Soalan yang sering ditanya, berkenaan permohonan pembiayaan bank, dari kalangan mereka yang bekerja sendiri, ialah, “Orang yang kerja tiada pendapatan tetap ni, boleh ke lulus kalau mohon pembiayaan bank?”,
Jawapannya, BOLEH!
Saya perkenalkan “The 4C’s of Credit”
Character [Peribadi]
Pemohon kerja sebagai apa?kerja di mana?
dah berapa lama dia bekerja dalam bidang ni?
dah berapa lama dia bekerja di syarikat ni?
bekerja tetap atau kontrak?
semakan CCRIS: nak tengok corak bayaran balik pembiayaan-pembiayaan lain
ada simpanan bulanan yang konsisten?
ada rekod simpanan Tabung Haji yang konsisten
ada himpunan harta-alih lain? emas, saham, unit trust
Penilaian aspek peribadi pemohon akan menunjukkan samada pemohon adalah orang yang bersifat cermat dan berdisplin dalam pengurusan kewangan peribadi, atau sebaliknya.
Capital [Modal]
Bank nak tahu, berapa banyak modal yang pemohon mampu keluarkan dari poket sendiri. Kalau harga rumah RM 300,000 , adakah pemohon nak letak downpayment:
- 10% = RM 30,000 ?
- 20% = RM 60,000 ?
- 50% = RM 150,000 ?
Collateral [Cagaran/ harta jaminan]
Cagaran ni diperlukan, sekiranya terjadi satu situasi dimana pemohon tak dapat bayar balik pembiayaan pada pada suatu masa akan datang.
Dalam situasi dimana pemohon (peminjam) gagal melunaskan pembiayaan berterusan untuk tempoh tertentu, bank akan ambil alih harta yang dicagarkan. Harta yang dicagarkan, mestilah sekurang-kurangnya mempunyai nilai yang sama dengan amaun pembiayaan.Apekah jenis-jenis harta yang nak dicagarkan?
- Deposit tetap
- Saham
- Sijil ASB
- Kenderaan
- Hartanah
Capacity [Kemampuan]
Untuk kenalpasti samada pemohon pembiayaan mampu membayar semula, bank akan menilai pembuktian pendapatan. Adakah pendapatan cukup untuk bayar balik pembiayaan (lain) yang sedia ada dan pembiayaan yang sedang dipohon? Pemohon hendaklah menunjukkan sekurang-kurangnya 3 daripada dokumen berikut (bergantung atas budi bicara bank):
- Slip gaji
- Borang EA terkini
- Penyata KWSP terkini
- Penyata akaun bank
- Penyata Kewangan Audited
- Slip Pengesahan Penerimaan Borang B/BE dari LHDN
Antara yang sering dimomokkan diluarsana, sekiranya rekod CCRIS pemohon tidak menunjukkan sekurang-kurangnya satu kad kredit, maka susah untuk mendapat kelulusan pembiayaan dimasa akan datang; INI ADALAH AJARAN SESAT!
Memiliki rekod pembiayaan sedia ada dalam CCRIS seperti kad kredit, sewa-beli kereta, dan ASB financing, bukanlah kriteria utama lulus/gagal suatu permohonan pembiayaan.
Perkongsian saya ini adalah berdasarkan kepada pengalaman peribadi saya bertugas di Institusi Perbankan pada satu ketika dahulu:
- 2006 – Graduate Trainee Officer (Roll Out 59), Maybank Jalan 222,
- 2007 – Anti-Attrition Executive, Alliance Bank, 3Alliance Subang Jaya,
- 2008 – Branch Officer @ Qatar National Bank Al-Islami, Doha.
Walaupun pengalaman saya tidak gah seperti seseorang yang berpengalaman 15-20 tahun bekerja di bank, tetapi, ilmu segenggam yang saya dapat dari Maybank Training Centre, Bangi, adalah ilmu seumur hidup.
Anatomi tubuh manusia tidak berubah dalam 100 tahun yang lepas, begitu juga halnya dengan proses menilai dan meluluskan permohonan kredit di institusi kewangan di Malaysia.
M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram] [WhatsApp]