Dulu masa pelaburan emas dan perak tengah mALAtOp, semua orang asyik tengok graf emas jek. Asal jumpa sedara-mara/kawan-kawan promote pelaburan emas dan perak, mesti mereka akan pakai graf harga emas/perak tempoh tahun 2001-2011 untuk promote pelaburan emas/perak.
Oh well! Itu dulu. Emas tetap berkilau, tetapi bernilai atau tidak emas itu bergantung kepada siapa yang sudi membelinya bile kita hendak menjual, terutama sekali pada hari ini di mana emas berada dalam trend harga menurun sejak 2013. Jangan salah faham ye, aku tak kata emas takde value.
Hari ini, matawang Euro dan matawang US Dollar naik. Malah, kalau kite lihat kadar tukaran matawang asing Euro/Ringgit:
Kadar tukaran matawang Euro/Ringgit |
Kali terakhir aku tengok kadar tukaran wang EURO/Ringgit pada paras ni ialah semasa aku bertugas di Barcelona pada Ogos 2013. Aku tak terkesan pun dengan kejatuhan Ringgit dari RM3.80 – RM4.40 pada masa tu, maklumla, belanja harian company tanggung 🙂
Sekarang, kite tengok pula kadar tukaran matawang asing bagi matawang US Dollar/Ringgit:
Kadar tukaran matawan USD/Ringgit |
Aku ade beli matawang US Dollar dua kali semasa kadar tukaran USD/RM pada kadar berkut:
– beli semasa USD1 = RM3.35; sekarang aku dah untung 19.40%
– beli semasa USD1 = RM3.72; sekarang aku dah untung 7.53%
Aku tak hairan kalau selepas ni, ade pulak bisnes ajak melabur dalam pelaburan matawang asing.
Dulu kat kedai kopi, segala Hassan, Hussin & Ali cakap pasal emas/perak.
Aku tak hairan kalau selepas ni, Hassan, Hussin & Ali cakap pasal Ringgit dan matawang asing pula.
Dulu, masing-masing syok tengok harga emas/perak hari-hari;
Lepas ni, masing-masing syok tengok harga matawang Euro & US Dollar pula setiap hari.
Mana tidaknya, pegangan matawang US Dollar dari 1 Januari 2015 sehingga hari ini 12 August 2015, nilai matawang US Dollar naik 14.61%. Maka aku boleh bayangkan ayat-ayat takleh blah mempromosi pelaburan matawang asing seperti:
– “Tabung Haji pernah ke bagi pulangan dividend sebanyak ni?”
– “ASB pernah ke bagi pulangan sebanyak ni?”
– “Kita kena diversified bro! tak boleh semua simpan dalam Ringgit semata-mata”
Aku nak bagi pesanan ringkas dan pesanan percuma, Malaysia ni terkenal dengan segala jenis skim pelaburan, MLM yang halal pun boleh diada-adakan skim untuk menarik orang menyertai MLM, begitu juga dengan tragedi pelaburan emas, dan siapa tahu, akan datang skim pelaburan matawang asing pula yang berleluasa.
“Berhati-hati di jalan raya, jangan lepas kena serbu dek Bank Negara, baru nak ternganga!”
M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator
|| http://SolidusDenarius.com
|| FPAM #015579 || FIMM #043-0-21048 ||
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram/ Whatsapp]
