Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme)


Kalau ade orang tanya aku soalan , “Amende Skim Persaraan Swasta ni?”; Aku rasa, aku akan pinjam jawapan skema dari Suruhanjaya Sekuriti je,

“Skim persaraan swasta (PRS) ialah satu skim pelaburan sukarela jangka panjang yang direka untuk membantu individu membuat simpanan bagi persaraan mereka. Skim ini melengkapkan caruman mandatori yang dibuat kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).”

Life goes on...
Life goes on…

Kalau kite tengok video dari Private Pension Administrator Malaysia plak, PRS ni macam “supplement” katanya. Tetibe aku teringat ke Shaklee…

Masa mula-mula Skim Persaraan Swasta (PRS) ni muncul (2012 kot kalau tak silap), terdetik dalam kepala aku, dah la KWSP wajib kena contribute, takkan nak tambah lagi contribution kat PRS plak? Ade lebih daripada 35 syarikat unit trust kat Malaysia ni, Kenanga, Eastspring, PMB Investment, Affin-Hwang ….just to name a few; Aku tak faham kenape nak ditambah lagi dengan skim PRS ni plak.

Bukan ke selame ni, matlamat kite menabung dalam unit trust sudah sememangnya untuk hari-hari persaraan kite (amongst other things)? Ce korang tengok video ASNB ni:

Serius aku memang tak nampak ape perlunya PRS ni dalam suasana pelaburan yang sedia ada sekarang ni. So nak jadikan cerita, 31 Mac 2016, aku p ziarah member yang ajak aku jumpa dia kat spital. Dia nak sangat jumpa ngan aku bile dia dapat tau aku ni dah start promote unit trust sana-sini.

Aku ingatkan member tu nak withdraw duit KWSP untuk invest, rupa-rupanya, dia nak aku tolong dia melabur dalam dana PRS, sebabnya, “..tahun depan aku nak claim tax relief untuk PRS la”. Maka dengan itu, barulah aku nampak kat mana market untuk aku kedepankan Skim Persaraan Swasta ni.

So kalau korang kategori ummat yang sudah:

  1. ada Takaful
  2. ada KWSP
  3. ada simpanan dalam unit trust
  4. ada bayar zakat, dan
  5. ada hati nak mengurangkan pembayaran cukai pendapatanatau
  6. berumur diantara 20-30tahun

maka korang lah target market untuk Skim Persaraan Swasta ni 🙂

When you’re ready to talk, jom KFC!

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

One Reply to “Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme)”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *