BreXit Sudah Menjadi Bubur (BreGret)

Sejak keputusan mengundi kat UK diumumkan Jumaat lepas, makcik jual karipap kat Pasar Ramadhan pom dok sembang kencang pasal BreXit. Pendek kata, kalau monyet pandai bertutur kata, monyet pon akan lafazkan… “Brengsek!”

Jokes aside, khabarnya, BreXit sudah bertukar menjadi BreGret, betul ke? betul la kot. Persoalannya, apekah kesan BreXit terhadap:

  1. harga murtabak?
  2. harga roti john?
  3. Briyani kambing?
  4. karipap?
  5. ayam golek?
  6. ayam percik kuah kacang?

Semua perkara diatas boleh didapati di Pasar Ramadhan TTDI. Pendek cerita, harga mende-mende tersebut tak terkesan pon dek BreXit, BreGret ataupun Brengsek.

Ni nak share dengan korang, harga Kijang Emas yang ditetapkan Bank Negara Malaysia pada Jumaat lepas dan hari ni:

Kijang Emas 24 Jun 2016

Kijang Emas -Monday - 27 Jun 2016

Dasyat kan kenaikan harga emas?

Dalam keadaan pasaran tak menentu selepas BreXit ni, kat mana nak parking duit time-time market tiada arah tuju nih?

Aku sempat la beli F&N masa harga jatuh awal pagi tadi. Bagi yang tak berani nak beli saham lagik, tetapi masih ada keinginan nak melabur untuk jangka masa panjang, kite boleh melabur dalam Unit Trust. Kite tentukan risk profile dulu, lepas tu kite cuba bina portfolio pelaburan jangka panjang, baik untuk persaraan, baik untuk pendidikan anak-anak atau kalau-kalau berangan nak beli rumah agam di hari-hari persaraan nanti; boleh la parking duit kat Unit Trust dulu.

Dah, jom terawih!

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  http://SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  http://HujanEmas.com
|| FPAM #015579
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram/ Whatsapp]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *