Nak Belajar Financial Planning

Dah ade beberapa orang sejak dua menjak ni bertanyakan berkenaan pengajian kursus profesional Certified Financial Planner (CFP) dan juga Islamic Financial Planner (IFP) 

First of, rasanya elok kalau kite tahu ape matlamat di wujudkan pendidikan formal perancangan kewangan seperti CFP dan IFP.  

Perlu tahu bahawa silibus CFP 2014 dan sebelumnya ade 6 modul kesemuanya. Pada tahun 2015, silibus CFP dan IFP telah dipendekkan menjadi 4 modul kesemuanya. Ada yang menuduh langkah ini mengurangkan kualiti pendidikan CFP/IFP; jauh sekali, ini kerana waktu kuliah (contact hours) di tambah 20 jam bagi setiap modul.

Empat Modul CFP adalah seperti berikut:

Modul1 – Foundation in Financial Planning & Tax Planning
Modul2 – Insurance Planning & Estate Planning
Modul3 – Investment Planning & Retirement Planning
Modul4 – Financial Plan Construction and Professional Responsibilities 

Empat Modul IFP pula adalah seperti berikut:

Module-1 ~ Shariah and Major Components of Islamic Financial Planning
Module-2 ~ Islamic Risk Management, Estate and Waqf Planning
Module-3 ~ Islamic Investment, Retirement, Zakat and Tax Planning
Modul-4 ~ Islamic Financial Plan Construction & Professional Responsibilities.

IFP diwujudkan oleh IBFIM berdasarkan mandat Bank Negara dalam usaha menambah tenaga kerja dalam bidang Kewangan Islam. Pada pandangan aku, silibus IFP, dia modified sikit dari CFP.

Siapa yang dah ada lesen Unit Trust dari FIMM, boleh skip dan dapat pengecualian Modul-1 CFP. Pengecualian ini tidak pula dinyatakan dalam brochure IFP. Jadi bile tuan-tuan yang dah ade lesen dari FIMM, boleh terus register CFP dan mulakan pengajian dari Modul-2 dan seterusnya. 

Nak dapat CFP ni ade 3 cara:

  1. Secara pengajian penuh, enrol dari Modul-1 sampai habis Modul-4
  2. Pengecualian Separa (Partial Exemption), dikecualikan daripada satu atau mungkin dua modul pengajian
  3. Challenge Status, terus amik final exam.

Partial Exemption ni contohnya, orang yang dah ade lesen menjual unit trust dari FIMM, atau mungkin dan ade RFP atau Shariah RFPSiapa yang dah lulus Registered Financial Planners (MFPC) atau Shariah Registered Financial Planners (MFPC) boleh dapat pengecualian CFP Modul-1 & CFP Modul-2.

Nota Penting: Setakat waktu penulisan ini, IFP tidak ade partial exemption. Samada full enrollment atau Challenge Status sahaja.

Challenge Status ni, orang-orang yang dah bertahun pengalaman dalam bidang kewangan boleh la pertimbangkan Challenge Status. Siapa yang amik jalan Challenge Status ni, boleh skip Modul1 – Modul4 dan terus amik peperiksaan. Ade syarat criteria nak amik Challenge Status ni. Rujuk disini.

Kelas CFP boleh belajar d mana-mana Education Provider bertauliah yang dah disenaraikan oleh FPAM.

Aku personally belajar CFP di KMDC. Untung belajar d KMDC ni, kelas semua diadakan dalam dewan kuliah macam kat dewan kuliah universiti. Dewan kuliah ni ade di kampus baru KDU University College, Glenmarrie.

Yuran pengajian di KMDC dah termasuk breakfast, lunch and tea time.

Ape bezanya kalau belajar CFP, IFP, RFP ni?:

  • CFP ni internationally recognized
  • RFP dan Shariah RFP diusahakan oleh badan pengawas tempatan, Malaysia Financial Planning Council atau lebih dikenali sebagai MFPC
  • IFP “is a joint collaboration between IBFIM and Financial Planning Association of Malaysia (FPAM)” menjulang mandat Bank Negara dalam usaha menambah tenaga kerja dalam bidang Kewangan Islam di Malaysia
  • IFP boleh dapat tax relief; CFP dengan RFP tak boleh.
  • Akaun-2 KWSP boleh dikeluarkan untuk mebiayai yuran pengajian CFP dan IFP; sumber rujukan.
  • Masa aku enroll kelas CFP dulu, siapa yang dah ade IFP tak boleh amik Challenge Status CFP. TETAPI, sesiapa yang dah ade CFP boleh amik Challenge Status IFP. Tu dua tahun  dulu. Sekarang sesiape yang dah ade IFP dah bleh amik CFP Challenge Status.

Gitu lah sedikit sebanyak yang aku bleh kongsikan.

Disebabkan IFP sekarang dah boleh amik Challenge Status CFP, aku mencadangkan enroll IFP terus di IBFIM.

IFP-Brochure-and-FAQ-IBFIM

Brochure IFP ni boleh download kat sini.

Kalau nak tengok rupa soalan final exam CFP Modul-4, bleh klik tengok Kertas 1 dan Kertas 2.

Nota kaki: Tauliah CFP, IFP, RFP, Shariah RFP dan seumpamanya, bukanlah resepi utama kejayaan dalam bidang perancangan kewangan. Walaubagaimanapun, dengan adanya tauliah sedemikian, ia mampu memartabatkan dan memisahkan Perunding Kewangan bertauliah daripada kelompok jurujual yang ramai.

 

Jika Kamu Bersyukur
M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i Plus #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram] [WhatsApp]


2 Replies to “Nak Belajar Financial Planning”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *