Tahun ni aku decide nak abadikan cerita ni kat blog wife aku.
Pada tahun 2008, aku bertugas di Doha, Qatar… kerani cabuk je kat Qatar National Bank Al-Islami. Rumah aku di Gharrafah (ade riwayat mengatakan kawasan aku tu namanya Izghawa).
5 tahun belajar bahasa Arab sepanjang sekolah menengah di Malaysia, tak pernah praktis pon cakap Arab. Tetibe, bile dapat opportunity keje kat Doha, wah!! semakin aktif aku mempoyoskan diri cakap Arab. Jangan salah faham Tuan-Tuan & Puan-Puan sekalian, bukan fasih mane pon pertuturan bahasa Arab aku. Pendek cerita, Mr. Miyagi punye English dalam Karate Kid lagi fasih dari aku punye penguasaan bahasa Arab yang dah berkarat since 1998.
Setakat order makan malam nak beli Shawarma, dengan jus mampelam untuk tapau bawak balik rumah takde la susah sangat, tengok menu, time malas nak bercakap, tunjuk aje ape ko nak, pastu tunjuk berape ko nak dengan jari 🙂 pastu buat la sign language nak balik rumah supaya dia bungkus ;-p
Ade satu insiden tu, berlaku pada hari cuti, aku nak order shawarma plate nak suruh kedai tu deliver ke rumah…. pekh!! Jahanam! Arab aku ntah kemana, English Haji delivery tu pon ntah ke mana. Kebetulan pada mase kejadian, housemate aku, Ahey yang fasih berbahasa Arab takde kat rumah. Dengan perkembangan Waze, mungkin sekarang cuma perlu bagi koordinate Villa je kot; 25.352849, 51.447981. Selesai masalah, itu pun kalau dia reti pakai.
Sambung cerita, elok je Ahey balik rumah, aku mintak dia ajar aku bagi direction orang nak datang rumah DALAM BAHASA ARAB. Basically, the following was just a small part of the whole conversational lesson:
hang pi straight ==> على طول
hang belok kanan nooo ==> يمين
pastu hang belok kiri ===> يسار
ekau copek siket ===> بسرعة
Chewah!! sekarang aku sudah pandai bagi direction. Esok lusanya (atau mungkin beberapa hari selepas tu) aku test power 🙂 Aku order Shawarma Plate skali lagi, untuk dinner, mintak hantar ke rumah. SUCCESS!!
Pada suatu hari, aku, Dave, Albert & Wendell naik teksi dari (kalau tak silap) Souq Waqif nak pergi ke our office di Salwa Road.
Since Salwa Road is well known, macam C-Ring Road, aku cuma perlu tunggu sampai teksi tiba di Salwa Road untuk bagi direction seterusnya hingga sampai depan opis kami. Aku masih ingat lagi, driver taxi tu, orang Sri Lanka, penguasaan Arab dia memang waaAAy much better dari aku, sumpah tak tipu!
Setibanya di Salwa Road, ape lagi, aku pon siap-sedia mempraktikkan dengan penuh yaqeen dan percaya pada ajaran Ahey, bekas pelajar Al-Azhar:
Huh! Sungguh confiden aku dengan 4 patah perkataan ni. Semakin kami menghampiri opis, aku get ready nak sebut “berhenti”, tibe-tibe, baru aku teringat, Ahey tak ajar perkataan berenti dalam “Silibus Pengajian Shawarma Delivery” hari tu. Aduh!!! kang aku cakap melayu kang dia tak paham, confirm punya. Punya la Allah tarik nikmat “bijak-pandai” hari tu, nak sebut “Stop!” pon tak keluar. Padahal penguin pon paham Stop = berenti. Aku try nak sebut Stop, for some odd bangang reason tak terlafaz perkataan omputeh yang satu ni pada time tu. By now, teksi dah terlajak sikit dari opis yang dia patut berenti tadi. Tiba-tiba, aku aku teringat silibus Ibadah Haji Tingkatan Lima (of all things, ini yang terlintas di ingatan, MasyaAllah!), maka dengan confiden AKU JERIT…
Menggelabah driver tu emergency brek,
lepas tu,
dia bantai gelak kat aku macam Jozan buat laka-laka….
Takpelah, terpaksa la terime kena ‘bahan’ ngan drebar teksi. Dia sempat betulkan aku, dia kata the correct way to say ‘STOP’ is, Qif قف
Itulah ilmu bermanfaat yang dia wariskan pada aku. Dan giliran aku sampaikan pada korang 🙂
Ini lah cerita yang aku jadikan tradisi aku, untuk ceritankannya setiap hari ‘Arafah atau pada Hari Raya Haji.
Bagi yang berpuasa, selamat menjalani ibadah puasa di Hari Arafah.
Bagi yang belum Daftar Haji, pi la daftar, bukan mahal pon, RM1300 aje nak daftar, kalau takde RM1300, p daftar dengan statement KWSP
Tanamkan azam, panjatkan doa, agar dapat panggilan menunaikan ibadah Haji kala tubuh kita masih sihat.
M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram] [WhatsApp]
Aku bergelimpangan tegelak ni bro! Hahahahahah
Orang belajar Jordan macam hang memang “bergelimpangan” gelaknya ;-p