Perancangan harta ada urutan dan langkah yang teratur. Di media sosial, kite sering dengar diskusi Hibah, Faraid, Wasiat dan tak kurang juga cerita cerita sadis lagi menyayat hati mengalahkan sinetron TV3. Kisah-kisah itu pula disusuli dengan promosi produk Hibah, Wasiat dan to a certain extent, Takaful pun boleh masuk frame.
Dalam Perancangan Harta ada beberapa aturan langkah yang saya suka ikut seperti berikut:
Step #1 ~ Kenalpasti HARTA & hutang
Step #2 ~ Kenapasti WARIS & Benefisiari
Step #3 ~ Kenalpasti harta yang mana hendak diberi kepada waris/benefisiari yang mana
Step #4 ~ Kenalpasti calon Penjaga anak-anak sekiranya suami isteri kematian serentak
Step #5 ~ Kenalpasti instrumen perancangan harta yang sesuai
Daripada pengalaman saya merancang harta saya sendiri,
perkara paling susah sebenarnya ialah step #3.
Perkara yang paling banyak kerja nak buat ialah step #1.
Perkara paling senang nak buat ialah step #2.
Step #2 dan seterusnya, Financial Planner sedia membantu, hatta tolong kira bahagian Faraid waris pon ada yang terrer kira.
Tulisan ni nak fokus kepada step #1, step yang paling banyak kerja. ni adalah-satunya langkah yang Perancang Kewangan tak dapat bantu; hanya tuan badan yang boleh usahakan. Macam mana nak mula?
Saya cadangkan mulakan dengan harta mudah-alih (moveable property). Kumpulkan dokumen dokumen bukti pemilikan harta-harta mudah-alih, contohnya:
- Akaun simpanan Bank ~ penyata bank terkini, akaun masuk gaji, akaun sorok duit, Tabung Haji, Term Deposit…
- Akaun simpanan emas ~ Kuwait Finance House, Bank Muamalat Gold-i, Public Gold dan sebagainya
- Akaun Pelaburan ~ buku ASB, penyata terkini AHB, penyata akaun-akaun unit amanah
- Akaun CDS Saham ~ penyata terkini CDS Bursa Malaysia; menunjukkan milikan kaunter saham
- Akaun Trading Saham ~ takut ade baki tunai yang belum diguna untuk trade saham
- Akaun Persaraan ~ penyata terkini akaun KWSP, penyata penamaan terkini KWSP, akaun Skim Persaraan Swasta
- Geran kapal layar, speedboat, jet-ski, kereta & motorsikal ~ termasuklah jet-ski yang dibeli atas nama sendiri tapi Pak Mertua pakai di kampung buat tangkap ikan patin. Begitu juga kereta yang dibeli atas nama sendiri tapi adik pakai untuk ulang alik pergi kerja di KL.
- Polisi Takaful ~ polisi takaful keluarga, SOCSO/PERKESO jangan lupa
- Dokumen perjanjian orang yang masih berhutang dengan kita.
- Logam berharga ~ jongkong emas & perak (nombor sijil), cincin berlian (GIA certificate), gelang, rantai, batu permata
- Barangan koleksi berharga ~ lukisan, syiling peringatan, matawang lama, LEGO, Pokemon, jubah dan pedang Star Wars; bab ni, jangan ketawa sebab hanya collector sahaja yang memahami.
- Haiwan ternakan ~ lembu, kambing, unta, burung kasawari,
- Haiwan peliharaan ~ ikan eksotik dalam aquarium, kuda & stable kuda, kucing parsi
- Branded items ~ kasut & jaket kulit, beg tangan, jam tangan, cufflings.
- Barangan elektronik ~ iPun, iPed, laptop, playstation, home theatre system, camera SLR, TV 80 inci, headphone Bosse
- Bitcoin wallet ~ Private key & recovery phrase (kalau tak tahu dua perkara ni, tak payah la poyo nak ada Bitcoin).
- resit-resit PENGESAHAN PENERIMAAN eB/e-BE BAGI TAHUN TAKSIRAN; bukti pembayaran cukai pendapatan
Itu baru senarai dokumentasi nak tunjukkan milikan harta alih 🙂
Belum cerita harta tak alih lagi!!!
Untuk harta tak alih pula, usually hartanah, salinan geran/strata title bagi setiap hartanah diperlukan. Bagi hartanah yang masih bercagar, dua dokumen berikut harus dikumpul dan diasingkan bagi setiap hartanah yang dimiliki:
- Penyata baki pinjaman (perlu mohon yang terkini dari bank, paling afdhal ikut format KWSP)
- Perlindungan Takaful Gadai Janji (MRTT)
Akhir sekali, senarai baki hutang dan nombor akaun hutang dengan institusi perbankan (pinjaman peribadi, kad kredit), Courts Mammoth, sewa beli kedai motor Ah Seng dan tidak lupa hutang dengan orang perseorangan; tak kira siapa yang bayar, kalau hutang tu atas nama sendiri, mesti disenaraikan dan dinyatakan bakinya.
Ingat ye, semua yang kite bincangkan setakat ni baru step #1 je; kumpul dokumen harta alih, harta tak alih dan hutang. Selesai menghimpunkan segala dokumen diatas, itu tanda anda 20% komited nak proceed dengan Perancangan Harta.
Jom!! Mulakan perancangan harta dengan langkah pertama 🙂
M.K. Anwar Rangkuti, CFPCERT TM
|| Chief Digital Curator, SolidusDenarius.com
|| Supreme Content Commander, TuanPenasihat.com
|| Licensed Financial Planner #eCMSRL/B6984/2016
|| FIMM UTC #043-0-21048 || FIMM PRC #P-043-0-20218
|| FPAM #C006094
|| LUNO Referral Code: SJS8S2
|| Tel: +60-12-7700721 [Telegram]

Hakcipta Karya asal Sufyan Bakir
Jar Jar Bing xde dlm salasilah ya. Hehe
hahaha! Jar Jar Binks bleh consider kategori Dzawil-arham kot… heheehehe