Debt Service Ratio ~ Nisbah Bebanan Hutang


Debt Service Ratio (DSR) ~ adalah 3 patah perkataan yang boleh dikatakan paling poyo Financial Planner/Adviser/Consultant & Salesmen hartanah selalu guna bile sembang dengan client. Tapi, suka atau tak, perlu jugak sebut.

Formula DSR =
[Jumlah semua hutang bank*] BAHAGI
[Jumlah semua GROSS income suami isteri] DARAB 100

*Hutang bank sahaja; hutang kedai kopi, hutang kedai motor, hutang Courts Mammoth, hutang puasa, hutang sedara mara tak diambil kira,

Nilai DSR yang lebih rendah adalah lebih bagus.

Macam mana nak cerita DSR ni dalam bahasa orang kampung mudah faham? Macam ni, “Meh sini aku nak kira semua hutang Bank yang ko ade CAMPUR dengan hutang bank yang bakal ko amik untuk beli rumah baru ni; kite tengok ko mampu ke tak mampu bayar hutang

Pffft…. ‘debt service ratio’ kunun!
Cakap je la nak tengok berduit ke tak berduit, kan senang.

Anyways, dua hari lepas, TuanPenasihat dan isteri, menjenguk projek apartment baru; D’sara Sentral by Mah Sing.

Hint: sape tak kenal Mah Sing, anggaplah perjalanan nak jadi property millionaire tu, jauh lagi la.

Berbalik kepada D’sara Sentral tadi, hmmm… salesmen tolong kirekan Debt Service Ratio, gayanya dah lepas; syukur!!!

Bile calculation DSR dah lepas, makin beriya la Salesmen mintak letak booking fee. TuanPenasihat kuatkan iman dan minta 3 hari.

Dalam perjalanan pulang ade satu perkara yang TuanPenasihat perasan; Salesmen kire DSR tadi guna gaji kasar; gaji sebelum tolak cukai, KWSP, SOCSO, dan segala jenis tolakan pada slip gaji isteri. Silap TuanPenasihat juga sebenarnya, sebab bila ditanya tentang pendapatan isirumah, TuanPenasihat bagi pendapatan kasar (gross) dan bukan pendapatan bersih (nett).

Sampai rumah, TuanPenasihat sambung kire dengan cashflow sedia ada, dengan mengambil kire belanja-belanja bulanan yang tiada kena-mengena dengan hutang bank dan kira-kira dimulakan dengan gaji bersih sahaja:

[Jumlah semua NETT income suami isteri]
TOLAK
[Jumlah semua hutang bank sedia ada + bakal hutang rumah baru]
TOLAK
[Yang Wajib ~ Zakat, Nafkah Isteri, Tabung Haji]
TOLAK
[Savings + Investments]
TOLAK
[Belanja bulanan ~ Takaful,  Prepaid telifon, Bill Telifon, Prepaid Mobile broadband, Unifi, Indah Water, TNB, Air, Petrol, Tol, maintenance fee apartment sekarang]
= [Baki : RM -300.64]

Perasan tak? Dalam kira-kira Belanja bulanan di atas, “barang dapur” belum kire lagi; dah berbaki negatif RM300.64. Abis tu nak makan ape?

Ni belum kira maintenance fee apartment baru; RM0.385/square foot

Terang lagi bersuluh, TuanPenasihat terpaksa melepaskan peluang beli rumah ni. Takpe lah, kite cuba lagi lepas 5 tahun.  In the mean time, ada alternatif pilihan pelaburan hartanah lain.

INGAT!!!
1) DSR tak mengambil kire belanja isi rumah setiap bulan.
2) DSR cuma kire hutang bank sedia ada (dan hutang bank yang bakal)
3) Pengiraan DSR yang tidak berasaskan Gaji Bersih (Nett Income) adalah sama dengan menipu diri sendiri.

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *