Cap Jari Untuk Pengeluaran KWSP


Aku kerap dengar Unit Trust Consultant mengeluh fasal cap jari client kena reject dek KWSP berkali-kali. Kalau client korang ade penyakit atopic dermatitis (eczema) maka rejection dengan sebab ini (oleh KWSP) dianggap munasabah.

Tetapi, nak jadikan cerita, aku ade seorang client yang kebetulan ade penyakit eczema ni. Bile aku dengar dia ade eczema aku terus amik cap jari dia untuk dua tiga form sekali gus. Dan aku submit juga tiga-tiga form tu sekaligus, incase satu reject, terus try the other. Alhamdulillah, walaupun client sorang ni ade eczema, permohonan pengeluaran KWSP untuk pelaburan Unit Amanah telah lulus pada first submission.

So aku agak confuse bile kerap dengar cerita ade orang berkali-kali kena submit borang pengeluaran KWSP untuk pelaburan Unit Amanah kena reject berkali-kali. Client korang ade penyakit eczema jugak ke?

Kalau client korang takde penyakit eczema, aku nak kongsikan disini, macam mana dari mula aku jadi Unit Trust Consultant sehingga kini [kemaskini 16 Nov 2017], belum ada seorang pun baru satu orang je client aku yang permohonan pengeluaran KWSP untuk pelaburan ditolak.

Sila rujuk gambar-gambar berikut, dan perhatikan sudut yang dah di highlight kan. 

Perfect Thumbprint
Perfect Thumbprint

Ape kemende yang dibulatkan tu? Perhatikan sorotan gambar berikut yang diambil dengan macro-lense:

Thumbprint Joint-1
Thumbprint Joint-1
Thumbprint Joint-2
Thumbprint Joint-2

Spesifikasi cap jari yang betul juga sudah diberitahu pada borang pengeluaran KWSP 9N (AHL) itu sendiri

Contoh cap jari yang tidak diterima

Berikut pula adalah spesifikasi cap jari idaman KWSP ;-p

Spesifikasi cap jari yang diterima

Jadi lepas ni, kena beringat, bile ambik cap jari client, bukan semata-mata pusar cap jari yang kena nampak, tetapi bahagian joint pada cap jari pon kena make sure masuk frame jugak. Petua mudah, golek ibu jari tu dari kiri ke kanan/ kanan ke kiri [satu arah sahaja].

Selamat maju jaya!

ps: Client aku yang eczema tu, dah buat withdrawal ke-2 ke-5 KWSP untuk pelaburan unit amanah setakat 28 July 2016 August 2017.

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *