JOM! SHOPPING UNIT TRUST

Pasaran saham Malaysia menjunam lagi!!

Pada 2 Januari 2015, FBM KLCI berada di paras 1752.77
Semalam, 2 September 2015, FBM KLCI berada di paras 1590.19

Amanah saham, beli unit trust, FBMKLCI, FBM KLCI, FundSuperMart, Melabur, Pelaburan Unit Trust, 200Day Moving Average, 200DMA
Prestasi 3 tahun FBM KLCI

Masa untuk menambah pelaburan Amanah Saham (unit trust) kembali lagi!!!

Kali terakhir pasaran saham Malaysia merudum, ialah pada Disember 2014. Pada masa tu, aku terlepas peluang untuk “buy low” kerana telah membuat pengeluaran simpanan KWSP untuk pelaburan unit trust pada 25 November 2014.

Kali ni market merudum lebih teruk dari bulan Disember 2014 dan just in time untuk aku buat pengeluaran KWSP untuk pelaburan pada 22 September 2015 nanti. Harap-harap FBM KLCI akan masih berada di bawah paras 1600 pada waktu itu. Kenapa? Sebab, paras FBM KLCI yang rendah juga membawa maksud harga unit trust yang rendah, bile harga unit trust rendah, aku boleh beli lebih banyak units. Contoh paling mudah, katalah dalam tangan ada RM1.00, adakah kite nak beli goreng pisang di gerai yang jual RM1.00 dapat 4, atau nak beli di gerai yang jual RM1.00 dapat 5? Tentulah nak beli di kedai RM1.00 dapat 5. Macam tu jugak la dengan unit trust.

Jadi time-time macam ni la, ejen-ejen unit trust akan approach kite dengan lebih agresif (barangkali) untuk ajak kite beli unit trust dengan mereka. Persoalannya, adakah semua unit trust akan memberikan fund performance yang sama?  Nak tahu fund mana yang perform dan fund mana yang kurang perform, boleh rujuk Morningstar. Screenshot berikut adalah sebahagian daripada paparan senarai unit trust patuh Syariah yang performing melebihi 10% (secara purata) sepanjang 10 tahun yang lepas:

AMANAH SAHAM, MELABUR, AHB, KENANGA SYARIAH, DANA AL-ILHAM
Amacam? Fund korang perform tak? 🙂

Jangan asyik ikut cakap ejen unit trust je. Kene buat homework untuk pastikan fund betul-betul performing atau tidak.
Kalau korang ni spesies macam aku, withdraw duit KWSP untuk invest unit trust patuh Syariah, ade faktor sales charge yang perlu di ambil berat. Setakat ni, kalau nak Sales Charge murah, beli sendiri kat FundSuperMart.com.my . Sales charge paling tinggi kat FundSuperMart 2% je. Kalau time tengah promo, 1% pon ade.

Kalau nak withdraw KWSP untuk pelaburan unit trust tapi tak mahu kena Sales Charge bagai, boleh withdraw untuk melabur di Amanah Hartanah Bumiputera, dah confirm patuh Syariah.

AMANAH HARTANAH BUMIPUTERA


Tapi, sekarang ialah masa terbaik untuk shopping Dana Ekuiti. So good luck in your decision making, good hunting and good shopping.

 

Jika Kamu Bersyukur, Syukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator
|| http://SolidusDenarius.com
|| FPAM #015579  || FIMM #043-0-21048 ||
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram/ Whatsapp]

Riba Free Muslim
Riba Free Muslim

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *