JOM! MOHON PEMBIAYAAN ISLAMIC BANKING UNTUK BELI RUMAH


Semasa aku kerja di Qatar dulu, aku terbaca satu artikel di akhbar tempatan (surat khabar base omputeh laa). Tujuh tahun dah berlalu, sampai hari ni aku masih ingat pasal artikel tu. Antara yang penulis artikel tu bincangkan dalam tulisannya, ialah Islamic Banking kat Malaysia ni dianggap tidak 100% Islamic; pada dia, Islamic Banking kat Malaysia ni belum sempurna Islam-nya. Ini kerana pada pandagan penulis itu, Malaysia merupakan sebuah negara majoriti Muslim bermazhab Syafi’e. Pada penulis itu, Mazhab Syafi’e adalah suatu mazhab yang lemah. PEKH!! Ayat tu memang tak leh blah. Especially untuk seorang Malaysia macam aku yang dari kecik diajar Mazhab kita (Mazhab Syafi’e) yang paling tegas dalam semua perkara.

Di Souq Waqif
Di Souq Waqif

Sejak aku balik dari Qatar, aku telah meng-Islam-kan semua urusan muamalat aku dengan Bank. akaun simpanan Islamic Banking,  kad kredit Islamic Banking, insuran dibatalkan, signup takaful, sewa-beli kereta pun Islamic Banking, dan sekarang, insyaAllah, pembiayaan beli rumah aku akan sign produk Islamic Banking. Motorsikal aku je yang ade terlibat Riba, masa tu jahil banyak. Moga Allah ampunkan dosa dan terima taubatku, Ameen!

Kebanyakan Bank masih menawarkan produk Bai’ Al-Inah, produk ni la yang kontroversi sikit, kalau nak tau lebih lanjut, bleh baca info dari Muamalat.My

Aku ada teringat Dr Zaharuddin pernah menyebut dalam salah satu Symposium Riba 2015, “kalau ade produk Islamic Banking yang berlandaskan kontrak Musyarakah Mutanaqisah, utamakan yang itu”, katanya dalam menjawab soalan dari yang hadir. Setahu aku, buat masa ni, hanya RHB dan Maybank sahaja yang menawarkan pembiayaan beli rumah berlandaskan kontrak Musyarakah Mutanaqisah.

Boleh klik disini kalau nak fahami Musyarakah Mutanaqisah.

Semalam, Jumaat 07 Aug 2015, aku selesai bayar ernest deposit untuk beli umah flat yang bisa buat aku mengigau seminggu ni. Al-kisahnya, aku berjaya pujuk agent untuk bersetuju tunggu aku keluarkan duit KWSP bagi menyelesaikan baki 10% deposit rumah. Alhamdulillah! Kalau dia berkeras hati jugak memang alamatnya sambung menyewa la aku.

Sebelum jumpa property agent, aku dah siap-siapkan semua dokumen sokongan untuk mohon pembiayaan dari Islamic Banking:

  • slip gaji
  • penyata KWSP
  • resit cukai LHDN
  • buku akaun Tabung Haji
  • penyata simpanan unit-unit amanah dan penyata dividen
  • penyata akaun CDS Bursa Malaysia
  • dan, aku siap buat karangan lagik untuk introduce aku kepada Bank

FYI, korang tau tak kat Bank Islam kita boleh update buku simpanan Tabung Haji? Yes, we can!

Selesai bayar ernest deposit, dapat resit, aku terus pergi bank-bank berikut untuk mohon pembiayaan pembelian rumah. Mula-mula aku pergi Maybank Islamic kat Petronas depan Tropicana Medical Centre, “maaf encik, officer kami baru je keluar”, OK  bye!

Aku pergi Sunway Giza pulak. kat situ banyak bank. Mula-mula aku pergi BSN, dia suruh aku isi borang. Punya la berjela panjangnya, aku tanya, “boleh tak awak isikan bagi pihak saya?, saya dah bawa dokumen lengkap ni, saya nak kejar solat Jumaat pulak lepas ni”. Dia balas, ” “tak boleh encik, encik yang memohon encik la kena isi.”. Tamau cakap banyak aku keluar BSN.

Next, aku masuk RHB Bank. Aku perhatikan, RHB Bank agak busy sket compared to BSN yang lengang tadi. Discussion dengan pegawai pinjaman rumah RHB Bank buatkan aku sedikit terkejut. Dia kata rate pembiayaan rumah di RHB dah naik 5%. Aku terkejut sebab masa aku tgk listing senarai pembiayaan Islamic Banking kat RinggitPlus dan iMoney, kadar keuntungan pembiayaan RHB hanya 4.6% sahaja.

Pegawai RHB menyatakan yang dia nak SnP. Ayyyaaaa! dokumen ni kurang-kurang next week aku baru dapat. Dia kata aku leh bagi SnP samada draf yang aku akan sign atau SnP sedia ada yang Tuan rumah sign masa dia beli flat ni dari pemaju. OK lah, papehal pun, aku akan email kat dia dokumen yang dah scan kemuadian, mungkin minggu depan.

Selesai berurusan RHB, aku pergi AmBank pulak, sebelah RHB je. Mek Kelate comey lottey pegawainya 🙂 AmBank pun nak SnP jugak macam RHB mintak. OK lah, aku kata aku akan email bile dah scan nanti. AmBank best, aku tak perlu isi borang, dia tolong isikan 🙂 On the way aku nak keluar bank, tiba-tiba aku teringat, aku lupa nak sebut aku prefer product Islamic Banking. Aku patah balik ke meja dia dan ingatkan yang aku nak pembiayaan patuh syariah.

Lepas tu aku pergi solat Jumaat…. mata dah merah nih. Langit dah gelap, tapi belum hujan; kalau dah hujan terlepas la kewajipan solat Jumaat. Elok aku sampai masjid, wudhu’, masuk saf, solat sunat…..hujan turun dengan lebat. Alhamdulillah!

Doa aku, semoga dipermudahkan urusan nak approve loan bank nih.Selesai solat Jumaat, aku balik semula ke Sunway Giza. Mula-mula aku pergi Bank Islam. sekali Bank Islam tutup. Aik?! pagi tadi aku update buku Tabung Haji ok jek. Pastu aku baca jadual, rupanya pada hari Jumaat, lebih kurang waktu solat Jumaat, Bank Islam akan tutup dan buka semula pukul 2:30PM.

Aku malas nak menunggu, aku terus pegi Maybank pulak. Maybank officer tanya aku 3 soalan je:

  • rumah under construction?
  • rumah dah 10 tahun?
  • strata title (geran) dah keluar?

Bile aku kata rumah dah 10 tahun dan masih belum ade strata title, dia kata, “sorry bro, try bank lain k”. OK lah, tamau buang masa, aku keluar menuju Public Bank.

On the way jalan ke Public Bank aku sms property agent, tanya kalau strata title dah dikeluarkan and umur property. Sampai je kat Public Bank aku teringat, adik aku kan keje Public Bank, maybe I should consult him. Mana la tau, kot kalau dia refer aku, dia dapat referral incentive ke. So aku skip Public Bank.

Seterusnya aku menuju Al-Rajhi Bank yang bertentang dengan Public Bank. Al-Rajhi Bank pun tutup waktu solat Jumaat rupanya. Pukul 2:30PM baru bukak. sambil menunggu tu, tetibe teringat, sahabat qarib semasa aku bertugas di Qatar dulu sekarang ni bekerja dengan Al-Rajhi Bank, bahagian consumer financing plak tuh. OK lah, tunda Al-Rajhi sehingga aku catch up dengan kawan lama 🙂

Seterusnya, aku pergi ke Burger King…lapar dowh!!! balik kerja kul 7:00pagi. 9:30pagi keluar rumah dan sejak dari tu belum makan dan belum minum. Elok aku tengah makan, property agent aku reply sms; dia sahkan strata title dah keluar. YES!! selesai makan aku berpatah balik ke Maybank, bertentangan Burger King je.

Masuk Maybank, aku cakap kat officer tu, Steven nama dia, yang strata title dah keluar dan aku boleh emailkan scanned copy later. dia kata OK. dia fotostat semua dokumen yang aku sediakan. Maybank pun nak aku provide SnP, padahal dia dah mintak strata titel tadi kan? OK lah, aku beritahu yang aku akan email kan softcopy. Lepas tu dia nak brief aku pasal produk pembiayaan rumah. Aku cakap aku nak Islamic Financing dan aku nak yang berlandaskan kontrak Musyarakah Mutanaqisah.Steven kata produk tu dah tak ada. “Mana boleh! Maybank2u website kata still ade pe”, aku suruh dia call HQ confirm kan. dia call terus depan aku. Sambil menunggu dia mintak aku tunjukkan di mana produk tu aku jumpa kat website Maybank2u. Hampeh betul…. aku pulak yang nak kena tunjukkan dia. Pendekkan cerita, kat website memang masih ade produk yang aku nak tu, nama dia HomeEquity-i dan Islamic Banking department pon sah kan yang produk tu still ade dan branch boleh proses my application dengan syarat, rumah yang nak beli adalah rumah yang dah siap.

Settle di Maybank aku cepat-cepat bekejar ke Bank Islam pulak. Bank Islam pun nak SnP, so aku ulang skrip yang sama.

By the time aku sampai rumah, it was 4PM.
Malamnya pulak nanti kena masuk kerja pukul 9:30PM….aduhai…
Tapi takpe, aku puas hati sebab, hari ni je application aku dah ada pada AmBank, RHB Bank, Maybank dan Bank Islam. Sunway Giza ade satu lagi Bank aku terlepas pandang, that is Hong Leong Bank. Minggu depan aku akan approach Hong Leong, Public Bank and Al-Rajhi Bank.

Lebih kurang pukul 6:20PM, property agen dah emailkan SnP tuan rumah dan strata title siap scan ke PDF. Aku baru teringat kenapa semua bank mintak SnP dan Strata Title ni, sebab masa diorang proses permohonan kita, diorang akan masukkan maklumat property dari geran. Tanpa maklumat ni, permohonan dikira tak lengkap.

Korang tau tak ape aku akan buat nanti? Aku akan compile dokumen ni, dan aku akan emailkan kepada semua bank officer yang process permohonan sekaligus dalam satu email. Siapa aprove dulu dengan tempoh bayaran balik paling lama, aku akan sign dengan dia insyaAllah.

 

Jika Kamu Bersyukur

M.K. Anwar Rangkuti, AFPM
|| Chief Digital Curator,  SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander,  TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| Ejen Pemasaran Online SSPN-i #000006093
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #015579
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

5 Replies to “JOM! MOHON PEMBIAYAAN ISLAMIC BANKING UNTUK BELI RUMAH”

  1. Salam, yes kena deposit 10%, tapi tuan rumah mintak saya dahulukan RM5000 sebagai tanda jadi. secara ringkasnya:

    1. Lepas bayar duit tanda jadi (ernest deposit), minta dokumen SnP tuan rumah (masa dia beli rumah) dan submit financing application d Bank.

    2. Bile loan application dah approve, baru kite akan sign SnP (perjanjian jual beli rumah) dengan penjual

    3. baki 10% deposit rumah kite kena selesaikan dalam tempoh masa yang kita janji, 3 minggu? sebulan? dua bulan?

    4. Kalau nak keluarkan duit KWSP, SnP yang kita sign tadi, mestilah dah siap stamping baru boleh mohon pengeluaran ntuk beli rumah di KWSP

    5. Untuk kakitangan kerajaan yang tidak ada akaun KWSP , maka kenalah keluarkan baki 10% deposit rumah tadi dari poket sendiri.

    6. Tuan rumah hanya akan berikan kunci selepas Bank dah release duit.

    Itu je la step nak beli rumah secara ringkas.

    Kalau dapat ejen yang berpengalaman dalam jual/beli hartanah (Abam Senior) dia siap bleh lukis time line detail dari masa kite bayar duit tanda jadi->loan approve->sign dengan lawyer->bank release duit->kita dapat kunci.

    Prose memang leceh. tapi kalau kite tau kat mana sumber mana kite boleh korek nak buat bayar 10% downpayment rumah dan yuran guaman, insyaAllah ada jalan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *