Belanjawan Peribadi Tahunan


Perkara paling asas dalam perancangan kewangan ialah merancang belanjawan bulanan. Tetapi seringkali kite terlepas pandang belanjawan tahunan peribadi atau belanjawan tahunan isi rumah. Belanjawan tahunan ni, kalau terlepas pandang, akan memberi kesan kepada belanjawan bulanan; silap haribulan terpaksa korek Tabung Haji/ AHB/ ASB.

Berikut adalah belanja tahunan yang tetap TuanPenasihat perlu sediakan setiap tahun:

  1. Setiap bulan Januari bayar yuran keahlian Financial Planning Association of Malaysia (FPAM)
  2. Setiap bulan Januari bayar yuran pembaharuan lesen dengan Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM)
  3. Setiap bulan Mac bayar Takaful Isi Rumah
  4. Setiap bulan April bayar Takaful & cukai jalan motorsikal
  5. Setiap bulan April bayar yuran khidmat webhosting
  6. Setiap 18 Julai bayar Takaful Empunya Rumah (Kebakaran)
  7. Setiap bulan Oktober bayar Takaful & cukai jalan Lionel (kereta)
  8. Setiap bulan Oktober & November bayar yuran pembaharuan nama domain
  9. Setiap bulan Oktober bayar yuran peti simpanan keselamatan
  10. Setiap bulan November bayar zakat (saham, simpanan, perak)
  11. 20 jam kursus pembelajaran berterusan setiap tahun
  12. Tayar kereta x 4
  13. Bateri Kereta x 1
  14. Syiling Peringatan keluaran Bank Negara Malaysia x 3

Semua sekali, ade dekat RM6500.00 perlu diketepikan buat masa ni. TuanPenasihat tak dapat BR1M, kalau tak, boleh jugak dapat RM1200 mulai tahun 2017.

Mulai Feb/Mac 2017, TuanPenasihat dah kena tanggung sendiri servis Lionel secara berkala; setelah hampir 4 tahun 5 bulan servis Lionel ditanggung pengedar (parts & labour). Ini belum kire kos major service untuk Lionel setiap 60,000km; mungkin diperlukan setiap 3-4 tahun.

Ada apa dalam belanjawan tahunan korang?

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Jerry Maguire - Show Me The Money
Jerry Maguire – Show Me The Money

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *