Emas, adalah duit asli. Sebut je pasal emas, ade je yang akan pasang telinga, nak juga tau samada yang berbicara itu saudagar, scammer atau anti-emas. Dulu masa ramai dok share kat FB cerita ini, aku buat donno je. Keesokan harinya semakin ramai pulak orang dok asyik share artikel OhBulan yang sama, aku terpanggil untuk memberi pandangan aku yang pada masa tu belum pon habis belajar Certified Financial Planner
Pada November 2015, sepupu share status berikut, tag nama aku dan minta pendapat
Hari ni, ternampak plak status dengan isi lebih kurang sama naik lagi, dikongsikan (share) status berikut di wall saorang sahabat lama aku:
Aku rasa, idea asal datang dari saudara kite ni kalau berdasarkan footnote artikel di OhBulan
Sebelum aku keluarkan hujah aku, aku nak korang tau, aku sikit pon tak cemburu dengan bisnis emas. Tok Nenek aku, mak bapak aku, adik beradik aku, semua aku sokong kalau mereka nak menambah harta dengan menambah emas. Kalau korang rajin ziarah instagram aku, korang akan tahu stockpile logam berharga dalam simpanan aku; bukan nak berlagak, tapi nak make sure korang faham aku bukan anti-emas.
So ape masalah aku sekarang ni? Masalah sekarang ni, idea melangsaikan hutang kereta dengan emas ni, setakat yang aku baca ni, memang takleh nak register dek akal aku yang terdidik dan terasuh dengan qawa’id sebenar perancangan kewangan (Financial Planning).
Dan masalah utama yang aku nampak, strategi ini hanya menguntungkan syarikat pajak gadai sahaja!
Perhatikan ye:
1 – bayar installment kereta, bulanan RM400
2 – beli emas RM 3500
3 – pajak
4 – tebus emas
5 – repeat
Ini faktor pembolehubah yang tak boleh dikawal: Harga emas. Oleh itu, tak semestinya setiap kali pajak akan dapat RM 2512 (70%value of gold) seperti yang dinyatakan.
With that in mind, dakwaan harga emas akan naik 20% (setahun?) adalah salah dan teramat-sangat misleading. Ini kerana:
1 – sejak 2011 kadar kerugian tahunan harga emas ialah -6.67% setahun.


2 – Jelas, terang lagi bersuluh kita tidak akan dapat RM2515 setiapkali emas dipajak.
So yes, nak beli emas, beli emas secara berasingan.
Nak bayar installment kereta, bayar installment kereta secara bersasingan.
Dengan cara ini juga kita akan dapat kereta dan dapat emas. Dengan cara ini juga kite tak terkesan dengan pergerakan naik turun harga emas. So ape keperluan pajak gadai?
Hanya di Malaysia sahaja orang beli emas UNTUK di pajak, sedangkan beli emas sepatutnya untuk di simpan sebagai simpanan JANGKA PANJANG kalis insflasi.
ps: senario beli emas-pajak-bayar installment kereta; hanya menguntung kan institusi pajak gadai semata-mata.
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]