Hari ni melepak rumah mertua aku sesudah aku menunaikan tanggungjawab aku sebagai “supir” membawa isteri beraya kehulu-kehilir menziarahi saudara-mara dan rakan-rakan.
Di rumah ibu mertuaku, aku sembang la ngan brother in-law aku sambil nengok citer Hercules kat Astro. Terjebak masuk citer
Lembu. Aku yang bukak topik ni sebenarnya, sebab teringat adik ipar aku penah amik gambar lembu dan upload ke Fesbook 2-3 bulan lepas.
Semakin rancak plak perbualan yang tak disengajakan ni. So aku titah isteriku yang taat supaya bancuhkan kopi untuk kami 🙂
Tanpa ku sedari, mother in-law aku pon menyertai diskusi sekitar penggembalaan lembu ni.
Adik ipar aku ni baru beli lembu-lembu dia bulan lepas. Raya haji belum sampai, lembu pon belum lagi beranak 1 generasi, jual sekor pon belum, tetibe dah citer pasal kereta Alphard. Maka dalam kepala aku pun menjelmalah segala jenis stereo-type #NiLaMelayuBerniaga
Berbalik kepada topik bela lembu yang kami sembang tadi, antara bab-bab yang cover dalam perbincangan ni; lembu beranak berapa kali setahun, max berapa kali beranak sebelum jual, lembu jantan cemane strateginya, lembu betina cemana strateginya, anak lembu pulak ape strateginya, pemakanannya, kesihatannya, gembalanya, asset-tagging, monitoring, aspek keselamatannya, aspek partnership owner-gembala, ZAKAT, mode of transportation, supply, demand, marketing….. Bla…bla…. Bla…
Cerita dah panjang berjela, the numbers sounds rather “too good to be true”; dalam pengalaman aku, kalau dah “too good to be true”, Bank Negara kata (maksud lebih-kurang) “maknanya scam la tu”.
Matematiknya lebih kurang begini:
========================//
Lembu 7 ekor (Generation Zero, Gen-0) = RM2,000 x 7ekor = RM14,000
3 tahun = 7 Lembu Gen-0 beranak 3 kali;
:. 7ekor x 4 generasi = 28 ekor lembu kesemuanya;
{
Tahun X = 7 ekor Gen-0
Tahun X+1 = (7 ekor Gen-0) + (7 ekor Gen-1)
Tahun X+2= (7 ekor Gen-0) + (7 ekor Gen-1) + (7 ekor Gen-2)
Tahun X+3= (7 ekor Gen-0) + (7 ekor Gen-1) + (7 ekor Gen-2) + (7ekor Gen-3)
}
Hujung tahun ke-3;
– jual semua 7 ekor lembu Gen-0
– jual semua 7 ekor lembu Gen-1
:. 14 ekor lembu dijual.
Keuntungan dari jualan lembu Gen-0
:. [ (RM 2,500 harga jual se-ekor x 7 ekor) – (RM2,000 kos se-ekor x 7 ekor)]
= RM3500, ini hasil jualan.
Hasil jualan RM3500 BAHAGI 2
= RM1,750
Keuntungan dari jualan lembu Gen-1 pula
:. (RM2,500 harga jual se-ekor x 7ekor)
= RM17,500, ini hasil jualan lembu Gen-1
Hasil jualan RM17,500 BAHAGI 2
= RM8,750
NOTA[*] ; bahagi dua sebab keuntungan dari hasil jualan nak kena share dengan gembala. Kalau hire gembala, kalau tidak, makan sorang la 🙂
Huih!!!!
KAYO! KAYO! KAYO!
Inilah namanya productive asset.
Ini baru cerita 7 ekor lembu. Dalam gambar dibawah ni, adik ipar aku ada 13 ekor dalam frame gambar ni je. Banyangkan passive income dia je dah berapa.
Kesimpulan: Agak-agak kalau korang dah boring dengar fasal segala jenis skim pelaburan haram/makruh/gharar/syubhah/hibah/mutawassitah yang tersedia ada di antara langit dan bumi, mungkin sudah sampai masa untuk kalian mengorak langkah kearah pelaburan dalam bentuk komoditi yang menyelesaikan masalah World Hunger.
What do you think?
ps: Aku sempat pm saudara Afyan Mat Rawi, beliau seorang Islamic Financial Planner yang sohor di Malaysia. Setakat ini, beliau sendiri belum pernah dengar fasal plan Takaful yang memberikan perlindungan keatas haiwan ternakan di Malaysia.
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]