Komitmen Bebas RIBA


Malam kelmarin, ada pertikaian di mesyuarat AJK Flat Seri Wangi. TuanPenasihat berkeras tak mahu terlibat sama menyumbang kepada fire insurance untuk blok kediaman Flat Seri Wangi atas dasar insuran itu HARAM. Kemudian, ade pula committee bertanya soalan-soalan berikut dalam nada seperti hendak menrendah-rendahkan intelek TuanPenasihat; omputeh kata “snide comment“. So ape yang ditanya?

  1. kalau jadi apa-apa kepada struktur common area, siapa nak ganti?
  2. ko beli rumah tak ambik loan ke? ko beli cash?
  3. kereta ko beli takde insuran ke?
  4. simpanan ASB ko?
  5. kalau nak kire Haram, main LEGO pon Haram! [#facepalm]

Dari itu, TuanPenasihat nak ambil kesempatan ni untuk jelaskan pilihan peribadi TuanPenasihat kepada yang kurang arif…

  • akaun simpanan dan akaun semasa di bank, keduanya akaun Islamic Banking.
  • rumah di Flat Seri Wangi dibiayai dengan HomeEquity-i dari Maybank Islamic Bhd berasaskan konsep Musyarakah Mutanaqisah
  • untuk perlindungan melangsaikan baki pembiayaan, TuanPenasihat menyertai Mortgage Reducing Term TAKAFUL, yang diuruskan oleh Etiqa Takaful Berhad
  • tak lupa juga perlindungan kebakaran rumah, TuanPenasihat menyertai Houseowner Takaful, juga diuruskan Etiqa Takaful Berhad
  • Singa Perancis yang TuanPenasihat pandu, dibiayai oleh dengan produk Al-Ijarah Thumma Al-Bai dari Maybank Islamic Bhd
  • Takaful untuk Singa Perancis, adalah produk Takaful Am dari Takaful MalaysiaMasa mula-mula beli kereta dulu, Takaful dengan eTiqa Takaful
  • Pelaburan Unit Amanah pula, kesemua tujuh (7) pelaburan unit amanah, adalah dalam dana yang disahkan Patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Rujuk List of unit trust funds
  • Pelaburan saham TuanPenasihat juga adalah terdiri daripada kaunter-kaunter yang telah disahkan Patuh Syariah oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Rujuk List of Shariah-compliant Securities by SC’s Shariah Advisory Council
  • Perlindungan Takaful untuk diri dan dan isteri, kami sertai PruBSN Takaful.
  • Akaun KWSP telah ditukar kepada akaun KWSP Simpanan Shariah

Di Malaysia ni, dah banyak pilihan yang patuh Syariah. Tak larat nak pilih. Cukup untuk memenuhi keperluan peribadi, keluarga dan masyarakat.

Takde keperluan TuanPenasihat dipaksa menyumbang kepada Insuran konvensional dalam suasana persekitaran yang penuh dengan pilihan Perbankan dan Kewangan Islam yang patuh syariah.

TuanPenasihat bukanlah orang yang alim/warak. Solat pun kekadang tak cukup 5 kali sehari. Tapi setakat mana yang pilihannya jelas hanya dengan beban menurunkan tandatangan, ape lah sangat.

Pilihlah Perbankan. Pilihlah Kewangan Islam. Kalau bukan umat Islam sendiri yang pilih, nak tunggu siapa lagi?

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

One Reply to “Komitmen Bebas RIBA”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *