Curi duit Hassan, Bayar hutang dengan Hussin

Curi duit Hassan, bayar hutang dengan Hussin aku terjemahkan dari pepatah yang aku tak tau asal-usulnya, bunyi lebih kurang gini; “robbing Peter to pay Paul”.

So ape kena mengena curi duit Hassan, bayar hutang dengan Hussin ni? Ini kisah penglibatan rakyat Malaysia dengan skim penipu yang sememangnya tak dapat dipisahkan (dulu, kini selamanya?). Ni bukan cerita baru dan Pak Man Telo  bukanlah orang pertama curi duit Hassan bayar hutang dengan Hussin.

Entry kali ni, aku nak cerita pendek aje, kalau nak cerita panjang, rasanya mak ayah kite lagi tau. Berikut adalah lima tanda-tanda skim penipu yang kite seharusnya berwaspada:

  1. Pulangan tinggi tanpa risiko
  2. Dapat commission bile recruit ahli baru
  3. Bayaran pendahuluan
  4. Syarikat berdaftar TETAPI aktiviti tidak di bawah kawal selia Bank Negar atau Suruhanjaya Sekutiti
  5. Pulangan lebih tinggi sekiranya tidak bawa pulang produk

Bank Negara Malaysia dah keluarkan video untuk warning orang ramai, siap bagi hint

"Hint" dari Bank Negara Malaysia
“Hint” dari Bank Negara Malaysia

Tanpa berlengah lagi, diharapkan tuan-tuan boleh pelajari sesuatu dari video ringkas ni

 

Jika Kamu Bersyukur, Syukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  http://SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  http://HujanEmas.com
|| FPAM #015579
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram/ Whatsapp]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *