Ingat tak cerita Ahmad Al-Bab? Haaaa! kali ni kite cerita fasal si Gembala Emas dan Perak Tegar pula.
Kelmarin, nak jadikan cerita adalah hari paling gembira untuk si Gembala Emas & Perak dalam tempoh 7 bulan.
Ape telah jadik? Bank Negara Switzerland telah isytihar untuk membebaskan dagangan matawang Swiss Franc daripada Euro yang mana sebelum ini diikat (pegged) at a fixed CHF1.20 kepada EUR1.
Ape kesan kepada Gembala Emas dan Perak Tegar? Emas melonjak dari serenda USD1234 -> USD 1260. Itu semalam. Hari ni, Sabtu 17 January 2015, 6:00AM waktu Malaysia, harga emas melonjak lagi ke USD1281.30. Dalam masa kurang 48jam, emas melonjak USD47.30.
Kalau di kira, kenaikan sebanyak USD47.30 itu bersamaan dengan RM168.86 berdasarkan rate di website Bank Negara Malaysia (RM3.57/USD).
Perlu di ingatkan, harga emas yang disebut tadi adalah untuk emas ketulenan sekurang kurang 995 dan seberat 1 Troy Ounce => 31.104 gram. Contoh emas 1 troy ounce ialah Kijang emas.
Sebagai rujukan perbandingan, 10 Dinar (emas) adalah seberat 29.75 gram ~ perbezaan berat cuma 1.354gram sahaja jika di banding dengan 1 Troy Ounce. Gembala Emas tegar akan bertepik, “beza 1.354 gram aje??! BANYAK TUUUU!!!”
Mau tidak, as of 6:00AM hari ni (17 January 2015), berat se’ciput’ tu aje dah bernila RM200.33
Troy ade kuda? || Tambat kuda dekat Troy? || Roy! Roy!…
Troy Ounce ni, bahasa poyo je {poyo tahap Gaban]. Kalau pegi kedai emas, kedai coin, baik di Malaysia atau di luar negara, perbualan antara penjual dan pembeli hanya lebih kurang camni je:
“nak berapa keping?”,
“nak 3 keping je, please”,
“sekeping berape berat?”,
“ko nak yang mane? yang satu ounce ke atau yang dua ounce?”.
Nak sebut Troy Ounce ni is a bit mouhthful. Satu lagi dalam bab sukatan berat khususnya sukatan berat emas dan perak, yang di iktiraf ialah gram, kilogram dan Troy Ounce. Selalunya, kalau sebut pon Troy Ounce ni, ia hanya disebut pada specificasi sahaja dan bukan pada perbualan.
Lihat contoh berikut, they state one ounce (not Troy Ounce) but in the specification section they stated in grams and not in Troy Ounce:
The Britannia 2015 Brilliant Uncirculated
Fine Silver Coin – Iconic Superman™
Transformers: Age of Extinction 2014 1oz Silver Proof Lenticular Three-Coin Pack
Mana datang istilah Troy Ounce ni? Ntah, ce baca wikipedia nih -> http://en.wikipedia.org/wiki/Troy_ounce#History
Korang mesti pernah tengok jongkong emas yang seketul besar dua tapak tangan tu kan? dalam movie barangkali? Emas jongkong macam tu selalunya berat dia bersamaan 12.44kg = 400 Troy Ounce. Bahasa Wall Street’nya ialah 400 ‘ouncer’, #MacamMacam.
Kilang tempa duit syiling, Bank Perdagangan atau Bank-Bank Negara yang nak beli emas, mereka akan beli (selalunya) dari kilang refinery yang tersenarai dalam “LBMA accredited gold refiners”
Favourite Apps si Gembala Emas & Perak tegar
Gembala Emas Perak yang ade iDevices/smartphone/tablet, dia akan ade 2 app yang wajib ni dalam smartphone diorang. Ini memang basic:
1. Kcast Gold Live! By Kitco Metals Inc
2. Gold Silver Vault By GoldSilver.com
3. XE Currency By XE.com Inc.
Tiga di atas adalah app wajib ade yang paling basic.
Berikut pula ialah App pilihan (optional) bagi mereka mereka yang nak berlakon poyo tahap “duit den botingkek-tingkek”. Apps khusus untuk tengok graf doktor; emas naik emas turun sambil ngeteh balik dari Solat Isya’ kat surau;
3. Trade Interceptor Forex Trading By RIFLEXO JSC
App yang berikut, khusus kepada mereka yang nak track harga Dinar (emas) dan Dirham (perak) di Malaysia ni
4. Public Gold App By Public Gold
Peti Besi
Saya suka nak sebut pasal app nombor 2 tu; Gold Silver Vault By GoldSilver.com; dia ade satu feature yang menarik, dimana kite boleh setup “peti besi” kite, set berapa emas/perak yang kite simpan [boleh tambah, boleh tolak]. Gold Silver Vault akan terus memaparkan nilai terkini simpanan kite (dalam US Dollar) berdasarkan spot price emas dan perak. Kemudian si Gembala Emas Tegar akan masukkan nilai USD tadi ke dalam app XE Currency untuk melihat nilainya dalam Ringgit Malaysia.
Imaginasi vs Fakta vs Auta
Bayangkan Tuan-Tuan, Puan-Puan, Abang-Abang, Kakak-Kakak sekalian:
– 17th July 2014
– Gold Silver Vault mentaksir simpanan pada USD1319.50
– XE Currency pula convert kepada RM 4170.94
– 17th January 2015
– Gold Silver Vault mentaksir simpanan pada USD1268.47
– XE Currency pula convert kepada RM 4509.16
Kenaikan 7.84% dalam masa 7 bulan sahaja!!! *pengiraan berdasarkan HP 10bII+ Financial Calculator
Mari kire renungkan pula:
- berape Dividen ASB baru baru ni? ASB yang Majlis Fatwa Selangor haramkan tu la yang mane lagi…
- bulan depan berapa pula dividen KWSP agak-agak? Dividen yang mana 70% daripada dividen itu tidak patuh Syariah.
- FBM KLCI sehingga semalam, dah jatuh 8.53% sejak 25 June 2014.
Tuan-Tuan, Puan-Puan, Abang-Abang, Kakak-Kakak sekalian dah ade simpanan dalam bentuk emas dan perak? kalau dah ade, bagus!
Kalau belum ade, pastikan Tuan-Tuan, Puan-Puan, Abang-Abang, Kakak-Kakak sekalian faham dengan betul Parameter Pelaburan Emas.
Kalau Tuan-Tuan, Puan-Puan, Abang-Abang, Kakak-Kakak sekalian dari golongan orang malas membaca (macam saya juga), dengarkan dulu Seminar Kewangan Islam: Pelaburan Emas oleh Dr. Zaharuddin Abd. Rahman
======//Begin Caveat_emptor()
Jangan tak faham Riba dalam jual beli emas.
Jangan tak nak faham Riba dalam jual beli emas.
Jangan buat-buat lupa Riba dalam jual beli emas.
Jangan buat-buat tak faham Riba dalam jual beli emas.
Jangan biar diri dikaburi skim cepat kaya
Jangan terlanjur dalam SKIM pelaburan emas
Jangan terlibat trade-in emas lama dengan emas baru; RIBA!
Jangan sekali-kali kata jual-beli emas/perak secara spot di pasaran FOREX adalah halal. Oh Tidak!!
Jangan berurus-niaga dengan mana-mana 197 Syarikat yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh Bank Negara Malaysia
======\End Caveat_emptor;
So far, dalam tempoh 48jam sejak Swiss National Bank ‘unpegged’ matawang Switzerland, telah sedia maklum bahawa satu online broker di New Zealand telah bankrap serta merta kesan daripada keputusan tersebut.
Cerite bukan main panjang sampai melalut-lalut, ape ‘main point’?!:
- Jam Swatch dan jam tangan dari Switzerland, Swiss Army knife, Emas PAMP Swiss yang baru nak di eksport keluar dari Switzerland akan jadi lebih mahal;
- Jangan jadi macam orang Poland, kerja di Poland tapi hutang beli rumah dalam matawang Swiss Franc; Begitu juga kisahnya dengan rakyat Hungary; they will have a hard time repaying their Swiss Franc denominated mortgage.
- Simpan lah emas, simpan lah perak. Tak mampu simpan banyak,
- simpan sikit,
- tak mampu simpan sikit,
- simpan sikit-sikit
- tak mampu simpan sikit,
- simpan sikit,
- Cari la emas & perak yang dikecualikan dari GST seperti yang telah disenaraikan dalam Perintah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan 2014).
Akhir kata, saya memang tak pandai berniaga, apatah lagi berniaga emas & perak. Tapi saya berazam nak jadi peniaga yang berjaya suatu masa nanti, insyaAllah, doakanlah semoga saya berjaya mencapai impian itu. Kalau sekiranya ade yang approach bertanya untuk membeli emas untuk simpanan, saya akan rujukkan yang bertanya itu kepada rakan rakan saya yang berniaga emas & perak.
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator
|| http://SolidusDenarius.com
|| FPAM #015579 || FIMM #043-0-21048 ||
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram/ Whatsapp]