Ada beberapa produk perbankan Islam untuk membiayai pembelian rumah yang ada diluar sana seperti Bai’ al-Inah & Tawarruq
Kenapa aku pilih untuk utamakan pembiayaan berlandaskan Musyarakah Mutanaqisah?
Pada 2008, semasa aku bertugas di Qatar dulu, aku terbaca satu artikel di akhbar tempatan (surat khabar bahasa omputeh laa). Tujuh tahun dah berlalu, sampai hari ni aku masih ingat pasal artikel tu. Antara yang penulis artikel tu bincangkan dalam tulisannya, ialah Islamic Banking kat Malaysia ni dianggap tidak 100% Islamic; pada dia, Islamic Banking kat Malaysia ni belum sempurna Islam-nya. Ini kerana pada pandangan penulis itu, Malaysia merupakan sebuah negara majoriti Muslim bermazhab Syafi’e. Pada penulis itu, Mazhab Syafi’e adalah suatu mazhab yang lemah. PEKH!! Ayat tu memang tak leh blah. Especially untuk seorang Malaysia macam aku yang dari kecik diajar Mazhab kita (Mazhab Syafi’e) yang paling tegas dalam semua perkara.
Laman Muamalat.My, telah menjawab persoalan aku selama ni, “kenapa penulis tu kata perbankan kite tak cukup Islamic?”
Mungkin penulis tu merujuk kepada pembiayaan perumahan sahaja kot…ntah, manalah aku tahu. Contoh sketsa yang diberikan Muamalat.My adalah cukup jelas untuk pemahaman umum.
Anyway, nak jadikan cerita, semasa Symposium Riba 2015, Dr. Zaharuddin Abd Rahman, dalam menjawab soalan salah seorang hadirin, ade sebut, jika ada pilihan, utamakan Musyarakah Mutanaqisah.
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]