puak-puak ni.
Bile kite kata Online ForEx Trading haram sebab boleh membawa kepada riba dan ada elemen perjudian, dia pusing kata “loan rumah dengan Perbankan Islam pun same je”.
Melencong tajuk masuk Arak haram tapi kilang arak masih boleh beroperasi.
Dikatanya “orang main saham hentam org main forex ”
Paling takleh tahan, “Aku tunggu fatwa brunei dan indonesia haramkan forex baru leh pakai skit , sebab Malaysia nie hudud pun dowg tolak ini pulak nk sembang pasal fatwa forex.”
At one point, aku sampai pernah dengar seorang pegawai Bank Islam yang secara peribadi terlibat dengan Online ForEx Trading ni dan dia kata, “ForEx ni ade khilaf“… #PokMungKhilaf
Pemahaman masing-masing tentang definisi SPOT, Leverage, Aqad, Taqabbudh, Khilaf; semuanya kelaut belaka.
Kononnya “Majlis fatwa indon spot forex dibolehkan”
Bile masuk bab Online ForEx Trading ni, aku berpegang kepada satu nasihat paling bermanfaat bapak aku pernah turunkan kepada aku, “Never argue with an an idiot!”
FB Page Muamalat.My ni, memang page yang aku follow dan aku rekemen korang pon follow untuk menambah maklumat dan kefahaman tentang Fiqh Muamalat.
Baru-baru ni, sepupu datang ke rumah sebab nak amik laptop dia yang aku dah repair. Alang-alang masuk ‘kawasan’ aku, aku tegur pasal Online ForEx Trading yang dia terlibat. Respon dia membuat kan aku nak baling cawan ke kepala dia. Mujur aku tengah pegang cawan favourite, sabar je. Dia (sepupu) kata, “Dr. Zaharuddin kata harus…“.
Bagi tahu kat aku dalam FULL video mana Ustaz Dr Zaharuddin Abd Rahman ada sebut Online ForEx Trading tu hukumnya ‘Harus’?
Kesimpulannya sangat mudah, manusia ni, kalau dah terlanjur dengan bende haram, seboleh-bolehnya dia nak cari jugak ‘fatwa’ yang menghalalkan bende haram. Sedangkan pilihan untuk meninggalkan perkara haram sentiasa ada.
Benarlah cakap bapak aku, “Never Argue With An Idiot!”
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]
One Reply to “Online ForEx Trading Itu Haram ~ Never Argue With An Idiot”