Diversification ~ KepelbagAIAn


Dalam pelaburan, antara perkara biasa kite dengar selepas Dollar Cost Averaging, ialah Diversification. Diversification ni, kalau salah teknik, dia akan jadi DiWorsification; kesan keatas pelaburan kite buleh jadi lebih negatif dari yang sepatutnya (DiWorsification).

Macam mana teknik Diversification ni? Semuanya bergantung kepada usia pelabur dan profil risiko pelabur.

Jikalau seorang pelabur ade RM100k,
dan dia dinasihatkan melabur RM10k dalam setiap 10 Dana Ekuiti berbeza,
itu namanya Di-Worse-ification;
Diworsification.

Tetapi,
Jikalau pelabur ade RM100k,
dan dia dinasihatkan melabur

  1. hanya RM60k sahaja dalam beberapa Dana Ekuiti yang melabur di dalam dan luar negara.
  2. menyimpan RM30k dalam instrumen simpanan yang memberikan pendapatan seperti Tabung Haji, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i),  Amanah Hartanah Bumiputera, Dana Sukuk/Bond.
  3. baki RM10k tu pula, pelabur tadi dinasihatkan beli Kijang Emas dua troy-ounce kat Maybank (mungkin kena tambah duit sikit). FAQ

 

Inilah namanya kepelbagaian a.k.a Diversification. Kepelbagaian pelaburan yang sebenar, adalah kepelbagaian yang meliputi klasifikasi aset (asset class) yang berbeza

Inilah portfolio pelaburan yang Diversified. Jangan tunggu dah ade RM100k baru nak pelbagaikan portfolio pelaburan, mulakan dari sekarang; dengan RM10k pon dah boleh mula!

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

One Reply to “Diversification ~ KepelbagAIAn”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *